BENAR TAPI?
1. Benar, kakitangan kerajaan banyak hutang. Sebab mereka bank cukup sayang.
Pinjaman koperasi mohon pagi, petang duit dah masuk berkoyan koyan.
2. Mereka kahwin pun senang nak buat pinjaman.
Maklumlah bakal isteri permintaan macam bidadari. Walaupun hanya lulusan PT three!
3. Penjawat awam ada pencen, jika dia meninggal. Isteri buta buta dapat pencen suami. Bolehlah kawin lagi.
4. Penjawat awam selain pencen ada ganjaran persaraan.
Ia bukan KWSP tetapi sumbangan saguhati atas perkhidmatan. Tak lah banyak, jika gred gaji tinggi ratusan ribu juga boleh dapat. Biasanya melancong keluar negeri!
5. Penjawat awam boleh wariskan pencen juga pada anak, jika ibubapa meninggal sebelum 18 tahun. Anak akan dapat bulanan pencen.
6. Jika anak kurang upaya juga akan dapat pencen warisan untuk mereka.
7. Mereka juga dapat saguhati tiap kali belanjawan negara walau dah bersara. Gila duit semua pesara.
8. Pencen juga macam gaji, ada kenaikkan tahunan. Bapak mertua saya dari pancen RM650 sebagai tentera, sekarang dah RM1500 setiap bulan hadiah buat mak mertua kerna dia telah tiada.
9. Pencen mereka memang tak banyak mana. Jika gaji akhir RM10,000 . Tempoh khidmat 30 tahun boleh dapat 60% dari gaji akhir. RM6000 sahaja!
10. Penjawat awam ada rumah percutian peranginan, kemudahan hospital, pinjaman perumahan dan bank suka bagi hutang. Banyak kelebihan
11. Bakal mertua juga mudah sayang orang kerja gomen, boleh tumpang loan tambah dapur kesayangan.
Semua orang ada hutang, makin banyak peluang buat hutang jahat. Makin gelap masa depan.
Jika jadi penjawat awam bijak, buat hutang beli harta. Orang lain tolong bayarkan hutang kita.
No comments:
Post a Comment