Friday, 22 May 2015
Ilmu
Kalam Armi
Sollu ala Nabi
Al Quran dan Sunnah bagaikan lautan yg luas malah lebih luas, maka para ulama dtg menyusun lautan tersebut agar mudah difahami dan diamalkan. Maka wujudlah istilah "Tauhid,fekah dan tasawwuf" atau "Iman,Islam dan Ihsan"
Tauhid adlah penyusunan ilmu dari Nas dan Hadis yg berkaitan kepercayaan pd Allah,
Rasul,Malaikat, Kitabullah, Takdir dan Hari Akhirat.
Fekah adlah penyusunan ilmu dari Nas dan Hadis yg berkaitan dgn hukum hakam spt bersuci,ibadah,munakahat,muamalat dan jenayah.
Tasawwuf adalah penyusunan ilmu dari Nas dan Hadis yg berkaitan dgn akhlak,kemurniaan jiwa, khusyu, cinta, dzauk dan syuhud pd Allah.
Mempelajari 3 ilmu ini hakikatnya mempelajri intipati Al Quran dan Hadis. Namun malangnya disana berlaku kepincangan apabila
ilmu2 tersebut menjd berpecah2, maka lahir mrk yg fokus pd ilmu tauhid tp tiada ilmu Tasawwuf, ada yg kuat Fekah tp tiada faham tauhid dan tasawwuf, ada yg fokus Dzauk tasawwuf tp tiada faham ilmu tauhid dan fekah.
Maka disini dtg Imam Al Ghazali pd kurun ke 3 mengarang kitab Ihya Ulumuddin menjdkan Ilmu tersebut hanya satu shj tiada boleh bercerai. Setiap amal dan gerak laku mesti bertunjang pd Al Quran dan Hadis yakni ada Tauhid,Fekah dan Tasawwuf.
Namun kitab Ihya Ulumuddin
walaupun sudah merendangkan Al Quran dan Hadis dgn begitu baik dan indah, ia masih lg dilihat universal atau luas dlm utk dipratikkan.
Maka disini dtg Ibnu Khadum memberi pencerahan dgn skop yg lebih pratikal dan kecil iaitu segala syrahan Imam Al Ghazali tersbut mesti disesuaikan Adab,adat,budaya,bangsa, negara, suasana, zaman dan masa.
Ibnu Khaldum melihat Islam adalah agama yg hanya menukar kepercayaan dan amaln tiada
baik yg boleh bwa mudharat, bukan dtg menukar budaya atau adat suatu bangsa atau tamaddun sebuah negara. Kebaukan satu adat dan budaya wajib dikekalkan dan hanya murnikan atau hapuskan perkara yg jelas melanggari syarak secara jelas dan ijimak ulamak akn kesalahannya.
Sebaik tauladan dlm fahami agama adalah Rasulullah Salallahi alahiwslm. Rasululllah tiada ditentang oleh kaumnya dlm hal yg berkaitan dgn adat dan budaya mrk tetapi hal
kepercayaan dan adat yg dilihat bawa kerosakkan shj.
Adapun budaya dan adat bangsa Quraish yg baik Rasulullah tetap amalkan malah pertahankan. Maka disinilah ibnu khaldum tekankan bahwa mengamalkan kebaikan dlm adat dan budaya kaum atau bangsa adalah menempati dgn Sunnah Rasulullah Salallahiwslm.
Disinilah kadangkala kita keliru ttg sunnah Rasulullah Salallahiwslm antra sunnah budaya dgn Sunnah ibadah. Contohnya bab makan,
Rasulullah mkn dlm talam, maka yg fahami bahwa mkn dlm talam itu sunnah ibadah sdangkan ia adalah Sunnah Budaya. Org2 Arab dimana kita pergi amalkan makan dlm talam..
Kalau makan dlm talam Sunnah makan Baginda, mcmana dgn umatnya dari Bangsa cina,jepun,korea dll yg budaya mrk makan sup atau nasi bubur dan guna Chopstick (penyepit), takkan nak mkn dlm talam juga, Maka yg perlu difahami Sunnah ialah bkn mkn dlm talam tp mkn secara berjemaah atau ramai2
dgn penuh ksyg@kekeluargaan. Jgn ada yg susut ayam goreng pula
Begitu juga cara duduk Rasulullah tika makan, org Arab mmg tak duduk bersila tp duk spt tahiyat akhir atau tahiyat awal. Apabila mkn Rasulullah akn bongkok kehdpan sikit tubuhnya agar perut jd kecik sikit supaya mudah kenyang.
