Friday, 5 December 2014

buasir

Jom Cuba Firmax 3
Pm jika berminat
Apa itu buasir? Mengapa buasir terjadi? Perlukah saya berjumpa dengan doktor?
Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.
Buasir dalaman
Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.
Buasir luaran
Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur (lihat gambar 1). Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.
Mengapa buasir terjadi?
Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya dilihat pada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung. Ia sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit. Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon. Selain itu, orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini. Kesemua keadaan tersebut menyebabkan penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran.
Perlukah saya berjumpa dengan doktor?
Dapatkan nasihat dari doktor sekiranya anda mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar. Doktor perlu memastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti kanser usus. Pemeriksaan untuk kanser usus perlu dibuat bagi mereka yang:
~Berumur 40 tahun ke atas.
~Mempunyai sejarah perubatan kanser usus atau ahli keluarga/ saudara
yang mengalami kanser usus.
!
~Mengalami sakit atau ketidakselesaan perut.
~Mengalami pembuangan najis tidak menentu seperti selalu cirit-birit
dan/atau sembelit.
~Kurang berat badan tanpa sebab tertentu.
Apa yang boleh saya lakukan?
Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan buasir dan mengurangkan simptomnya:
~Elakkan sembelit
~Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan
buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti
atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijiran penuh (wholemeal).
~Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.
~Lakukan senaman setiap hari.
~Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan
menerukkan lagi masalah buasir. Anda boleh mengambil julap yang
mengandungi serat tinggi seperti Fybogel yang bertujuan untuk
mengelakkan sembelit.
Mengurangkan kesakitan
~Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
~Jika terdapat pembengkakan, gunakan ais supaya bengkak surut atau
duduk di dalam besen yang berisi air garam.
~Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin, atau
ibuprofen.
~Terdapat banyak produk krim sapuan atau supositori yang berada
dipasaran untuk rawatan buasir. Kebanyakkannya tidak mempunyai
bukti yang kukuh bagi keberkesanannya. Produk-produk ini mungkin
boleh mengurangkan simptom tetapi penggunaan berterusan tidak
digalakkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit disekeliling
dubur.
Bila saya perlu pembedahan/prosedur?
Selalunya buasir akan hilang/baik tanpa rawatan jika anda mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan buasir seperti di atas. Walaubagaimanapun, sekiranya ia berterusan dan mengganggu anda, dapatkan nasihat doktor.
Pembedahan/prosedur untuk rawatan buasir boleh dilakukan sama ada di klinik atau perlu kemasukan ke hospital:
Prosedur di klinik:
1. ‘Rubber band ligation’(lihat gambar 2), boleh dilakukan bagi rawatan buasir dalaman. Rawatan ini adalah sangat ringkas dimana gelung getah yang kecil dipasang dipangkal buasir menyebabkan aliran darah ke kawasan tersebut terhenti dan buasir tersebut mengecut.
'sclerotherapy’ di mana sejenis cecar contohnya Phenol disuntik ke dalam buasir tersebut menyebabkan dinding saluran vena tersebut mengecut.
Prosedur rawatan di hospital:
2. ‘Hemorrhoidectomy’ di mana pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan buasir tersebut. Pesakit yang menjalni prosedur ini mengambil masa 2-4 minggu untuk pulih.
‘Doppler guided transanal hemorrhoidal dearterialization’ di mana mesin ultrasound digunakan untuk mengenalpasti aliran darah arterial terbabit yang kemudiannya disekat.
‘stappler hemmorhoidectomy’ merupakan pembedahan untuk membuang bahagian tisu yang longgar yang menyebabkan buasir keluar dari dubur.
Bolehkah masalah buasir ini berulang?
Ya, buasir boleh berulang walaupun pembedahan telah dilakukan. Oleh itu adalah penting bagi anda untuk mengelakkan sembelit,tidak meneran semasa membuang air besar dan menggelakkan perkara-perkara lain yang boleh menyebabkan buasir seperti yang dibincangkan di atas.
Buasir bagi wanita mengandung
Buasir semasa mengandung sering bermula diperingkat akhir kandungan sehingga akhir waktu berpantang. Masalah buasir dikalangan wanita di Malaysia mungkin kerap berlaku akibat amalan berpantang. Ada amalan berpantang yang menyarankan ibu-ibu untuk mengurangkan minum air dan mengelakkan memakan buah atau sayur-sayuran tertentu. In mungkin akan mengakibatkan masalah buasir. Oleh itu, ibu-ibu dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berpantang dan mendapatkan nasihat dan rawatan doktor sekiranya mengalami sembelit atau simptom buasir semasa tempoh berpantang.
Dr. Naemah Shariffuddin

No comments:

Post a Comment