Monday, 29 December 2014

banjir


PenMerah [dot] com added 6 new photos — with Hasyimah Binti Harun and 16 others.
SURAT BANJIR UNTUK RAKYAT MALAYSIA
Antara Bah Merah 1926 dengan Bah Besar 2014.
Kami menangis juga bumi Allah turut menangis.
Sesungguhnya tiada daya upaya untuk munulis. Sudah hampir 48jam idea untuk menulis datang, tetapi keadaan banjir di Kelantan yang terlampau teruk membuatkan hati saya sebak. Menangis.
Allahuakbar, kuatnya dugaan Allah kali ini.
Ketika status ini ditulis, Kuala Krai telahpun hampir tenggelam. Mereka disana bersabung nyawa dengan sebarang kemungkinan. Air naik sehingga tingkat 3 bangunan sekolah, hampir seluruh pedalam Kuala Krai tenggelam. Ini baru cerita di Kuala Krai.
Badai banjir tidak terhenti disini saja, malah malam tadi mula bergerak ke Pasir Mas, Kota Bharu dan Tanah Merah. Air banjir betul-betul besar sehinggan Hospital Besar Raja Perempuan Zainad terpaksa dipindahkan lokasi.Siapa yang tidak sedih jika minggu lepas keluar rumah melihat anak-anak keriangan bermain dihalaman rumah minggu ini air banjir meningkat sehingga tenggelam paras bumbung.
Rakyat Malaysia,
Doakanlah kami di Kelantan . Bantulah kami seberapa segera yang boleh. Kami di sini kesejukan, kami disini kelaparan, kami disini hilang segala benda. Kami sudah hilang segalanya, tapi kami percaya segala ketentuan Allah itu ada hikmah.
Disebalik kami menangis, kami tersenyum kerana Allah adalah sebaik-baik perancang. Kami sebak, tetapi kami bangga dapat bersatu sesama penduduk saling gotong royong menolong sesama lain untuk sama-sama menyuap beberap genggam nasi sebagai alas perut.
Mangsa banjir kini dalam emosi yang ternyata paling teruk ekoran hampir 100% harta benda mereka musnah. Bayangkan banjir di Kuala Krai yang mencecah paras bumbung dan kereta yang diparking di hadapan rumah hilang dibawa arus deras air seperti hanyutnya sebatang dahan pokok mengikut arus air.
Inilah realiti.
Sehingga detik ini banjir atau Bah Besar ini sudah hampir 'menjajah' kesemua daerah di Kelantan. Pusat pemindahan di Tanah Merah juga terpaksa dipindah beberap kali ekoran air semakin naik dengan cepat.
Moga Allah ada bersama kami. Rakyat Malaysia , bantulah kami.

No comments:

Post a Comment