Tp perlu difahami bahwa hal tersebut jg budaya arab, klu hal itu sunnah mkn Rasulullah, bagaimana umatnya dari bangsa Eropah nak amalkan, adakah
setelah memeluk Islam kene buang meja dan kerusi makan mrk. Apa yg difahami dari Sunnah yg Rasulullah mahu kita amalkan adalah "makan sedikit jgn sampai "ketat perut"adapun bagaimana pratik ikutlan budaya dan adat kaum masing2.
Begitu juga pakaian menutup aurat bg wanita, Content yg dikehendaki adalah menutup aurat tempat2 yg dikhendaki oleh Islam, adapun cara menutupnya ikutlah budaya kaum dan adat masing2, jgnlah hanya jubah hitam shj hingga baju
kurung,kain songkek dibuang ke laut
Begitu juga berbuat baiklah pd ibubapa kamu. Ia adalah secara umum. Imam al ghazali pun bahas adab secara univeral. Maka disini kita perlu lakukan mengikut budaya kaum masing2 sbb ada perbezaan adat dan sifat kaum. Spt india akn sentuh kaki ibu malah cium, melayu cium tangan ibu mrk dlll..
Inilah yg perlu difahami,Imam al ghazali secara umum telah menulis akan ADAB yg wajib ada dlm ibadah,perkahwinan,
pergaulan, pentadbiran, ekonomi dll.
Ibnu Khadum datang mencantumkan ADAB DENGAN ADAT BUDAYA KAUM DAN SETEMPAT agar jati diri budaya kaum kekal dan tersinar keindhan Islam.
Tiada istilah la masuk ISLAM adalah masuk MELAYU spt yg difahami oleh bangsa cina. ISLAM tak menukar Melayu jd Arab,jd india,jd pakistan,jd Yaman melainkan mrk yg suka bertukar spt " Power ranger atau Ultraman"
Ramai yg kuat Islam samada secara fikrah haraki,sufi ,pondok dll apabila tiada diadun dgn manhaj Ibnu Khaldum, mrk jd keras dan kaku hingga tak mampu bergaul dgn mayrkat umum. Mrk keliru identiti hingga tiada mahu berckp atas nama bangsa, budaya dan adat krn berpegang pd dasar umum dlm kitab2 para ulama ataupun terpengaruh dgn cara guru2@murabbi mrk dari bangsa yg berlainan.
Mrk belajar istlilah Waqie tp tak faham tafsir Waqie, mrk kata
boleh ambik dan pertahan budaya demokrasi barat krn suasana zaman dlm sampaikan dakwah, tak pula mrk bidaahkan, tp mrk yg sama jg menentang tahlil,maulud yg dah jd budaya melayu utk jd wasilah dakwah krn ia adalah bidaah
Ramai mrk yg dididik secara haraki jd keras,suka bergaduh dan tiada lg lemah lembut bicara krn terpengaruh dgn budaya arab mesir,mekah, madinah dll. Mrk sebenarnya bkn kuat Islam tp kuat ARAB.😀justeru Islam dikaitkan dgn sikap radikal
sdangkan yg radikal bkn Islam tp budaya perangai kaum tersebut tu yg radikal.
Org melayu tiada pelik masyrkat pakai jubah dan serban bg lelaki aplg klgan org alim krn dah jd budaya melayu, begitu jubah hitam bg wanita krn kini pakaian tersebut dah jd budaya melayu jg tp jgn sampai tak junjung baju budaya alan melayu spt baju kurung dll, begitu juga pakaian kot,tali leher, topi dll, tiada salah cuma jgn sampai tiada sesuai dgn tempat,menganggap ia pakaian org yg berjaya dan taj
mahu lg pakai baju melayu,songkok
Kata Bonda Tun
MELAYU PAS MEMBAWA ISLAM HILANGKAN BANGSA, MELAYU UMNO BAWA BANGSA HILANGKAN ISLAM.MELAYU PKR HILANGKAN DUA2 BANGSA DAN ISLAM.
Tarbiyah perlu gabung dlm diri dan keluarga kita berteraskan
(I) agama - iman,islam dan ihsan (iman Ghzali)
(M) akhlak Rasulullah - bersendi budi,adat dan budaya bangsa.(ibnu Khaldum)
(S) kebijaksanaan- terbuka dan terima perubhan,permodenan zaman dan murnikan( wali songo)
Budaya modem dunia dimurnikan oleh Budaya Bangsa, budaya bangsa dimurnikan dgn Al Quran dan Sunnah.
Wallahulam
-Walid Al Malik-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment