Sunday, 10 May 2015

Sufi


🍀TEGURAN ALLAH SWT KEPADA KEPADA UMAT MUKMIN AGAR JANGAN TERPEDAYA DENGAN TIPUDAYA DUNIA YANG DIBAWA OLEH MANUSIA YANG LALAI KEPADA ALLAH DAN SURUHAN AGAMA.

Makna : "mengikuti kebanyakan" orang dalam Qs.Al-An-am : 116
ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ
ﺇﻥَّ ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ ﻧﺤﻤﺪﻩ ﻭﻧﺴﺘﻌﻴﻨﻪ ﻭﻧﺴﺘﻐﻔﺮﻩ ﻭﻧﻌﻮﺫ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺷﺮﻭﺭ
ﺃﻧﻔﺴﻨﺎ ﻭﻣﻦ ﺳﻴﺌﺎﺕ ﺃﻋﻤﺎﻟﻨﺎ، ﻣﻦ ﻳﻬﺪﻩ ﺍﻟﻠﻪ ﻓﻼ ﻣﻀﻞَّ ﻟﻪ، ﻭﻣﻦ ﻳﻀﻠﻞ
ﻓﻼ ﻫﺎﺩﻱ ﻟﻪ، ﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻَّ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺣﺪﻩ ﻻ ﺷﺮﻳﻚ ﻟﻪ ﻭﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥَّ
ﻣﺤﻤﺪﺍً ﻋﺒﺪﻩ ﻭﺭﺳﻮﻟﻪ . ﻓﺈﻥ ﺃﺻﺪﻕ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ ﻛﺘﺎﺏ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺧﻴﺮ ﺍﻟﻬﺪﻱ
ﻫﺪﻱ ﻣﺤﻤﺪ ، ﻭﺷﺮ ﺍﻷﻣﻮﺭ ﻣﺤﺪﺛﺎﺗﻬﺎ ﻭﻛﻞ ﻣﺤﺪﺛﺔ ﺑﺪﻋﺔ ﻭﻛﻞ ﺑﺪﻋﺔ
ﺿﻼﻟﺔ ﻭﻛﻞ ﺿﻼﻟﺔ ﻓﻲ ﺍﻟﻨﺎﺭ .
Segala puji bagi Allah, shalawat dan salam semoga
senantiasa terlimpah kepada Rasulullah
ﺻﻠﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ Wa Ba’du :
Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭ ﺗﻌﺎﻟﻲ berfirman :
ﻭَﺇِﻥْ ﺗُﻄِﻊْ ﺃَﻛْﺜَﺮَ ﻣَﻦْ ﻓِﻲ ﺍﻷﺭْﺽِ ﻳُﻀِﻠُّﻮﻙَ ﻋَﻦْ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺇِﻥْ ﻳَﺘَّﺒِﻌُﻮﻥَ ﺇِﻻ
ﺍﻟﻈَّﻦَّ ﻭَﺇِﻥْ ﻫُﻢْ ﺇِﻻ ﻳَﺨْﺮُﺻُﻮﻥَ


"Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di muka bumi
ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah (*JALAN YANG DITEMPUH OLEH PARA SUFI/WALI-WALI ALLAH). "Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka (rasa benar), dan mereka (wahabi/khawarij/kafir) tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Qs.Al-An’Am : 116)

➰🍀➰🍀➰🍀➰🍀➰🍀➰
® Soalan daripada tuan Lan dari whatsapp group Ikhwan Jabal Turki : "Apakah maksud sebenarnya ayat : 116 tu, mintak tolong beri pencerahan dari sahabat sekelian tq.

® Tafsiran Kesufian Ayat 116 : (Qs.Al-An’Am) di atas :

®Bismillah : Merujuk Firman Allah SWT di atas, ayat "Kebanyakan Orang" itu membawa maksud golongan "awam" (iaitu muslim awam ataupun orang kafir diseluruh dunia) yang jahil Tuhan, yang menganjur kejahatan dan maksiat dan dilalaikan oleh fitnah dunia. Inilah golongan terpedaya yang Allah maksudkan sebagai "Kebanyakan orang."

Ayat "Kebanyakan" di ambil dari ayat "Banyak"(*Ramai). Lawan kepada "Banyak" adalah "Sedikit." Ataupun lawan kepada golongan "Kebanyakan"(awam) adalah golongan yang "Sedikit" yang dikenali sebagai golongan "Khusus"(Special/Rare/Khusus). Maka daripada Ayat Firman di atas, bahawa golongan "kebanyakan" itu mereka bukanlah golongan "khusus"(golongan soleh yang Istimewa di sisi Allah) yang berjalan di atas "jalan keselamatan"(*jalan Para Wali Allah) .. mereka adalah umat muslim yang lalai kepada Allah SWT. Lalai tubuh zahir(kurang melaksanakan ibadah) serta lalai hati mengingati Allah (zikirullah/muraqabah/mahhabah). Hati "mereka" 24 jam dipenuhi dengan hal-hal "makhluk" dan hal-hal mengejar kemewahan dunia bukan mengejar akhirat.

Ramai di antara kita di dalam golongan ini walaupun berat untuk mengakui hakekat ini. Tapi inilah majority umat hari ini - Muslim pemhuni akhir zaman - suatu zaman yang penuh fitnah (al-fitan).

Mereka adalah golongan yang tidak berzikir, golongan yang lagha, jahat jasad dalam bermaksiat dan jahat hati dalam merosakkan dirinya sendiri (*dengan sifat mazmumah tercela). Golongan ini adalah "majority" penghuni bumi di mana-mana pada hari ini. Golongan yang membuat kerosakan.

Untuk memahami ayat "Golongan Kebanyakan" yang Allah maksudkan ini, hamba beri kiasannya. Jika kita berdiri di tengah-tengah Kota Besar, Kuala Lumpur contohnya. Golongan kebanyakan "ini" adalah yang berada "di sekeliling kita" pada saat itu, ataupun saat berads dalam sesuatu Group Whatsapp (dipenuhi "golongan kebanyakan" ini).. yang lalai kepada Allah SWT.

(*Mari cuba kita melihat golongan Terfitnah duniawi ini dengan pandangan mata hati). Mereka "kebanyakan" berada memenuhi di pasaraya, di night club, di pesta hiburan, di pesta Sure Heboh TV3, di Dataran Merdeka menyabut 31 Ogos, di studium bola, di pawagam, di majlis perkahwinan dan di lorong-lorong gelap, di mensyuarat tepi tingkap, di bangunan-bangunan besar, di rumah rumah mewah dan kecil, di pasar-pasar, ahli politik dan pengikutnya, termasuk (pada zaman ini) di dalam majlis-majlis agama(*wahabi, khawarij, syiah) dll ...

Mereka inilah golongan "awam" yang dimaksudkan Allah SWT sebagai "kebanyakkan orang" yang membawa "racun" kepada golongan mukmin yang sedang "Menuju" kepada Allah dengan Jalan Keimanan.

Golongan "Orang Kebanyakan" ini adalah Racun Merbahaya buat Insan "Khusus" yang sedang menuju Allah, atas kerana itu Allah "memperingatkan" kita di dalam ayat Firman-Nya di atas. Golongan "khusus" yang mengikut jalan "Keselamatan" (tapi belum tentu "selamat") adalah umat-umat muslim yang sangat BERBEZA sikap (pelek) daripada golongan "kebanyakan di atas dan "golongan khusus" tidak berada di dalam "situasi" dimana golongan awam di atas berada.

Sebagai contohnya : "Golongan khusus" tidak akan pergi ke pawagam atau pesta hiburan yang dihadiri oleh "orang kebanyakan" muslim "awam" bukan muhrim."

SIAPAKAH golongan "KHUSUS" itu yang BERBEZA daripada "orang kebanyakan" itu? (???l Mereka Itu adalah golongan yang "sedikit" yang mengikut jalan "Keselamatan" (tapi Imam al Ghazali berkata, "belum tentu selamat jika tidak hati-hati) : Mereka itu adalah yang mengikuti"Jalan Golongan Sedikit" ("Khusus") itulah para ahli-ahli Tarekat, ahli Tasawuf, ahli Abid yang Uzlah, dan orang-orang miskin yang benar-benar beriman (mukmin) yang menjauhi diri (uzlah) dari "kehidupan" seperti kehidupannya golongan "kebanyakan orang" muslim yang "awam" yang dinyatakan di atas. .

Mereka itulah Mukmin "SUFi" (ahli Tasawuf yang dikenali di dalam al-Quran sebagai "ahlul Zikri" iaitu golongan SUFI yang mengamalkan Syariat dengan ber-Tasawuf dalam hati : ilmu Akhlak mereka sangat tinggi menyamai para akhlak para Rasul & Nabi). Berkata Imam Sufi Ibnu Hajar Asqalani : "Tasawuf itu adalah ilmu akhlak, sesiapa yang tinggi akhlaknya maka tinggi jugalah Tasawufnya, dan sebaik-baik akhlak selepas zaman para Sahabat adalah kaum Sufi.

Setiap Rasul, Nabi dan Wali adalah SUFi dan Wali-Wali dan Nabi dan Rasul adalah dilantik Allah dikalangan mukmin SUFI atas kerana tinggi akhlaknya. Setiap SUFI adalah "mukmin" tetapi setiap mukmin belum tentu dia SUFI.

Siapakah yang digelar Golongan Khusus "Sedikit" itu atau Wali atau Sufi itu yang berbeza dengan sifat "Orang Kebanyakan"?

1. Ibnu Abas seperti yang tercatit dalam tafsir Al Khazin
menyatakan : “ Wali-wali Allah itu adalah orang yang
mengingat Allah dalam melihat” ).
(*"melihat Allah dalam setiap sesuatu yang dipandangnya).

2. Al Imam Tabari meriyawatkan daripada Saeed bin
Zubair berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah ditanya
orang tentang Wali-wali Allah. Baginda mengatakan :
“Mereka itu adalah orang yang apabila melihat sesuatu, mereka melihat Allah” (*melihat wajah cantik, dia nampak sifat Allah)

3. Abu Bakar Al Asam mengatakan : “Wali-wali Allah itu
adalah orang yang diberi hidayat oleh Allah dan mereka
pula menjalankan kewajiban penghambaan terhadap Allah (tidak lalai seperti "orang kebanyakan") serta menjalankan dakwah menyeru manusia kepada Allah”(*mereka "meniru" dakwah para Rasul bagi menegakkan syiar Islam dan membawa tauhid keimanan kepada Allah dengan keyakinan yang benar).  

Firman pada ayat 116 di atas adalah berupa "Teguran Allah" buat umat muslim agar tidak terpedaya dengan pengaruh "manusia kebanyakan" yang lalai yang membawa "pengaruh" kepada jalan kesesatan (lalai duniawi). Serta teguran tersebut juga buat umat muslim yang "selesa" dengan pencapaian imannya dalam ketaatan kepada Allah SWT.(mudah berpuas hati dengan diri walaupun maqam keimanan mereka masih belum mencapai maqam keimanan para Wali-Wali Allah).

Mereka merasa keislaman mereka "saat ini" telah "menepati" seperti yang Allah SWT  KEHENDAKI (sangkaan semata). Mereka umat muslim yang statik, dia telah solat, telah berpuasa, telah naik haji, telah bersedekah maka dia "MENYANGKA" keislamannya telah SEMPURNA pada pandangan Allah. Padahal Allah menegur mereka, itu adalah "Sangkaan Mereka Semata-mata" - Sangkaan orang awam terhadap keislaman diri mereka (rasa perfect) - disangka dirinya telah aman dari ancaman Nar! Itulah golongan kebanyakan muslim "awam" yang terpedaya dengan "sangkaan baik" dari qalbu hati mereka yang telah rosak (ditipu syaitan).

Maka Firman di atas menyarankan buat umat muslim "awam" (kitalah kan?) agar meningkatkan "maqam keimanan diri" dari yang sedia ada, jangan mudah berpuas hati. Berusaha agar menjadi golongan "Khusus" yang SEDIKIT itu, Wali-Wali, Golongan "Abid" yang Alim(berilmu), "dan" Golongan "Alim" yang Abid(taat) hingga mereka mencapai Hakekat ilmu Tertinggi di dalam tingkat Keimanan kepada Allah SWT - (*Makrifatullah dalam mahhabah)

... Iaitu umat Muslim yang telah sahih Kemukminannya yang hampir kepada maqam keimanan Para Wali-Wali Allah yang mana maqam darjat mereka menyamai dengan maqam para Nabi-Nabi silam yang telah mendapat Redha Allah SWT dengan sebenar-benarnya Keredhaan-Nya.

Firman di atas adalah galakkan Allah agar para Hamba-Nya tidak terjerumus di dalam golongan yang Binasa iaitu seperti orang "kebanyakan" yang lalai kepada Allah dan yang selalu mengajak kepada jalan-jalan kesesatan, iaitu Ajakan kepada selain jalan-jalan ketaatan & kebajikan kepada Allah SWT.

Sebagai contohnya, Ajakan bermain golf (membazir), ajak pancing ikan (menyiksa haiwan padahal kat rumah dah ada ikan), ajak memburu, ajak ceramah politik, ajak pi main bola & badminton sampai azan berkumandang, ajak bermain musik, ajak bershopping membazir, ajak tengok konsert dll. Maka sesiapa mengikut golongan "kebanyakkan" ini, mereka lah golongan yang merugi, tertipu dan binasa. Wallahu'alam. (Tafsir Kesufian)

® (*Mudahan penjelasan di atas ini ada "pahalanya" di sisi Allah SWT - aamiin - Lindungilah kami riya hati dalam menyampaikan "ilmu-Mu" Ya Alloh - aamiin wslm.)  ®➰🍀💚🍀➰®    


SIAPAHKAH GOLONGAN KHUSUS YANG "SEDIKIT" DAN KHUSUS TERISTIMEWA ITU? SUFI DAN WALI-WALI ALLAH ITU? SALAH SEORANG DARINYA ADA UWAIS AL-QARNI R.A. :

®(1) Ibnu Abas seperti yang tercatit dalam tafsir Al Khazin
menyatakan : “ Wali-wali Allah itu adalah orang yang
mengingat Allah dalam melihat”.

®(2) Al Imam Tabari meriyawatkan daripada Saeed bin
Zubair berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah ditanya
orang tentang Wali-wali Allah. Baginda mengatakan :
“Mereka itu adalah orang yang apabila melihat, mereka
melihat Allah”..

®(3) Abu Bakar Al Asam mengatakan : “Wali-wali Allah itu
adalah orang yang diberi hidayat oleh Allah dan mereka
pula menjalankan kewajiban penghambaan terhadap Allah
serta menjalankan dakwah menyeru manusia kepada
Allah”.

®(4) Dari Amru Ibnul Jammuh, katanya: “Ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Allah berfirman: “Sesungguhnya hamba-hambaKu, wali-waliKu adalah orang-orang yang Aku sayangi. Mereka selalu mengingatiKu dan Akupun mengingati mereka.”

®(5) Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya: “Pada suatu kali Umar mendatangi tempat Mu’adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata: “Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Mu’adz?” Kata Mu’adz: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang bertakwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu.”

