Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yg telah kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk kami cubai mereka dengannya. Dan kurnia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal....maksud Quran
Barangsiapa yg mengenal Allah, maka ia mengenal tipudaya nafsunya!
Barangsiapa yg mengenal Allah, maka ia akan menjaga hak ubudiyahnya terhadap Allah!
Celaka engkau hai nafsuku! Sampai bilakah engkau akan terus menentang dan membantah kehendak Tuhanmu?
هاي ساودارا،
"سکالين کگيگيهن اوسها مو ڤد يڠ تله ڤون دجامينکن اونتوق مو دسمڤيڠ کلالاين مو ڤد اڤ يڠ تله دتونتوت درڤد مو اداله ساتو دليل باگي ترهاڤوسڽ البصيره درڤد ديري مو."
Jikalau AKU menuntut engkau dengan keadilanKU, nescaya tidak berguna( sia-sia) segala amalmu!
"Hamba-Ku, ingatlah kepada-Ku ketika engkau sedang marah, maka Aku akan mengingatkanmu ketika Aku marah."
'Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf!'
(Q.s. Al-A'raf :199)
"Tasawuf adalah akhlak. Barangsiapa bertambah dalam akhlak berarti bertambah pula dalam tasawuf."
Tauhidlah kepada Allah, jangan engkau sekutukan Allah dengan sesuatu dan dengan dirimu, dengan ilmumu, dengan amalmu, dengan kehendakmu, dengan usaha dan ikhtiarmu dan dengan daya-upayamu!
Keluarlah engkau daripada dirimu dan masuklah dalam lakuan Allah semata-mata!
Siapa yg telah benar didalam kehambaannya kepada Allah, maka ia akan menerima semua kehendak Allah dengan tiada pilihan dirinya!
Serahkanlah segala kehendakmu kepadaKU, kerana AKU-lah yg mentadbirkan sekalian alam ini dengan kehendakKU Yg Maha Tunggal!
Jangan engkau berpaling hatimu daripada berhadap kepadaKU(ALLAH), maka itulah bukti kasihmu kepadaKU.
Jikalau engkau berpaling daripadaKU(ALLAH)maka bertaubatlah dan kembalilah hatimu kepadaKU, dan terimalah kehendakKU dengan hati yg ridha!
No comments:
Post a Comment