Saturday, 31 December 2016

hakikat audio all

kalau demo/awak  bercakap jubur .
          demo bercakap pasal  kotor-kotor .
burit , mencarut .
apa demo tak ada ke . benda tu .
itu semua bahasa kita .
cuma bezanya dia orang tak tapis .
hakikat kemaluan tu ada pada kita .
benda kebenaran .
kalau betul 2 demo faham .
ada rahsia kat situ tu .
jadi kita bercakap ni biar lah telus ,biar ada sidiq kat situ .
tapi kebanyakkan orang , dia orang tak nak  terima .
pada dia orang dengar sikit , ooo mencarut .
sebab apa , mentaliti .
biar jangan ada tinggal bekas dekat kita .
kata lah nak kata apa pun .
biar boleh duduk sampai tahap  tu .
itu hanya sekadar kata2 .
tidak  menjejas kita .
apa kita tak ada ke kemaluan tu , kita ada .
laki .
kalau bahasa baik , panggil zakar .
kenapa kita nak malu dengan benda anggota yg kita ada .
kenapa kita nak tolak .
cakap , cakap je la .
dah kata semua ahli .
nak tapis apa .
tapi dengan orang luar kita tak cakap la macam tu .
tapi dlm ni .
kalau kata semua faham .
kenapa nak marah .
tak ada apa pada saya .
sebab tu saya kata .
yang menerima mata kita,mulut kita , telinga kita .
kita pandai makan pandai terima .
baik lah pd kita .
kita ni ,  kalau nak ubah manusia ni , susah .
melainkan kita sendiri yg mengubah diri kita .



biar kita ni .
kalau kita ni org bijak , seorg yg  bijak sana .
kalau kita masuk dgn cara baik .
kita tak boleh tahu org tu duduk tahap mana .
kefahaman dia duduk mana .
kita masuk , kalau tak bercakar dulu .
kita nak bersahabat macam mana .
bila dah bercakar dulu .
kita masuk macam geruda .
kita landa dulu .
baru kita boleh tengok .
the true color .
keluar lah masing2 perangai macam mana .
situ la dia nak tahu .
lepas tu kita boleh nampak la .
duduk tahap mana .
kefahaman demo tara mana .
baru kita boleh masuk .
baru kita boleh baca .
dlm ni bukan berhadapan .
tak kenal muka .
tidak berlaga nak .
jadi cara dia , kita masuk .
kita serang dulu .
buat keluar dulu .
haa  ..buat keluar dulu .
lepas tu baru kita slow .
baru boleh bersahabat .

hamba tak masuk pujuk2 rayu ni .
itu stail hamba la .



dia ni kalau bercakap .
saya tak copy paste la panjang2 ayat org .
saya tak guna .
itu kata2 org .
kata2 diri dia .
pengalaman diri dia .
dah kata diri kita ni kalammullah ada di kita .
kitabbullah ada di kita .
di mana kata 2 demo .
demo duk kutip kata2 org .
hadis tu ,hadis ni .
jadi kenyataan pd diri demo mana .
kitab pd diri demo mana .
demo kata kalau demo kenal .
kenal diri demo .
ha yg ni hamba buat keluar kitab hamba la ni .
nak cara bab diri .
mula2 biar tahu dulu .
biar tahu/reti  tengok .
biar tahu dengar .
jgn mudah , nak melompat , nak melatah .
dengar tak baik sikit ,  oooo tak baik ,  oooo gitu  ,oooo gini .
jadi kalau kita ni duduk dlm semua tak boleh .
kita tu setara mana .
nak hukum org yah kerja .
ambil alih tugas tuhan pula .
kita setara mana .
kita sini tak ada jantan , tak ada tino .
kata Allah tu tak ada jantina .
pah setara mana kita .
setara mana kita tu .
cuba kita ni berlapang dada .
terima .
ni kalau bab mengaji kitab pandai la .
af'' all tu ,
af al Allah .
gitu la , gini la .
pah bila org bercakap sikit .
mula lah menentang .
biar kenal la .
biar tahu/reti tengok .
tahu/reti  dengar .
barulah boleh duduk .
kalau tak tahu tengok .
tak tahu dengar .
nak duduk dengan org lagu mana .

Thursday, 29 December 2016

Wednesday, 28 December 2016

gbr



15,995,903 Views
Distractify
Don't walk on this if your balance isn't great!
LikeShow More Reactions
Comment
Comments
Othman Draman
Write a comment...

fb


Aku tak faham Kawan aku sorang ni, jaga makan bukan main lagi, last last Kena kencing manis dengan darah tinggi. Masuk wad,tu la dulu bukan main kata aku jenis tak jaga makan. Aku tak jaga makan tapi tak kena pun kencing manis dan darah tinggi.
LikeShow More Reactions
Comment
Comments
Ansari Abdullah Faktor usia..
LikeReply17 hrs
Dewata Dhurga Ha Ha Ha
LikeReply27 hrs
Othman Draman jaga rohani . ada makna tu kata arwah p ramle
LikeReply15 hrs

Tuesday, 27 December 2016

Gelojak politik Islam di Timur Tengah

TAJAM dan ganas sekali kecaman, kritikan dan hinaan dihadapkan kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang rentetan penyertaannya pada persidangan di Tehran, Iran. Namun, penjelasannya nyata menunjukkan ketenangan, keyakinan, keilmuan dan pengalaman beliau. Ikuti temubual beliau bersama Prof Dr Badlihisham Mohd Nasir yang disunting transkrip oleh Wartawan Harakah, Izwan Abdul Halim.

