🍀✨☀☀☀✨🍀
®➰🍀💚WHATSAPP : MUSLIMAH SUFI💚🍀➰®
BILA WANITA BERBICARA TENTANG KEROSAKAN HATI
🔱Ilmu Tasawuf Dari Seorang Muslimah Arifbillah Sufi🔱
1 4 - R e j a b - 1 4 3 6 H - 0 3 M e i - 2 0 1 5 M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
🍀BISMILLAH🍀 : - Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa, tetapi lebih yang BESAR dosanya jika kita "berkecil hati" dengan "Perbuatan Kelakuan Allah" yang ditakdirkan-Nya ke atas diri kita. Jika hal itu berlaku, itu petandanya betapa SIKITNYA MAKRIFATULLAH di dalam qalbu hati kita terhadap Allah si pemberi "rasa tersinggung" itu.
🔱Sedar atau tidak, kata-kata atau rungutan dan keluhan seringkali diungkapkan oleh insan yang hatinya tidak bahagia iaitu hati yang kurang mendapat kasih sayang Allah SWT (*dahsyat ayat muslimah ni - respect! :) ). Mungkin ada atau mungkin langsung tiada kebahagiaan dalam hatinya. Itulah kayu ukur hati seseorang terhadap Tuhannya. Tiap hari dan tiap ketika, pasti ada sahaja yang tidak kena pada sudut pandangnya. Itulah tanda nyata hatinya tidak bahagia!
🔱Hati itu begitu murah pada pandangan manusia yang lalai kepada Allah, di biarkan retak menanti pecah berderai oleh kekotoran dosa yang hitam pada permukaan hatinya. Masihkah ada peluang bagi kita membersih hati yang dicipta Allah SWT untuk merasai sejuta nikmat. Nikmat iman dan Islam, nikmat kebahagiaan dan ketenangan. Tapi bagaimanakah itu harus terjadi jika hati seseorang tidak mengenal BAHAGIA?
🔱Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati”
(Hadith Sahih Riwayat Al-Bukhari)
🔱Adaklanya kita yang hanya insan ni lebih cepat terasa(*Semput disampuk senggugut). Sikit-sikit nak terasa, asbab dari perbuatan orang pada kita. Sedar tak sedar, mereka yang hadir itupun dengan izin Allah SWT ataupun Kelakuan-Nya melalui para hamba-Nya. Allah nak uji kita. Dia nak uji quality hati kita sejauh mana dan bagaimana "sikap" kita bila berhadapan dengan ujian-Nya, dalam bahasa orang soleh silam disebut "dijentik Tuhan" rabbul Jalil yang maha berkuasa atas sesuatu perkara yang telah diaturkan-Nya dengan begitu sempurna. Allah nak tegur dan beri peringatan pada kita, jadi perlukah kita "membentak" Tuhan yang menjadi sumber utama datangnya peringatan?
🔱 Jika nak ikutkan 'TERASA', mungkin Allah lagi banyak terasa dengan "sikap kita", asbab perilaku kita yang teruk tapi Allah masih nak beri peluang kepada kita dengan diberi-Nya peringatan pada kita supaya kita sedar dan masih memberi kita peluang dan pelbagai nikmat bagi membuat perubahan sikap yang dibenci-Nya.
🔱Ketika manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, iaitu lawan kepada sifat pemarah dan pendendam. Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim.
🔱Allah berfirman bermaksud :
“Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan”
(Ali Imran: 134)
🔱Siapakah yang kita cari jika hati terlalu sedih? Siapakah yang kita tuju jika mara bahaya telah mengepung dari segenap penjuru? Tetapi sayangnya, ketika bersedih kita mencari Allah untuk mengadu hati. Tetapi ketika saat berhadapan dengan sifat marah bernafsu ammarah, kita mencari syaitan sebagai kiblat rujukan (*api yang menyala membakar diri sendiri) dengan membelakangi Allah? Kenapa menjadi begitu? Dimana silapnya hingga hal itu terjadi? Cetek ilmu? Ataupun sengaja membiarkan diri ditunggangi iblis dan syaitan!
🔱Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu maka tidak ada yang dapat menolak kurniaan-Nya(*Hikmah dalam musibah). Dia memberikan kebaikan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Yunus: 107)
🔱Hati yang sentiasa mengingati Allah SWT, di situlah akan bermula segala kebaikan tercipta. Orang yang sentiasa "Ingat Allah", pastilah dirinya tidak ditunggangi syaitan terkutuk. Hidup tenang diperoleh jika senantiasa bersama Allah dan di dalam Allah, dan Allah hanya akan menyertai orang yang senantiasa membersihkan hatinya.
🔱Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca (*kajian dlm bacaan) itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadah kerana beribadah itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa iaitu jiwa yang mendapat kasih sayang Allah SWT.
🔱Sufi Waliyullah Al-Fudail bin ‘Iyadh berkata :
“Sesiapa yang memperbaiki hatinya kerana Allah, nescaya Dia akan memperbaiki amal perbuatanmu. Dan Sesiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungannya dengan orang lain”
🔱Tiada yang lebih menyayangi kita selain Allah SWT dan diri kita sendiri. Jalannya telah ditunjukkan oleh Nabi SAW iaitu bersihkan hati dari segala kekotoran dan berbuat adil pada tubuh badan ini.
🔱Justeru, jangan mudah terasa hati di atas setiap Kelakuan Allah yang telah ditakdirkan kepada kita. Kalau kita terasa hati, maknanya kita tak redha dengan takdir Allah SWT. Dan jika kita berdengki dendam, pahala amal akan disedutnya bagai api yang memakan sekam. Dan nanti Allah SWT'pun tak redha dengan kita yang akan membawa kita ke jurang kecelakaan dan kebinasaan diri sendiri - sekian.
➰➰➰✨☀✨☀✨☀✨☀✨☀➰➰➰
Written By : Puan Misssufiyah Al-Jamalullah admin I.N.B.I
Edited By : Abuya Si Pencuri Kain Kafan©+®2015™
Source : KITAB GHAIB "Mahkota Para Aulia & Arifbillah"
🍁P/S : Puan Miss Sufiyah adalah salah seorang muslimah yang dighaibkan Allah dari pengetahuan manusia. Beliau adalah seorang admin sebuah group whatsapp keagamaan yang ahlinya majority 90% adalah para muslimah yang berfahaman Tasawuf Sufi dan istiqomah dalam "mengkaji" ilmu tasawuf secara mendalam(muslimah melayu kan "ulat buku?" :) ). Jika kaum adam lebih suka mengkaji ilmu hakikat yang tinggi-tinggi. Tetapi para muslimah di group ini lebih menjurus kepada kajian ilmu-ilmu pembaikan hati yang menjadi hijab penghalang untuk mereka "sampai" kepada Allah SWT. Hamba diberi 'peluang' untuk menumpang menimba ilmu & mengutip 'mutiara' di Kota Sufi tersebut -- alhamdulillah.🙏✨☀✨
No comments:
Post a Comment