Wednesday, 13 May 2015

Iman


πŸ’— Kisah ON OFF hati  πŸ’—

Pada satu hari, seseorang yang bernama 'Ikhlas' selalu bermain dan bergembira dengan 'Iman' dan 'Sayang'. Persahabatan mereka sangat erat dan utuh πŸ‘¬πŸ‘¬.

Hal ini menyebabkan 'Benci' dan 'Riyak' iri hati 😑. Mereka merasakan persahabatan antara Ikhlas, Iman dan Sayang begitu susah untuk ditembusi.

Mereka merancang sesuatu😏

Riyak berbisik kepada Benci supaya mendekatkan diri dengan Sayang, dan Riyak sendiri akan berbaik baik dengan Ikhlas. Iman itu biarkan dulu 😏. Biar dia terpinga pinga seorang diri. Riak dan benci tertawa kuat πŸ˜‚ *ketawa jahat*

Agenda diteruskan dan memasing memainkan peranan penting 😈

Petang yang hening πŸƒ Iman menghubungi Ikhlas dan Sayang untuk bermain seperti biasa. Malangnya 😒 Ikhlas dan Sayang tidak menjawab panggilan Iman. Iman kecewa 😭

Dia berjalan 🚢 ke taman 🌿 seorang diri.  Dia ternampak Sayang dan Benci sedang bergurau senda, ceria sekali

Iman menghammpiri,  Sayang kenapa tidak menjawab panggilanku?

Soalnya, Sayang memandang Iman dengan rasa penuh meluat. πŸ˜’

Aku sudah ada kawan iaitu benci. Jangan kau ganggu aku lagi.  Iman menangis dan berlalu pergi 😭. Benci tertwa ceria 😈

Iman berjalan ke tasik seorang diri 🚢 . Dia ternampak Ikhlas,lalu ditegur. Ikhlas kenapa tidak menjawab panggilanku?

Tiba tiba databg Riyak.  Tepi kau Iman! Aku dan Ikhlas telah menjadi kawan, sekarang dia tidak perlukan engkau lagi! Riyak menjeling 😏ke arah Iman. Mereka berlalu pergi.

Iman menangis 😭 dan terasa sangat kecewa. Lalu Iman pulang ke rumah dan membaca Al Quran dan zikir. Hatinya tenang,  Iman terjumpa sepotong ayat,

Surah Ar Rad ' ayat 28

"Iaitu orang orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikirullah. Ketahuilah dengan zikirullah hati menjadi tenang."

Iman menangis 😭 dia merasakan Ikhlas dan Sayang telah melupakan kisah persahabatan mereka. Iman tidak marah kepada riyak dan benci. Cuma kecewa dengan sikap mereka. Iman tahu dia kena kuat sebab Iman berkawan dengan Sayang dan Ikhlas kerana Allah taala.

Sape boleh agak conclusion story ni? Then siapa boeh agak kenapa Iman tak marah dan berdendam?

Sebagaimana mana tadi, dalam hidup kita jika semua mempunyai Iman, InsyaAllah semuanya akan menjadi tenang.  Dia tidak membalas dendam atau marah dengan sikap sahabat sahabatnya Ikhlas dan Sayang tapi dia menenangkan hatinya kerana ada IMAN.

Bilamana IMAN ada di dalam hati, yakin dan pastilah semuanya mampu dihadapi. Fitrah Sayang lawannya Benci.Ikhlas lawannya Riyak. Maka peliharalah diri dan hati kita daripada Riyak dan Benci dan gantilah dengan nilai Ikhlas dan Kasih Sayang.  Jadikanlah IMAN sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan.

 Mengapa Iman tidak marah pada Riyak dan Benci? Jawapannya kerana Iman Off hati dia kepada nilai mazmumah. Dan turn On hati dia kepada nilai mahmudah. Macam kita bila Iman memandu hidup kita ke arah jalan yang diredhai Allah,mana mungkin nilai hasad dengki, benci,marah akan wujud dalam hati. Kerana Iman akan sentiasa memandu hatinya cenderung kepada bersangka baik,sayang ikhlas dan semua sikap yg boleh mengundang redha Ilahi. MAKA! Turn off lah hati kalian daripada sebarang sikap mazmudah dan turn on lah hati kalian kepada sikap mahmudah. Pandulah hati kalian mengenal CINTA ILAHI. Refresh hati InsyaAllah senang hati. Wallahu a'lam

🌼Tamat 🌼

No comments:

Post a Comment