Kehadiran Ke Tehran
 
Menurut Tuan Guru, beliau menghadiri dua program di Tehran iaitu Persidangan Perpaduan Ummah dan Forum Kebangkitan Islam yang melibatkan Parti-parti Islam utama di dunia dan NGO-NGO Islam.
 
Selain beliau yang mewakili PAS, turut serta juga adalah Jamaah Islami Pakistan, Parti Saadat Turki, Tanzim Jihad, daripada Palestin dan Hamas, di samping NGO-NGO antaranya ialah Muslim Community berpusat di UK dan NGO daripada Eropah, Jerman, Amerika, Kanada dan beberapa negara Afrika. 

Persidangan Perpaduan Ummah khusus membincangkan mengenai usaha untuk menangani gejala takfir (kafir mengkafir) yang berlaku dalam kalangan umat Islam. Juga dibincangkan isu Palestin dan Rohingya. Manakala Forum Kebangkitan Islam membincangkan isu kebangkitan Islam.
 
Tuan Guru Presiden PAS telah dijemput dalam tiga majlis, iaitu pertama menyampaikan ucaptama dalam perasmian Persidangan Perpaduan Ummah yang dirasmikan oleh Presiden Iran, Ayatullah Hassan Rouhani. Turut menyampaikan ucapan di situ ialah Dr Mustafa Ceric (Mufti Bosnia), Dr Sheikh Mahdi al-Sumaidaie (Mufti Sunni Iraq), Dr Taj El-Din Hilaly (Mantan Mufti Australia), Syeikh Naim Qassem (Naib Ketua Hizbullah), Mufti Syria dan seorang Muslimat mewakili Gerakan Islam Senegal. Sementara tuan rumah diwakili oleh Ayatullah Mohsen Araki. 
 
Ucaptama pada persidangan itu tertumpu kepada perkara umum, melibatkan isu-isu sedang dihadapi oleh umat Islam terkini, antaranya isu perpaduan di mana umat Islam telah dipecahkan bukan sahaja kepada kaum, bahkan mazhab-mazhab. Hingga saling bertembung dan melupai isu utama yang dihadapi oleh umat Islam; membebaskan Palestin, menyelamatkan masjid Aqsa, orang Islam yang ditindas di Rohingya dan lain-lain. 

“Ini isu yang penting dalam Majma' Taqrib, dan dibuat bengkel selepas itu. Saya terlibat dalam bengkel peranan media dalam menangani gejala fitnah umat Islam yang mengancam perpaduan umat. Kerana media sosial ataupun media internet yang berlaku pada hari ini banyak menyebarkan fitnah-fitnah berita bohong yang memecahkan umat Islam. 
 
“Yang kedua isu minoriti umat Islam di negara bukan Islam. Bengkel ini dihadiri oleh Tuan Haji Azmi (Abdul Hamid), Pengerusi Teras. Saya suruh beliau hadir di situ, dan menyampaikan isu Rohingya dalam persidangan ini,” jelas Tuan Guru. 
 
Pada Forum Kebangkitan Islam, Presiden PAS telah diberi peluang menyampaikan komentar di mana beliau telah menimbulkan dua perkara negatif yang menghalang kebangkitan Islam iaitu pertama golongan pelampau dan kedua golongan bermudah-mudah dengan Islam. 
 
Takfir: Pendirian Ulama

Katanya, golongan bermudah-mudah dengan Islam ini ialah kerajaan-kerajaan dunia Islam yang tidak melaksanakan syariat. Bahkan menganut pula idealogi-idealogi bukan Islam, walaupun mengaku Islam, tetapi meninggalkan ajaran Islam dan terpengaruh dengan politik yang diatur oleh kuasa-kuasa besar dunia sehingga menjadi masalah kepada umat Islam.
 
Manakala budaya melampau terangnya, sehingga menimbulkan tuduhan kafir-mengkafir antara satu sama lain. 

“Saya menyebut, Imam Malik bin Anas seorang tokoh Islam, mazhab Islam, guru kepada Imam Syafi’ie mengatakan bahawa, sekiranya ada 100 masalah, 100 hujah dalam sesuatu hukum, kalau 99 hujah boleh hukum kafir, satu hujah diragukan, tak boleh hukum kafir sesuatu pihak itu. Ini benda yang kita kena sedar.
 
“Dan saya tertarik dengan ulasan Dr Mustafa Ceric (Mufti Bosnia) yang juga memberi pandangan dia. Beliau telah menyebut bagaimana buku yang terkenal tentang mazhab pecahan mazhab Sunni Syiah Khawarij ini, buku ialah kitab Maqalat al-Islamiyyin yang menyebut beratus-ratus mazhab yang berpecah dalam masyarakat Islam. 

“Abul Hassan al-Asy‘ari tokoh ulama yang terkenal tidak menghukumkan kafir dengan mudah mazhab-mazhab ini kerana di antara mereka masih berpegang dengan rukun-rukun Islam dan hukum Islam. Yang tak boleh mudah dihukum walaupun di sana terdapat pandangan-pandangan yang salah dari segi kaedah-kaedah hukum syarak tetapi tidak boleh mudah. 

“Apa lagi perlu dilihat kerana kejahilan yang melanda umat Islam di seluruh dunia di zaman penjajahan,” jelas beliau menerangkan isu dibincangkan pada persidangan itu.

Habuan Menjatuhkan Khalifah
  
Tuan Guru menyeru agar melihat isu dunia Islam selepas kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah yang dipecah dan diperintah oleh kuasa-kuasa Barat dengan melagakan antara mazhab iaitu Syiah Imamiyyah di Iran, Syiah Zaidiyyah di Yaman, (Khawarij) Ibadhi di Oman, Wahabbi Sunni di Riyadh dan Kerajaan Uthmaniyyah yang menganut Mazhab Hanafi. Selain turut memainkan sentimen kebangsaan iaitu Turki, Arab, Kurdish dan lain-lain bangsa. 

Menurut beliau, agen-agen Barat telah menyokong dan mendokong semua perjuangan yang berbagai-bagai itu hingga menjatuhkan Kerajaan Uthmaniyyah. Rentetan dari itu ujarnya, berlakulah pembahagian negeri umat Islam mengikut pecahan mengikut pengaruh masing-masing antara British dan Perancis yang menandatangani Perjanjian Sykes-Picot.
 
Katanya, jika Malaysia dan Indonesia menyambut kemerdekaan negara kerana bebas merdeka dari British dan Belanda, negara-negara Arab pula menyambut kemerdekaan pada hari kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah.

Bermakna Kerajaan Uthmaniyyah Turki dianggap sebagai penjajah dan bebas merdeka daripadanya diraikan sebagai hari kebangsaan bagi negara-negara Arab seperti Saudi, Qatar, Yaman dan lain-lainnya.
 
Bayangan Kuasa Barat

Rentetan itu terangnya, Amerika, British dan Perancis mewakili kuasa-kuasa Barat telah meletakkan pangkalan tentera mereka di negara umat Islam yang telah dipecahkan itu dari Emirate hingga ke Qatar dan Bahrain serta Oman dan lainnya. Selepas itu berlaku Perjanjian Balfour yang membolehkan negara Israel ditubuhkan.
 
“Bagaimana orang Arab boleh merdekakan diri mereka? Dalam kancah pertembungan ini, kita melihat tak diizinkan Islam untuk bertapak di Mesir, di Turki, di Algeria, termasuk di Indonesia. Bagaimana kemenangan Parti Masyumi di Indonesia dinafikan, kemenangan Parti Islam di Algeria dinafikan, kemenangan Ikhwan di Mesir dinafikan.

“Tiba-tiba berlaku Revolusi Islam di Iran, malangnya revolusi ini dianggap sebagai Syiah. Setahu saya, revolusi ini adalah benih daripada perjuangan Jamaluddin Al-Afghani yang dibuang negeri daripada Afghanistan ke Iran dan Mesir. Beliau melahirkan murid-murid di Mesir, Muhammad Abduh dan di Iran, Ayatollah Sheikh Razi Najafi.

“(Mereka) yang meniupkan perjuangan sehingga ditubuhkan Ikhwan di Negeri Arab, ditubuhkan Fedaiyyin Islam di Iran, semua gerakan ini menentang kerajaan-kerajaan di negeri masing-masing,” cerita beliau. 
 
Menurutnya, beliau pernah dimaklumkan oleh Almarhum Dr Sa’id Ramadhan Al-Misri iaitu Setiausaha Agong Ikhwanul Muslimin yang menantu Hasan Al-Banna bahawa selepas berlakunya Revolusi Islam itu, berlakunya persidangan dengan menaja mewah para ulama yang akhir resolusinya mengkafirkan Syiah. Oleh itu tegas beliau, perlu disedari bahawa politik negara-negara Arab ditaja oleh para penjajah.
 
PAS Dituduh Syiah

Menurut Tuan Guru, selepas terjadi revolusi di Iran, berlaku Perang Teluk Pertama di mana Saddam Hussein yang menganut Sosialis telah menyerang Iran dengan bantuan Amerika, British, Perancis dan negara Eropah lainnya serta disokong oleh semua Negara Arab. 

Sebaliknya PAS ujar beliau, mengambil pendirian menyokong Iran hingga PAS juga dituduh Syiah pada masa itu, namun tetap tegas dengan sikap yang diambil untuk menangani perang itu.

Hinggalah katanya, apabila Saddam berpaling tadah dan menyerang Kuwait, barulah negara Arab menjemput PAS untuk bersama melawan Saddam, namun, PAS tetap menegaskan pendirian menentang negara Arab menjemput campur tangan Amerika dan sekutunya di Iraq dan negeri Arab. 

Bagaimanapun kesali Tuan Guru, negara-negara Arab tetap menjemput juga Amerika dan sekutunya untuk campur tangan di Iraq dan berlakulah fitnah yang merebak ke seluruh negara Arab pada hari ini.  
 
Menjelang Penubuhan Israel
 
Ceritanya, dari tahun 1980-an lagi, Ikhwanul Muslimin di Syria terpecah tiga dan tidak tahu menentukan sikap politik mereka di mana Ikhwan Sa`id Hawwa tinggal di Jordan, Ikhwan Adnan Sa'duddin di Iraq dan Ikhwan Issam al-Attar di Jerman. 
 
Berdasarkan demografi dan Perjanjian Sykes-Picot, Syria dan Lubnan menjadi bahagian Perancis, sementara Jordan, Iraq dan Negeri-negeri Teluk di bawah British di mana sebelumnya, British telah menjanjikan selepas kejatuhan Uthmaniyyah untuk melantik anak-anak Syarif Hussein menjadi raja di Iraq dan Syria. 
 
Bagaimanapun Perancis tidak membenarkan bahagiannya iaitu Syria untuk menabalkan raja, lalu British pun menubuhkan negara baru iaitulah Jordan. Maka, Abdullah dilantik jadi Raja Jordan, kemudian Faisal menjadi Raja Iraq dan Ibnu Su’ud sebagai Raja Saudi. Malah, negara-negara kecil yang terlibat mendokong kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah juga diangkat raja-raja oleh British. 
 
Palestin pula diserah kepada Yahudi atas Perjanjian Balfour dan Theodor Herzl di mana ditubuhkan negara Israel pada tahun 1948. Kumpulan Islam bangun menentang penubuhan itu dan negara Arab menghadapi tekanan rakyat hingga PBB memerintahkan gencatan senjata. Bagaimanapun disebalik perdamaian itu, para pemimpin Islam ditangkap di negara masing-masing dan ada yang dibunuh termasuk Hasan al-Banna di Mesir. Begitu juga pemimpin Fedaiyyin Islam, Nawab Safawi di Iran turut dibunuh oleh Shah Iran. 

Bukan Perpecahan Mazhab

“Menunjukkan bagaimana bersatunya orang Islam di masa itu. Tak timbul mazhab, semua berjuang demi untuk mempertahankan Islam. Tetapi negara-negara masing-masing diperintah oleh mereka yang ditaja oleh kuasa penjajahan, ini yang berlaku. 

“Di Syria, diperintah oleh Parti Baath, Iraq juga Parti Baath. Parti Baath berpecah macam tempat kitalah, satu parti boleh berpecah. Umno berpecah ada team A, team B. Di mana Hafez Assad berpecah dengan Saddam. Berpecah Arab ini teruk, berat daripada berpecah Melayu. 

“Apabila Saddam menyerang Iran, Hafez Assad di Syria tidak menyokong kerana dia berkelahi dengan Saddam. Perlu disedari, walaupun Hafez Assad ini mazhab (Syiah) Alawi, 80 peratus rakyat (Syria) adalah Sunni. 

“Untuk mengekalkan kedudukan dia, dia mesti menangani orang Sunni yang 80 peratus di Syria, dia mesti walaupun dia mazhab (Syiah) Alawi. Dalam masa yang sama dia berbaik dengan Iran. Iran yang dikepung di masa itu tak ada jalan keluar melainkan Syria,” jelas Tuan Guru.
 
Revolusi Islam Syria?

Menurut beliau, di masa itu rakan-rakan Islam di Syria mahu melancarkan Revolusi Islam dan mereka telah berjumpa dengan Almarhum Najmuddin Erbakan ketika itu Timbalan Perdana Menteri Turki dalam kerajaan campuran peringkat awal. 

Bagaimanapun, Erbakan melarang kerana itu satu langkah yang tidak bijak dan menggesa isu negara ditangani dengan cara ‘Muwajahah Silmiyyah’, lalu mereka ke Iran meminta bantuan untuk melakukan Revolusi Islam.
 
Pun begitu, Iran tidak boleh menerima kerana negaranya dikepung dan menghadapi ‘Syaitan Besar’ iaitu Amerika dan sekutunya, sedang Syria menjadi ‘Syaitan Kecil’.
 
Dalam usaha membebaskan Palestin, Iran telah mengajak Negara Arab bersatu, tetapi sebaliknya Negara Arab menerima Perjanjian Madrid dan Oslo yang meletakkan penyelesaian masalah Palestin kepada dua negara iaitu negara untuk Yahudi dan untuk orang Palestin. Namun perjanjian itu ditolak Syria, Algeria, Yaman, Sudan, Libya dan Iran, juga oleh semua Parti-parti Islam termasuk PAS.

Geografi Strategik Syria

“Kita kena sedar, semua negara yang tolak perjanjian Oslo dan Madrid ini menjadi sasaran Arab Spring, mengapa ini? Ini perlu menjadi tanda tanya yang kita kena faham, jadi sasaran, termasuk Mesir, walaupun Mesir mengadakan Perjanjian Camp David. 

“Anwar Sadat berdamai dengan Israel, tetapi kekuatan gerakan Ikhwan di Mesir yang akan menguasai Terusan Suez (iaitu) tempat laluan, boleh dianggap paling bahaya pada keselamatan Israel. Ini kita kena sedar. 
 
“Dalam masa yang sama, Syria adalah bersempadan dengan Israel. Syria ini, paling dekat dengan Israel, negara lain jauh dengan Israel, boleh cakap sahaja, cakap besar. Syria ini sempadan dengan Israel. Syria menolak perjanjian Madrid ini, di samping dia perlu menangani Sunni yang majoriti rakyat dia. 

“Dalam masa yang sama dia perlu menunjukkan semangat kebangsaan dia menentang Yahudi. Syria ialah di antara negeri yang menerima Hamas, menerima Tanzim Jihad, menerima kumpulan-kumpulan yang menolak Perjanjian Oslo dan Madrid untuk berpengkalan di Syria. 
 
“Negara-negara ini melakukan operasi menentang Israel, tidak macam PLO (Palestine Liberation Organization) yang berdamai dengan Israel. Kemuncaknya ialah perang Gaza dan Selatan Lubnan. Dalam dua peperangan ini, Israel gagal mengalahkan Gaza dan Selatan Lubnan. 

“Akhirnya mereka dapat punca, puncanya ialah Iran membantu Gaza dan Selatan Lubnan. Pangkalan yang paling hadapan membantu Gaza dan Selaatan Lubnan ialah Syria, Yaman, Sudan. Jangan lupa Pelabuhan Sudan diserang oleh Israel,” ujarnya mengimbas dan memaklumkan bahawa Yaman pula dikacau kerana menyokong Palestin yang menentang Israel di Gaza dan Selatan Lubnan. 

Bukti Pengaruh Barat

Media termasuk Al-Jazeera katanya, pernah menyiarkan kritikan Amerika dan Barat terhadap Prince Bandar bin Sultan iaitu bekas Duta Amerika di Saudi dan bekas Ketua Intelligent Saudi kerana bertindak menghantar kumpulan pelampau yang balik dari Afghanistan ke Syria. 

Sedangkan strategi Amerika dan Israel ialah untuk mengacau Syria yang menjadi pangkalan kepada membantu Selatan Lubnan dan Gaza. Iaitu dengan menimbulkan penentangan kepada kezaliman Hafez Assad di masa itu sebagai mengalih perhatian supaya menentang Kerajaan Syria dan bukannya Israel. 

Bagi Amerika, menghantar ISIS yang juga kumpulan Islam adalah satu kesilapan kerana lebih membahayakan ISIS ini juga kumpulan Islam. Amerika mahu supaya pemerintah Syria seperti Hamid Karzai di Afghanistan yang telah menewaskan Taliban dan Mujahidin. Iaitu seboleh-bolehnya Kerajaan Syria wujud sebagai Kerajaan Sekular yang tidak membantu Hamas dan Tanzim Jihad, demi untuk menyelamatkan Israel. 
 
Selepas itu ditubuhkan parti-parti Sekular untuk memberontak di Syria dengan menampilkan tokoh seperti Sabri, Burhan Ghalioun, George Sabra dan lain-lain, berkemungkinan untuk menjadikan ‘Hamid Karzai Syria’. Bagaimanapun, semua tokoh itu tidak dapat sambutan dan akhirnya Daesh bersama ISIS juga yang menguasai Syria. 

Kekacauan Di Iraq

Di Iraq, walaupun kumpulan Islam cuba menjaga perpaduannya, tetapi demografi negara itu sendiri bercampur antara Arab, Kurdish dan Turkmen menjadikan Sunni sebagai majoriti. Namun, semangat perkauman Arab yang tinggi  menyebabkannya enggan bercampur dengan Kurdish dan Turkmen menyebabkan Syiah Arab menjadi majoriti.

Malah, mereka mengambil penyelesaikan masalah sebagaimana Lubnan di mana Presidennya beragama Kristian Maronite, Perdana Menterinya Islam Sunni dan Speaker Parlimennya Islam Syiah. Maka di Iraq, Presidennya Kurdish, Perdana Menterinya Syiah dan Speaker Parlimennya Sunni, dibuat begitu dengan tujuan untuk menjadikan Iraq negara Federalisma, dipecah kepada suku kaum dan mazhab. 
 
Walaupun pemimpin politik Iraq faham bahawa itu adalah permainan politik Barat untuk menimbulkan kacau bilau, namun tidak mudah untuk menyelesaikan masalah. Akhirnya ISIS dan Daesh menguasai Iraq dan bergabung dengan ISIS dan Daesh di Syria di mana kawasan mereka kuasai merupakan kawasan minyak dan berlakunya perniagaan di pasaran gelap.

Russia Sebagai Pembolehubah

Sementara pangkalan NATO di Turki memainkan peranan untuk menghancurkan kumpulan yang menentang Israel di Syria. Hanya setelah gagal menonjolkan kumpulan Sekular di Syria, maka Amerika dan Barat terpaksa menghidupkan juga kumpulan pelampau ini. Kumpulan yang banyak itu walaupun dibantu, tetapi dalam masa sama dipecah dan dilagakan juga. 

Pangkalan NATO dan pangkalan Israel menjadi pembekal utama kepada persenjataan yang mengacau di Syria. Pada awalnya berlaku pertembungan dengan kumpulan yang ditaja oleh Barat, akhirnya Amerika dan Barat campur tangan secara langsung di Syria. 
 
Namun ujar Tuan Guru, Allah Taala telah mengatur cara yang diluar dugaan ramai apabila Russia terlibat dalam isu Ukraine di mana Ukraine digunakan oleh Barat, Amerika dan Eropah serta NATO sebagai pangkalan untuk menentang Russia. Sebagai tindak balas, maka Russia mengambil peluang membantu Syria, yang kemudian secara mudah memberi Pelabuhan Tartus kepada Russia.

Ini membolehkan Russia membina kekuatannya menyebabkan Barat menghadapi masalah ekonomi dan politik. Russia dapat memintas Barat dalam menguasai situasi di Syria yang akhirnya Russia, Iran dan Syria bergabung menghadapi tentera yang dikepung oleh Barat. 

Drama Tidak Menjadi

Begitu juga cerita Tuan Guru mengenai rampasan kuasa Turki yang gagal setelah didedahkan penglibatan Amerika dan sekutunya, termasuk sebahagian negara Arab. Episod itu telah mengubahkan dasar luar Turki menjadikannya rapat dengan Russia dan Iran pada hari ini. Sekali gus menyebabkan suasana di Aleppo (Halab) yang menjadi rebutan itu menjadi berubah, di mana tentera tajaan Barat telah gagal. 
 
Tambah beliau lagi, perkembangan terbaru di PBB menyaksikan pendedahan oleh wakil Syria bahawa gesaan Amerika supaya PBB melanjutkan gencatan senjata bagi memindahkan penduduk awam Aleppo sebenarnya kerana terdapat 12 ‘Intelligent’ dan pegawai tinggi tentera dari beberapa negara di situ.  Masing-masing seorang daripada Amerika, Israel, Jordan, Qatar, Turki dan Maghribi, juga enam dari Morocco dan enam dari Saudi. Mereka telah terkepung oleh tentera Syria dan akan ditangkap untuk didedahkan kepada umum. Keadaan itu menjelaskan betapa permainan politik yang sangat huru-hara di Syria. 

Ketika sama ujar Tuan Guru, ulama-ulama Syria juga sukar untuk membuat pendirian. Contohnya Almarhum Dr Said Ramadhan al-Buti menyokong Hafez Assad dan Bashar Assad. Manakala Syeikh Ali As-Sobuni tinggal di Saudi dan beberapa ulama lain lagi di Turki. Sementara Almarhum Dr Wahbah Zuhaili tinggal di Syria, walaupun tidak keluar bersama dengan rakyat tetapi tidak menyokong Assad. Malah, Dr Wahbah juga kerap bertemu Tuan Guru di Iran menghadiri Muktamar Taqrib kerana mempunyai pendirian sendiri dalam masalah Iran. 

Kata Tuan Guru, maka tinggallah rakyat dalam keadaan yang begitu di Syria di mana 80 peratusnya adalah Sunni dan hanya dalam dua peratus dari sekitar dua juta penduduk menjadi pelarian, sedangkan terlalu ramai berada dalam negara menghadapi bencana perang.

Hakikatnya Perang Proksi

“Kita kena sedar di sana ada permainan yang sangat kotor. Di mana umat Islam menjadi mangsa peperangan proksi dan peperangan yang mencelarukan kedudukan orang Islam. Kita tak boleh buat pendirian yang mudah dalam masalah ini. Dan saya sedih dengan sikap negara-negara Arab.
 
“Malangnya, tiga minggu lepas, Negara Teluk mengadakan persidangan di Bahrain. Dijemput Perdana Menteri British, Theresa May jadi wakil dalam sidang Negara Teluk. Adakah British ini anggota Negara Teluk juga? Dijemput hadir di situ, ini apa makna ini?” getusnya menjentik fikiran. 
 
Kerana itulah ujarnya, beliau kecewa dengan sikap negara Arab dan mempunyai pendirian sendiri dan merasa lebih baik beliau ke Iran melihat perkara yang berlaku. Jelasnya, pendirian beliau disokong oleh ramai rakan-rakannya di luar negara dan berharap negara Arab supaya lebih memahami politik. 

Berdiri Atas Kaki Sendiri
 
Jelas Tuan Guru, tidak benar kononnya program di Iran itu ‘dikuasai’ oleh Syiah kerana ramai ulama-ulama Sunni hadir dan memberikan pandangan, tetapi tidak dapat liputan media.

Katanya, wujud semangat perpaduan orang Islam untuk berdiri di atas kaki sendiri dan tidak bergantung dengan kuasa-kuasa Barat di mana perlu disedari bahawa Iran akan jadi kuasa besar dunia. 
 
“Saya pernah berjumpa dengan tokoh daripada Iran dan tokoh daripada Hizbullah, mengatakan bahawa kami sedar bahawa kami Syiah tak boleh memimpin dunia Islam. Kerana majoriti orang Islam adalah Sunni, (sedangkan) Syiah dalam 10 peratus, kami sedar. Ini orang Iran cakap, dan orang Hizbullah pun cakap pada saya.
 