®(6) Dari Umar Ibnul Khattab ra berkata:
“Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya sebahagian
hamba Allah ada orang-orang yang tidak tergolong dalam
golongan para nabi dan para syahid, tetapi kedua
golongan ini ingin mendapatkan kedudukan (maqam keimanan) seperti kedudukan mereka (syahid/nabi) di sisi Allah.” Tanya seorang: “Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa amal-amal mereka?” Sabda beliau: “Mereka adalah orang-orang yang saling kasih sayang dengan sesamanya, meskipun tidak ada hubungan darah mahupun harta di
antara mereka. Demi Allah, wajah mereka memancarkan
cahaya, mereka berada di atas mimbar mimbar dari cahaya,
mereka tidak akan takut dan susah.” Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah yang artinya: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.” .

®(7) Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahwa“Rasulullah saw bersabda: “Ada tiga sifat yang jika dimiliki oleh seorang, maka ia akan menjadi wali Allah, iaitu: pandai mengendalikan perasaannya di saat marah, wara’ dan berbudi luhur kepada orang lain.” (*maksudnya berakhlak "mulia" dengan sesama manusia, baik perbuatannya, baik lidahnya, baik sangkaannya, dan baik lintasan hatinya sesama muslim).

®(8) “ Rasulullah saw bersabda: “Wahai Abu Hurairah,
berjalanlah engkau seperti segolongan orang yang tidak
takut ketika manusia ketakutan di hari kiamat. Mereka
tidak takut siksa api neraka ketika manusia takut. Mereka
menempuh perjalanan yang berat sampai mereka
menempati tingkatan para nabi. Mereka suka berlapar,
berpakaian sederhana dan haus, meskipun mereka
mampu. Mereka lakukan semua itu demi untuk
mendapatkan redha Allah. Mereka tinggalkan rezeki yang
halal kerana takut akan shubhahnya. Mereka bersahabat
dengan dunia hanya dengan badan mereka, tetapi mereka
tidak tertipu oleh dunia. Ibadah mereka menjadikan para
malaikat dan para nabi sangat kagum. Sungguh amat
beruntung mereka, alangkah senangnya jika aku dapat
bertemu dengan mereka.” Kemudian Rasulullah saw
menangis kerana rindu kepada mereka. Dan beliau
bersabda: “Jika Allah hendak menyiksa penduduk bumi,
kemudian Dia melihat mereka, maka Allah akan
menjauhkan siksaNya. Wahai Abu Hurairah, hendaknya
engkau menempuh jalan mereka (*Menempuh Jalan Para Wali Allah/Sufi), sebab siapapun yang menyimpang dari penjalanan mereka (*jalan kesufian), maka ia akan mendapati siksa yang berat (*umat muslim yg binasa)”

®(9) Hati mereka selalu terkait kepada Allah.
Imam Ali Bin Abi Thalib berkata kepada Kumail An
Nakha’i: “Bumi ini tidak akan kosong dari hamba-hamba
Allah yang menegakkan agama Allah dengan penuh
keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak
akan punah dari peredarannya. Akan tetapi, berapakah
jumlah mereka dan dimanakah mereka berada? Kiranya
hanya Allah yang mengetahui tentang mereka. Demi
Allah jumlah mereka tidak banyak("Sedikit"), tetapi nilai mereka di sisi Allah sangat mulia. Dengan mereka, Allah menjaga agama-Nya dan syariat-Nya, sampai dapat diterima oleh orang-orang 'sama' seperti mereka (*Hanya wali mengenal wali). Mereka menyebarkan ilmu dan ruh keyakinan. Mereka tidak suka kemewahan, mereka senang dengan kesederhanaan. Meskipun tubuh mereka berada di dunia, tetapi rohaninya membumbung ke alam malakut. Mereka adalah KHALIFAH-KHALIFAH Allah di muka bumi dan para da’ie kepada agama-Nya yang lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada mereka.”  - wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment