Tuesday, 5 May 2015

Dakwah


Bismillah
.
Nak ubah orang, tak semestinya dengan menegur
.
Nak UBAH orang, tak semestinya dengan menegur. Ada orang, bila dia tegur, orang tak terima, dia stress, dan putus-asa. Nak UBAH orang, ada macam-macam cara
.
1) Nabi, cara baginda islamkan Bilal ialah, nabi datang kat tempat Bilal setiap hari dan buat segala tugas Bilal. Kita semua maklum, Bilal adalah seorang hamba. Tapi, nabi buat segala kerja Bilal setiap hari
.
Sampai satu masa, Bilal bertanya pada nabi:
"Wahai nabi, kenapa kau tolong aku berhari-hari, sedangkan aku seorang hamba? Apa yang kau mahu sebenarnya??"
Lalu nabi jawab:
"Aku nak kau masuk islam...."
Terus melting hati Bilal dan terus beliau masuk islam!
.
2)Ada sekali, seorang kafir menyakiti nabi berhari-hari tiap kali nabi keluar dari rumah. Namun, ada sekali, orang tu tak datang untuk sakiti nabi
.
Lalu nabi pergi rumah orang tu, kerana nabi dapat tahu yang orang tu sakit.. Lalu nabi ziarah orang tu, bagi dia susu, dan usap orang tu
.
Lalu, orang tu tanya kat nabi:
"Wahai muhammad, kenapa kau masih buat baik kat aku, bagi aku minum, kau ziarah aku, sedangkan aku dah banyak kali sakiti kau??"
Lalu nabi jawab:
"Kerana, inilah ISLAM yang aku bawa...."
Terus orang tu masuk islam!
.
3)Nabi setiap hari akan pergi ke pasar untuk bagi makan kat seorang wanita tua yahudi yang buta. Setiap hari nabi bagi dia makan, dan setiap kali nabi bagi dia makan, dia akan kutuk-kutuk nabi, sedangkan dia tak tahu yang suapkan dia makan ialah nabi.
Ketika nabi wafat, Abu Bakar menggantikan nabi untuk bagi perempuan tua tu makan. Namun, bila Abu Bakar suapkan perempuan tu roti, perempuan tu ludahkan semula roti tu, lantas berkata:
"Ini bukan orang yang bagi aku makan selama ni. Ni orang lain!!"
Lalu Abu Bakar tanya:
"Apa beza aku dan orang sebelum ni??"
Perempuan tua tu jawab:
"Orang sebelum ni, sebelum dia suapkan aku, dia akan hancurkan roti tu, lembutkan roti tu, sebab dia tahu gigi aku tak kuat. Baru dia akan suapkan aku..."
Lalu, Abu bakar menangis dan berkata:
"Kalau kau nak tahu, yang suapkan kau
 selama ini ialah Nabi Muhammad...."
Terus, wanita tua tu menangis, menyesal(kerana selama ini dia kutuk orang yang beri dia makan), dan terus masuk islam!!
***
Kadang-kadang, kita hanya pandai MENEGUR orang. Tapi, kita langsung tak tonjolkan AKHLAK kita, tak jadi qudwah, tak buat baik dengan orang, sehinga orang menyampah dan benci pada dakwah kita lantaran kita hanya pandai menegur, tapi tak pandai bergaul dan berkhidmat pada orang.
Sebab tulah, ramai ulama kata, sebelum kita nak tegur kawan-kawan dan nak UBAH dia, kita kena RAPAT dengan dia dulu, sampai dia PERCAYA dengan kita.
 Assalamualaikum... n salamat pagi...😎

No comments:

Post a Comment