Wednesday, 13 May 2015

Tasawuf


🔱AULIA SUFI MANSUR Al-HALLAJ: "ANA AL-HAQ"🔱
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Bismillah - Tragedi yang menimpa "Al-Hallaj" yang dihukum
mati atas kerana ungkapannya "Ana Al-Haq", ia menjadi
suatu hikmah yang luar biasa di dalam sejarah perkembangan
Tasawuf dan dunia kesufian.
Walaupun hukuman yang dijatuhkan keatas Al-Hallaj begitu
berat dan begitu zalim dalam sejarah peradaban manusia,
namun diterimanya dengan rela hati (iklas) dan berlapang
dada atas kerana yang dipandangnya bukanlah hukum yang
maha zalim itu, tetapi yang dipandangnya adalah dari
manakah hukuman itu "datang" dan "siapakah" yang
"menghantarkan" hukuman (ujian) itu kepada dirinya.
Tidak lain kecuali dari Allah s.w.t jua 'ia' datang, maka Al-
Hallaj menerimanya dengan gembira walaupun terlalu pahit
penuh derita atas kerana tubuhnya dikerat-kerat, matanya
dicongkil, hidungnya dipotong, telinga diputuskan, tetapi
lidahnya tetap istiqomah tampa henti mengucapkan kalimah
"zikirullah"(Tiada Tuhan Yang Disembah, Kecuali Allah),
tampa henti walaupun tubuhnya pedih menanggung kesakitan
yang begitu hebat.
Oleh kerana lidah tidak tahu "diam", makin disiksa tubuhnya,
maka semakin kuat kalimah "Allah" itu diulang-ulangkan dari
mulut dan lidah Al-Hallaj. Lalu lidahnya dicangkuk dengan
besi tajam dan ditarik keluar dan dikerat hingga putus.
Namun Al-Hallaj tetaplah dirinya "Al-Hallaj", walaupun
lidahnya sudah dipotong, darahnya terpancut keluar, tetapi dia
tetap "berzikir"(dihatinya)dengan menggoyang-goyangkan
kepalanya seakan-akan orang yang sedang di dalam majlis
zikir.
Dan bagi menghentikan goyangan kepala 'zikirullah' Al-Hallaj
itu, maka 'algojo' pun diperintah untuk memenggal kepala si-
buta, si-tuli dan bisu bernama Al-Hallaj itu hingga putus
terpelanting ke tanah. lalu jasadnya bakar hingga rentung
hangus. Maka tamatlah riwayat hidup insan Wali Allah Sufi
bernama Mansur Al-Hallaj itu yang mati di dalam sebuah
"Kebenaran".
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Begitulah adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak, betapa
sayangnya "kalimah Allah" itu pada diri Al-Hallaj, dan atas
kerana kalimah itu juga, beliau mampu menghadapi ujian yang
begitu berat di dalam hidupnya. Tempatkanlah diri kita
ditempat Al-Hallaj di saat dia menerima hukuman itu,
bagaimanakah rasanya? Dia bukan nabi dan bukan rasul yang
diberi kekuatan jiwa untuk menghadapi ujian yang sebegitu
berat. Dia sama seperti diri kita ini, "insan biasa" yang lemah
ini. Tetapi apakah yang melebihkan "darjat" diri Mansur Al-
Hallaj itu jadi dibandingkan diri kita yang serba "hebat" dan
serba "mewah" ini??
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Jawapannya mudah dan ringkas, iaitu di dalam qalbu hati Al-
Hallaj itu ada "Allah" dan ada "Tuhan" di dalam hatinya.
(bagaimana diri kita??) Tanda-tanda nyata seseorang insan
itu "ada Allah" di dalam hatinya, maka lidahnya dan hatinya
selalu sahaja menyebut-nyebut akan nama Tuhan yang ia
"sembah".
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tetapi sekiranya kita "sembah manusia"(?) maka nama itulah
yang akan selalu kita sebut-sebut. Contohnya "oh Zulhelmi",
"oh Kamarul"oh Hawariah", "oh Siti", "oh Yoyah", "oh isteriku
tercinta", "oh suamiku tersayang" dll.. Maka nama "Tuhan
Palsu" di hati itu akan selalu diingati, disebut-sebut, dipuja-
pula dan terbayang diminda qalbu. Ataupun lebih teruk lagi di
hatinya selalulah teringatkan "duit - duit - duit - duit - duit" ...
Jika duitnya banyak, maka gembiralah hatinya kerana "Tuhan
Palsu"($$) itu penuh di sakunya dan "memenuhi" ruang
qalbunya dengan "Tuhan Palsu" itu($$$? harta? pangkat?
Kekasih? Suami? Istari? Nafsu?). Walaupun kamu tidak
"menyembahnya" sebagaimana kamu "menyembah Allah"
secara zahirnya, tetapi menjadi lebih "parah" bilamana
Jasadmu menyembah Allah tetapi "hatimu" menyembah
selain dari Diri-Nya.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Inilah sifat "syirik"(menduakan Tuhan) yang paling berbahaya
dan paling "memudaratkan" jiwa dan rohmu atas kerana
kamu tidak sedar kamu telah "menyembah Tuhan selain Allah
tampa disedari oleh hati atau sesiapapun. Oleh itu,
berubahlah dari sekarang, dan buanglah segala jenis "Tuhan-
Tuhan Palsu" yang sedang bersarang di dalam qalbu hatimu,
dan "GANTIKANLAH" kesemua Tuhan Palsu" itu dengan
"Tuhan Sebenar" iaitu Allah s.w.t Tuhan yang Maha Hidup,
yang Maha Kekal, Maha Berkuasa, Maha Kaya dan Maha
"Tercantik" dari apa-apa yang kamu "sembah" sebelum ini.
Jadilah diri kamu seperti Al-Hallaj yang mempunyai "Tuhan
Sebenar" di dalam hatinya dan lidahnya selalu menyebut-
nyebut akan nama tuhan yang ia "sembah" itu.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Part II : Hanya mereka yang menjalani kesufian sahaja yang
akan memahami jiwa Al-Hallaj itu dan perjalanan hidupnya.
Kita tidak akan mampu memahami jiwa Al-Hallaj sekiranya
tidak pernah memahami, menghayati dan mengamalkan
amalan tinggalan ahli-ahli Sufi/Tasawuf silam.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ada ungkapan Sufi yang sangat arif yang boleh dijadikan
renungan kita bersama untuk sekadar merasakan sedikit dari
apa yang ditempuhi oleh Al-Hallaj:
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
“Orang yang sedang tenggelam di lautan(Fana), tidak akan
pernah mampu berbicara, bercerita, berkata-kata, tentang
tenggelam itu sendiri. Ketika ia sudah timbul dari tenggelam,
dan sedar, baru ia berbicara tentang kisah rahsia tenggelam
tadi. Ketika ia berbicara tentang tenggelam itu,
kedudukannya bukan lagi sebagai amaliyah tenggelam, tetapi
sekadar ilmu tentang tenggelam.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
"Bezakan antara amal dan ilmu. Sebab banyak
kesalahfahaman orang yang menghayati makna tenggelam,
tidak dari amalnya, tetapi dari ilmunya. Maka muncullah
kesalahfahaman dalam memahami tenggelam itu sendiri.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Di antara ungkapan-ungkapan Al-Hallaj:
1. “Allah menghijab mereka dengan Nama, lantas mereka pun
menjadi hidup. Seandainya Dia menampakkan Ilmu Qudrat
pada mereka, mereka akan hangus. Seandainya hijab hakikat
itu disingkapkan niscaya mereka mati semua.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
2. “Tuhanku, Engkau tahu kelemahanku jauh dari rasa
bersyukur kepadaMu, kerana itu bersyukurlah pada DiriMu
bukan dariku, kerana itulah sesungguhnya Syukur, bukan yang
lain.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
3. “Siapa yang mengandalkan amalnya, ia akan tertutupi dari
yang menerima amal. Siapa yang mengandalkan Allah yang
menerima amal, maka ia akan tertutupi dari amal.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
4. “Asma-asma Allah Taala dari segi pemahaman adalah
Nama sahaja, tapi dari segi kebenaran adalah Hakikat.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
5. “Bisikan Allah adalah bisikan yang sama sekali tidak
berlawanan.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
6. Suatu ketika Al-Hallaj ditanya tentang al-Murid, “Ia adalah
orang yang dilemparkan menuju kepada Allah, dan tidak akan
berhenti naik sampai
ketika ia sampai.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
7. “Sama sekali tidak diperbolehkan orang yang mengenal
Allah Yang Maha Tunggal atau mengingat Yang Maha
Tunggal, lalu ia mengatakan, “Aku mengenal Al-Ahad” padahal
ia masih melihat individu-individu lain."
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
8. “Siapa yang dimabukkan oleh cahaya-cahaya Tauhid, ia
akan tertutupi dari ungkapan- ungkapan Tajrid (menyendiri
bersama Allah). Bahkan, siapa yang dimabukkan oleh cahaya-
cayaha Tajrid, ia akan bicara dengan hakikat Tauhid, kerana
kemabukan itulah yang bicara dengan segala hal yang
tersembunyi.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
9. “Siapa yang menempuh jalan kebenaran dengan cahaya
Iman, maka ia seperti "pencari" matahari dengan cahaya
bintang gemintang.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
10. “Ketika Allah mewujudkan jasad tanpa sebab, demikian
pula Allah mewujudkan sifat jasad itu tanpa sebab,
sebagaimana hamba tidak memiliki asal usul pekerjaannya,
maka, hamba itu pun tidak
memiliki pekerjaannya.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
11. “Sesungguhnya Allah Taala, Maha Pemberi Berkah dan
Maha Luhur, serta Maha Terpuji, adalah
Zat Yang Esa, Berdiri dengan DiriNya Sendiri, Sendiri dari
yang lain dengan Sifat QidamNya, tersendiri dari yang lainNya
dengan KetuhananNya, tidak dicampuri oleh apa pun dan
tidak didampingi apa pun, tidak diliputi tempat, tidak pula
ditemukan waktu, tidak mampu difikirkan dan tidak mampu
tercetus dalam imaginasi, tidak pula mampu dilihat
pandangan, tidak mampu darusi kesenjangan.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
12. “Akulah Al-Haq, dan Al-Haq (Allah) Benar, Mengenakan
ZatNya, di sana tak ada lagi perbezaan.”
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
13. Ketika ditanya tentang Tauhid, ia menjawab:
“Memisahkan yang baru dengan Yang Maha Dahulu, lalu
berpaling dari yang baru dan menghadap kepada Yang Maha
Dahulu, dan itulah hamparan Tauhid.” Wallahua'lam.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Penjaga Makam Sufi : 06:38 - 19-JUNE-2013
Kerumpunan Nusantara Perak Asia

No comments:

Post a Comment