Thursday, 27 April 2017

Ws

Sambungan nasihat alhabib ali aljufri kepada Remaja.

kedua: mengambil mudah dan terus menerus dalam maksiat bersama merasakan putus asa terhadap Allah. Iaitu "aku ni tiada kebaikan dah, zaman sekarang ni pun dah susah buat baik. Aku da cuba 15 kali, 20 kali bertaubat tapi kembali juga kepada maksiat". Rasulullah saw bersabda; tidaklah dipanggil sebagai orang yang terus menerus membuat dosa dari kalangan orang yang beristighfar sekalipun kembali kepda maksiatnya 70 kali". Jika syaitan itu tidak pernah putus asa untuk memasukkan kamu ke dalam neraka, bagaimana kamu boleh berputus asa untuk masuk ke syurga? Maka setiap kali kamu terasa diri menguasai kamu, dan syaithan telah merampas kehormatan kamu. Baliklah ke rumah terus berwuduk, solat 2 rakaat dan dalam sujud katakanlah: "Ya Allah,diriku menjadi sangat dekat dengan Engkau ketika sujud, tetapi aku mengadu pada Mu segenap jiwa ragaku dan aku memohon padaMu bawalah hatiku serta diriku kepada-Mu sehingga aku dapat merasai kemanisan berhubung dengan-Mu hingga aku berpisah dari maksiat ini" berdoalah kepada Allah dengan cara yang mampu kamu ungkapkan. Berdoalah dengan bahasa yang kamu faham,mengadulah tentang diri kamu kepada Allah letakkan dan campakkan diri kamu di hadapan pintu Allah. Ketahuilah jika kamu buat semua ini dengan penuh penyesalan, kejujuran serta berazam tidak akan kembali semua, selesai sahaja solat kamu, Allah telah mengampunkan dosa dosa kamu. Kemudian selepas itu, bagi kamu ada beberapa kewajipan selama mana kamu dimuliakan Allah dengan pengampunan-Nya hendaklah kamu ambil langkah-langkah pencegahan apakah yang membawa kamu ke arah dosa? Orang-orang yang melakukan dosa iaitu mereka berkelakuan jahat yang memudahkan kamu berbuat jahat. Menjauhi mereka selangkah demi selangkah, bukan dengan kesombongan tapi kerana menjaga diri kamu. Sesuatu kewajipan ditinggalkan,cuba laksanakannya. Sesuatu yang salah dipandangan islam.cuba ubahkannya. Berusaha terhadap diri kamu. ALLAH berjanji dengan firmanNya dan tidak mengingkari janjiNya."dan mereka yang berusaha keras mencari jalan-jalan Kami. Pastilah kami akan menunjukkan mereka jalan-jalan Kami". Allah telah berjanji kepada kamu, jika kamu berusaha keras kerana menginginkan Allah. Akan ditunjukkan jalan-Nya.jika kamu jatuh kembali ke dalam dosa, kembali sekali lagi bertaubat kepada Allah dan ketahuilah bahawasanya kamu sekarang dalam jihad di jalan Allah dan ketahui bersama itu juga dosa-dosa kamu berubah menjadi pahala tapi dengan syarat jangan kamu jadikan permasalahan taubat ini perkara main-main. Diri kamu ingin bawa kamu ke arah maksiat lantas kamu katakan ini haram. Kemudian dia seru "kamu buat maksiat itu dulu kemudian bertaubatlah" yang ini main-main. tekad untuk melakukan dosa. Yang macam ini ianya memperolok-olok Allah. Jangan buat benda ini. Tapi kamu dah cuba menghalang diri kamu, tiba satu ketika kamu kalah dan jatuh ke arah maksiat. Kembali kepada Allah lagi. ALLAH gembira terhadap kembalinya kamu pada-Nya dan aku akhiri kata-kata ini dengan kalamNya telah disahkan dari Nabi SAW. Hadis ini menggembirakan hati wahai saudaraku semua. Diriwayatkan dari Nabi Saw , aku riwayatkan mafhumnya, hadis ini sohih. "Apabila berdosa seseorang hamba itu kemudian dia bertaubat dan memohon ampun, Allah berfirman kepada malaikatNya.:"Wahai malaikat, lihatlah kepada hambaKu ini ,dia berdosa kemudian bertaubat dan memohon ampun, saksilah sesungguhnya Aku telah mengampunkannya" lantas ia jatuh kemmbali kelembah dosa, maka ia menyesal dan bertaubat serta kembali semula kepada Allah memohon ampun, maka Allah berfirman kepada malaikatNya: "wahai malaikat lihatlah kepada hambaKu ini"-perhatikan!kita yang berdosa ini hanya dengan kembali kepada Allah. ALLAH membanggakan diri kita daripada malaikat yang tidak berdosa,alangkah agungnya tuhan ini.Alangkah agung kecintaanNya kepada kita! Allah berfirman: lihatlah wahai malaikatKu,hambaKu ini berdosa lantas bertaubat kemudian dia jatuh semula,kemudian dia bertaubat saksikanlah bahawasanya Aku telah mengampunkannya."maka dijatuhkan kali ketiga ke lembah dosa,lantas dia bertaubat semula memohon ampun dengan penuh kejujuran, lantas Allah berfirman kepada malaikatNya "wahai malaikatKu. Lihatlah kepda hambaKu ini. Dia berdosa lantas bertaubat maka Aku telah ampunkannya. Kemudian dia kalah dengan nafsunya dan berdosa lantas bertaubat maka Aku telah ampunkan dosanya kemudian dia kalah sekali lagi dengan nafsunya. Perhatikan kata kata ini, hamba ini tahu bahawasanya dia ada tuhan yang mengampunkan dosa.lantas hamba ini bertaubat dan kembali kepada Allah. Wahai malaikat Ku.saksikanlah bahawasanya Aku telah ampunkan dosanya yang terdahulu dan kemudian" ini dia kemulian Allah yang selayaknya kita meras malu dihadapanNya kerana bergaul dengan kita penuh dengan kemuliaan.

No comments:

Post a Comment