ita. Kita rasakan apa yang rezeki milik suami itu milik kita sedangkan kecairan rezeki suami datangnya dari rintihan doa sang ibu yang bertalu-talu memohon agar Allah SWT sentiasa membuka pintu buat anaknya. Semasa menjadi isteri kita lupa suatu hari kita juga akan menjadi ibu dan juga mertua. What goes around comes around. Anda yang bergelar suami, jangan sekali-kali mementingkan isteri sehingga ibu merasa dirinya ibarat kain buruk yang sudah tidak berguna lagi. Anda yang bergelar isteri, mintalah izin dari suami untuk memenuhi keperluan ibu dan melayani apa sahaja yang dicitakannya. Layanilah ibu laksana dia ratu dalam hidup anda. Jangan sampai tersinggung hatinya seolah-olah dia adalah beban yang tidak diundang dalam hidup anda. Seolah-olah sakit pening dan makan minumnya tiada dalam perkiraan anda.
No comments:
Post a Comment