“Tapi Arab ini, Arablah khususnya, mereka terlalu kata orang, emosional. Digunakan oleh orang sehingga tak boleh selesaikan masalah yang membuat kacau dalam menangani masalah isu umat Islam. Ini yang sebenarnya.
 
“Masalah ini bukan masalah mazhab, masalahnya ialah perpaduan orang Islam untuk menghadapi cabaran kuasa-kuasa penjajahan baru dalam menghancurkan umat Islam, ini kita kena sedar, ini perkara yang sangat penting,” tegas beliau. 
 
Tuan Guru memetik hadis mengenai kemusnahan bangsa Arab sebagai bencana yang menimpa mereka kerana tidak kembali kepada al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Melontarkan harapannya, beliau melihat Sudan, Tunisia dan Algeria sebagai negara umat Islam yang agak bebas daripada pengaruh-pengaruh asing, tapi malangnya lemah dan miskin dan mereka juga dikacau kerana tidak mempunyai kekuatan ekonomi. 
 
Manakala negara yang ada sumber ekonomi minyak pula terlalu bergantung kepada wang, bukannya kepada keupayaan teknologi dan jati diri mereka. Berbeza negara yang ada jati diri tetapi miskin dan dikongkong oleh masalah-masalah terkepung.

Menuju Penyelesaian
 
Jelas Tuan Guru, isu-isu umat Islam telah dipersetujui para ulama untuk dihadapi dengan secara ilmu Islam, politik dan ekonomi. 

Pertama; dari segi ilmu Islam, Turki dan beberapa negara yang berpengaruh telah berjaya menobatkan melalui OIC, Majma' Fiqh Islam yang berpusat di Jeddah dan Makkah untuk bersetuju memilih mazhab-mazhab teras umat Islam di dunia sebagai Ahlil Qiblah iaitu umat Islam adalah satu. 

Terdapat lapan mazhab diakui di mana lima mazhab daripada Sunni iaitulah Mazhab Hanafi, Maliki, Syafi'ie, Hanbali dan Zhahiri. Dua mazhab daripada Syiah iaitu Imamiyyah dan Zaidiyyah. Satu mazhab daripada Khawarij iaitu Ibadhi yang ramai penganut di Oman, Zanzibar dan Utara Afrika. 
 
Kedua; secara politik dan ketenteraan. Ceritanya, apabila Almarhum Najmuddin Erbakan menguasai Kerajaan Turki pada tahun 1999, beliau telah menaja satu gabungan dunia Islam dikenal dengan G-8. Hasratnya menggabungkan Turki, Mesir, Pakistan, Bangladesh, Nigeria, Indonesia, Malaysia dan Iran dalam satu pakatan ekonomi, diikuti dengan politik dan ketenteraan. Di antaranya dicadangkan supaya negeri Islam menggunakan mata wang sendiri iaitu Dinar, sekali gus tidak bergantung kepada Dollar dan Euro lagi. 
 
Juga kerjasama teknologi antara negeri-negeri umat Islam ini di mana pernah melalui Presiden Habibie, seorang saintis jurutera penerbangan di Indonesia, mengajak negara-negara Arab yang kaya supaya memberi modal bagi membina industri penerbangan dan sanggup mencari pakar-pakar untuk dunia Islam menguasai industri itu. 
 
Bagaimanapun, negara-negara Arab tidak berfikir memajukan orang Islam dan tidak bersedia kerana merasakan tidak mempunyai pulangan dari segi ekonomi, mereka tak fikir nak memajukan orang Islam. Almarhum Erbakan yang menyedari seperti ‘telur di hujung tanduk’ kerana Turki seringkali berlaku rampasan kuasa dan Indonesia juga bermasalah, telah memanggil sidang tertutup termasuk Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Kerajaan Iran.

“Beliau (Erbakan) mencadangkan supaya Iran memajukan sains dan teknologi. Dalam masa yang sama beliau mencadangkan Iran untuk menghadapi Amerika dan Barat yang berlagak menjadi kuasa tunggal. Hendaklah berbaik dengan negara yang anti-Amerika dan Barat (iaitu) Russia, China, Venezuela, ini perlu didekat oleh Iran. 

“Selepas itu kita melihat Iran melakukan polisi yang dinasihatkan ini, dan Iran maju dalam bidang sains dan teknologi, sehingga Iran yang dikepung berjaya memajukan industri pertanian. Saya melawat ke kawasan ladang padi di Iran dan industri pertanian dia, memang dia maju, boleh mengatasi sains pertanian Barat,” kaguminya. 

Sekat Kebangkitan Islam

“Malangnya tak diiktiraf di peringkat antarabangsa, Barat mengepung. Dan Iran juga maju dalam industri, dalam sains dan nuklear. Saya tidak lupa lepas tahun 2000, berlaku operasi melaui CIA Mossad dibantu oleh negara Arab untuk mengutip dan membunuh saintis-saintis Iran. Iran terpaksa mengawal saintis-saintis dia, tinggal dia sahaja. 

