Kematian adalah pintu menemui Tuhan. Berbahagialah siapa yang di saat hembusan nafasnya masih beredar, mencintai dan merindui Tuhannya. Habis segala lelah, terlepas segala bebanan. Tercapai segala cita. Bertemu sudah dengan maksud!
Ahli-Allah hidup didalam Cemburu Allah dan Cemburu Allah telah menghilangkan mereka daripada pentasan dunia dan akhirat!
maka Dia adalah Dzahir dari segi bahwa Dia adalah Batin, dan Dia adalah Batin dari segi kenyataanNya Yang Dzahir, dan Awwal dari kenyataanNya adalah Akhir, demikian pula dalam Akhir.
Wahai hambaKU! AKU mengujimu sedikit, engkau tidak melihatKU dan engkau pandang selainKU. Maka kembalikan hatimu kepadaKU dengan bertaubat, kerana engkau telah berpaling daripadaKU!
Jaga hati ingat Allah!
Berjalanlah menuju kepada hadrat Tuhanmu, disana tiada lagi akalmu, penglihatanmu, pendengaranmu, lisanmu, kudratmu dan tiap-tiap sesuatu fana melainkan Allah!
orang yg mengenali Allah itu sentiasa memaafkan kesalahan manusia lain terhadap dirinya. Dia memakai persalinan Allah.
Orang yg mengenal Allah itu apabila ia melihat kepada dunia dan akhirat, maka ia melihat Allah!
Hadapkanlah wajahmu kepadaKU(ALLAH)sahaja dan jangan engkau berpaling kepada dunia atau akhirat, berhadaplah kepadaKU dan lihatlah KeesaanKU, KekuasaanKU, KeelokkanKU dan KebijaksanaanKU, dan cukuplah AKU bagimu dan selainKU semuanya akan binasa!
Syukur didalam bala-musibah itu terlebih tinggi darjatnya daripada syukur didalam ujian nikmat, kerana nafsu itu lebih cenderung kepada kelapangan daripada kesempitan!
Allahumma antassalam
Assalamualaikum yaa khaliilullah
Berapa ramai yg tidak mendapat rahmat drpd Allah subhanahu wataala...sudah jelas... Rumah yg indah lagi cantik tertera nama yg begitu indah Menuju Rahmat Allah..tapi sunyi tanpa penghuni..betapa sedihnya ya rabbi..terbukti dari tadi tiada yg menyahut SalamMU ya Allah
Kemana pergi para pilihan2MU ya Allah yg Kau rahmati..adakah tidak Kau rahmati lagi lagi para hamba2MU disini ya haq?
Setiap dakwaan dan pengakuan cintamu kepada Allah itu akan diuji oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Cemburu, Dia amat cemburu kepada siapa yg ingin duduk disisiNya dan Allah tidak akan membiarkan hatimu berjinak-jinak dengan sesuatu selain ZatNya!
Ya Allah! Selesaikanlah dan merdekakanlah hatiku daripada segala sesuatu selainMu, dan cukuplah Engkau bagiku....
No comments:
Post a Comment