Friday, 22 May 2015

Tarekat

Aku tidak menyembah Tuhan yg tiada aku kenali, aku melihat Allah dengan petunjuk Allah dan dengan pandangan yakin. Kenal Allah dengan Allah!


Sebaik-baik perkataan adalah perkataan yg mendekatimu kepada Allah zahir dan batin.
Dia-lah sebaik-baik teman dan kekasihmu.
Beruntunglah orang yg hatinya bersama Allah dan tubuhnya mentaati Allah.
Pandangannya memandang Allah.
Tubuhnya dudunia dan hatinya diakhirat. Tubuhnya bersama makhluk dan hatinya bersama Allah.
Takutnya kepada Allah tidak melebihi harap dan harapnya kepada Allah tidak melebihi takut.
Pemikirannya dengan Allah, usahanya dengan Allah, gerak dan diamnya dengan Allah, hidup dan matinya dengan Allah.
Tiada yg lain selain Allah.
Hendaklah engkau serta dengan Allah dan jikalau engkau tidak dapat serta dengan Allah, maka hendaklah engkau serta dengan orang yg serta dengan Allah, mudah-mudahan engkau akan disampaikan kepada Allah.


Insan-insan pilihan Allah.
Tinggallah dunia dan belayarlah menuju Allah


Ilmu Ketuhanan ... hanya untuk Tuhan dan siapakah Tuhan ? .. Tuhan adalah mereka yang berbicara tentang Tuhan kerana hanya Tuhan yang ada Ilmu Ketuhanan ... maka selagi kita berbicara tentang Tuhan, sebenarnya kita berbicara tentang diri kita kerana kita lah Tuhan yang berbicarakan tentang Tuhan dan apabila kita berbicara tentang Tuhan maka kita mengada-adakan Tuhan sedangkan Tuhan itu tiada ...
maka bagaimanakah hendak mencari ilmu yang hasilnya tiada berilmu kerana selagi kamu berilmu selagi itulah kamu membicarakan tentang Tuhan ..


Kesudahan makrifat itu lemah dihadapan Zat Yg Maha ghaib dan kembali didalam kejahilan yg sebenar!

Tiada lagi kewarakanmu, zuhudmu, tawakkalmu, ikhlasmu, makrifatmu melainkan wujud kesempurnaan Allah Azza Wajalla!
Riak itu engkau melihat diri dan tidak melihat Allah. Ikhlas itu engkau melihat Allah dan tidak melihat diri!

Menuntut sesuatu selain Allah adalah tipudaya dalam perjalanan dialam kerohaniyah!

No comments:

Post a Comment