“Turki sudah jatuh, Indonesia Habibie sudah tidak ada lagi, beliau menjaga saintis-saintis dia. Dan berlaku peristiwa yang menarik, seorang Saintis Iran pergi haji ke Makkah, hilang di musim Haji. Lalu, Iran bertanyakan Kerajaan Saudi, mana saintis yang pergi haji, tak ada, hilang? Saudi kata tak tahu, Saudi tak tahu menahu. 

“Selepas dua tahun tak silap saya, saintis ini muncul, dapat membebaskan diri di Amerika, bersembunyi di kedutaan Pakistan. Oleh sebab kawasan kedutaan kawasan diplomatik, tak boleh diganggu oleh polis Amerika, akhirnya beliau dapat dipulang balik ke Iran,” ujar beliau. 
 
Begitu juga ulas Tuan Guru, Israel yang melancarkan operasi untuk menghancurkan Hamas di Gaza serta Hizbullah dan Tanzim Jihad di Selatan Lubnan telah gagal kerana kumpulan-kumpulan Islam itu dapat mengatasi sains persenjataan Israel sungguhpun dibantu oleh Amerika. 
 
Hal itulah katanya, menyebabkan tercetusnya kekacauan di Negeri Arab kerana untuk menghalang kebangkitan semula orang Islam.

Tegas beliau, semua itu bukan bertujuan untuk Islam menghadapi perang, tetapi mesti maju dan lebih kuat daripada yang lain.

Di sebalik Arab Spring

Arab Spring katanya, dapat disaksikan betapa kumpulan-kumpulan Islam digunakan untuk mengerah rakyat keluar bagi mengubah kerajaan masing-masing kononnya kepada demokrasi. Kerana semua negeri Arab diperintah secara diktator, sama ada beraja ataupun presiden atau tentera. Namun, apabila mendapati Arab Spring ini menguntungkan Islam, maka berlakulah gerakan pintas untuk menghalang Islam berkuasa semula di Negara Arab. 

“Hal-hal macam ini sepatutnya difahami oleh umat Islam, dan mereka yang berfikir (dari) kalangan orang Islam sendiri. Bukan masalah Sunni dan Syiah, (tetapi ia) masalah menghalang Islam itu bangkit tanpa mengira apa mazhab. 
 
“Kuasa-kuasa bukan Islam tak kira mazhab, kita je yang sering kira mazhabnya. Mereka tak mahu Islam ini bangkit sama ada Sunni atau Syiah, kita sahaja yang duduk tekan ini Sunni, ini Syiah dan sebagainya,” ujarnya. 

Iktibar Untuk Malaysia
 
Mengambil semua iktibar tersebut, beliau menyeru rakyat di negara ini untuk memahami realiti bahawa umat Islam adalah majoriti dalam masyarakat majmuk; berbilang kaum dan agama. 

“Peranan majoriti umat Islam perlu dikemukakan, supaya penyelesaian memerintah negara masyarakat majmuk. Kita telah berjaya mewujudkan satu hidup yang rukun dan damai selepas kita mencapai kemerdekaan walaupun ada krisis, tetapi tidak separah di Negara Arab. 
 
“Apa yang penting ialah kita maju lagi ke depan dengan menonjolkan Islam sebagai panduan setelah gagalnya idealogi-idealogi ciptaan manusia Timur dan Barat. Keruntuhan Soviet Union menandakan idealogi Timur Sosialis gagal. Amerika dan Barat merudum, idealogi Barat juga gagal. 

“Di sini perlu kita mengembalikan peranan Islam, tanpa menakut-nakutkan orang bukan Islam. Islam adalah penyelesaian dalam memerintah negara, segala aspeknya,” lontarnya penuh optimis.

Media: Nasihat Bersama

Sepanjang sesi temubual itu beliau turut menyentuh mengenai media di mana mengingatkan khalayak agar tidak beriman dengan media. Nasihatnya, Quran menyuruh orang beriman agar tabayyun sebagaimana ayat 6 surah al-Hujurat. Apatah lagi media hari ini banyak dikendalikan orang-orang fasik dan upahan di seluruh dunia.

“Dan Nabi telah menyebut dalam satu hadis, ketika Nabi dijemput menjadi tetamu Allah, bukan Israk Mikraj, (tetapi) mimpi melawat Alam Barzakh. Nabi sebut bagaimana aku melihat satu kumpulan manusia yang diseksa dalam neraka kerana kerjanya sejak pagi sampai petang menyebarkan pembohongan seluruh pelusuk bumi, seluruh ufuk bumi. 
 
“Manusia zaman itu tak faham bagaimana menyebarkan maklumat seluruh pelusuk bumi. Hari ini baru kita tahu teknologi langit terbuka, yang mudah menyebarkan maklumat tanpa benar-benar dan salah,” peringat beliau. 

Tuan Guru turut mengemukakan contoh sebagaimana media Al-Jazeera yang begitu menonjolkan pihak Barat, ISIS dan Daesh dengan mengajak untuk memahami tujuan mereka menjadi media kepada golongan tersebut.

“Ini bukan sahaja baca kitab, baca media, baca internet, kena baca juga Quran, Hadis, baca kitab fekah dan kena baca senario politik satu persatu daripada semua sumber-sumber media, jangan satu sumber sahaja,” antara nasihat diutarakannya berhubung senario itu.