Wednesday, 6 May 2015
Tasawuf
🍀MENGENAL SIFAT TUHAN PADA DIRI INSAN🍀
(Tazkirah : Mengenal Diri Dalam Mengenal Tuhan)
Bismillah : Allah sangat "maha cemburu" bilamana seseorang hamba-Nya lebih mencintai "makhluk" daripada diri-Nya sendiri. Lalu Rasulullah Bersabda :
"Tidak akan SEMPURNA IMAN seseorang itu selagi mana Allah dan Rasul(SAW) tidak lebih ia CINTAI dari segala-galanya (yang ada di atas dunia ini)"
Allah menghukumkan "Tidak Sempurna Iman" buat hamba-hamba-Nya tidak Mencintai "Diri-Nya! Inilah bukti bahawa Allah itu sangat "Pencemburu" .. Apakah yang akan terjadi buat umat muslim yang mati dalam STATUS "Tidak Sempurna imannya" ??? Cuba fikirkan sejenak? ini membawa erti Kecelakaan buat orang-orang yang tidak mencintai Allah. Mencintai Allah itu duduknya pada makam kematian para Wali-Wali Allah. Sesiapa yang tidak mati di dalam "Kecintaan" kepada Allah saat dirinya menghadapi Sakaratulmaut kelak, maka itulah kematian yang "merugikan" iaitu mati di dalam maqam Keimanan yang "Tidak Sempurna" di sisi Allah dan Rasul-Nya Nabi SAW. Rasulullah tidak lah berdusta di dalam perkataannya (hadis sahih di atas).
Sesiapa yang mencintai makhluk melebihi daripada Cinta kepada Allah SWT, maka Allah SWT akan "memisahkan" mereka dengan apa yang mereka cintakan itu dengan pelbagai cara yang "menghancurkan hati" sebagai pembuktian bahawa "cinta kepada makhluk" adalah bersifat fana dan kepalsuan..
Allah akan memisahkan mereka dari apa mereka Cintakan itu dengan cara kematian, kehilangan, kecurangan dari apa yang mereka cintakan di atas dunia ini. Ini pembuktian bahawa Allah maha cemburu kepada pada hamba-Nya yang curang dalam menempatkan "rasa cinta" kepada tempat yang salah (*Syirik kepada Allah bila mencintai "benda" melebihi daripada mencintai diri-Nya).
Allah sangat cemburu dalam setiap kecurangan para hamba-hamba-Nya (berbuat dosa @ tersalah menempatkan cinta dll). Cinta dan Cemburu adalah 2 daripada sifat-sifat tersembunyi Allah SWT. Dan sifat-sifat Tuhan ini telah "dipinjamkan sedikit" kepada makhluk yang teristimewa ciptaan-Nya iaitu Insan/Manusia.
Dipinjam-Nya juga sifat Cantik, Cinta, Cemburu & Kasih daripada sifat-Nya kepada makhluk-Nya agar para hamba-Nya lebih "mengenal dirinya" sendiri (*mengenal Sifat-Sifat Allah yang "dipinjamkan-Nya" pada diri sendiri). Orang yang tidak "mengenal diri", nescaya dia tidak akan dapat "Mengenal Tuhan" @ Makrifatullah. Nur Makrifatullah hanya akan dipancarkan oleh Allah ke dalam hati para hamba-hamba-Nya yang telah "Mengenal diri" sahaja.
Atas sebab itu ramai orang Alim, Soleh, Ulama yang Gagal "Makrifatullah" atas kerana walaupun mereka berilmu agama tetapi belum dan tidak "Mengenal Diri" kerana tidak mempelajari ilmu Tinggalan para Wali-Wali Allah iaitu Tasawuf Sufi - iaitu "ilmu akhlak" hati Kunci mendapat "Nur Makrifatullah" dari Allah SWT.
Atas sebab itulah para Wali Allah silam menyatakan : "Untuk Mengenal Allah Itu Perlu Mengenal Diri Terlebih Dahulu" ...
"Mengenal Diri" itu secara asasnya adalah :
(1) Mengenal Sifat-Sifat Tuhan yang "dipakaikan" Allah "sedikit" kepada diri INSAN yang sebahagiannya dari sifat-sifat Tuhan itu Haram dizahirkan pada diri INSAN(*ditegah dipakai manusia).
Sebagai salah satu contohnya adalah Sifat Sombong membesarkan diri sendiri, ia adalah Sifat Allah yang diharamkan ke atas makhluk-Nya dll.
(2) Mengenal Sifat diri sebagai seorang INSAN yang mempunyai sifat Kerendahan, Kehinaan, Kekurangan, Kelemahan, Ketidak'kesempurnaan dll.. yang mana Sifat yang Wajib bagi makhluk-Nya tetapi Haram bagi diri Allah atas kerana Allah tidaklah bersifat sebagaimana makhluk-Nya.
Tetapi makhluk-Nya itu mempunyai Sifat-Sifat Ketuhanan yang dipinjamkan-Nya kepada makhluk yang paling "dicintai-Nya" iaitu Manusia - iaitu menurut pentafsiran Kesufian, makna MANUSIA itu adalah Diri Yang Menyimpan Rahsia-Rahsia Allah (*iaitu Sifat Tuhan Di Dalam Diri Insan) -
TASAWUF SUFI : KEILMUAN TINGGALAN PARA WALI-WALI SILAM - ILMU YANG SUDAH DIANGKAT KEMBALI ALLAH SWT KE LANGIT - ILMU INI HANYA DAPAT "DIAMBIL" KEMBALI DARI LANGIT TURUN KE BUMI MELALUI "LADUNI" TERUS DARI ALLAH DENGAN "IZIN ALLAH" SI PEMILIK ILMU TERSEBUT.
Cinta, Cemburu, Kasih, Sayang, Simpati, Pemaaf, Pemurah dll adalah Sifat-Sifat Allah SWT yang WAJIB "dipakai" pada diri manusia - Atas sebab itu Wali-Wali tu dikenal sebagai Manusia Ketuhanan Ahlullah Arifbillah atas kerana "mereka" telah memakai sifat-sifat Tuhan yang Wajib atas diri Insan tetapi mereka "tidak memakai" Sifat-Sifat Tuhan yang diharam bagi INSAN seperti Riak, Takabur, Membesarkan Diri, Angkuh, Sombong, Murka, Mencela, Mengutuk dll .. semua ini adalah Sifat Tuhan yang diharamkan bagi INSAN.
"Sifat Sombong Itu Adalah Selendang-KU"
(Hadis Qudsi) - TASAWUF (wallahu'alam)🙏
®➰✨⚡☀⚡✨➰®
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment