Thursday, 5 March 2020

fb d



Wahai saudara saudaraku yang berjalan atas jalan makrifat, ingat jalan makrifat ini amat dibenci oleh iblis dan syaita. Kerana iblis dan syaitan tidak takut dan tidak hairan dengan ahli ibadah yang tidak makrifat. Tetapi iblis dan syaitan teramat takut jika manusia itu makrifat akan tuhan. Kerana itulah iblis dan syaitan akan cuba menghalang sebaik mungkin. Maka jika ada tentera iblis mengangu kita, dengan hinaan, cacian, kejian dan segala tuduhan. Maka senyum sudah usah dilayan, kerana ingatlah iblis dan syaitan itu sentiasa ada rancangan untuk mengagalkan kita dari makrifat. Ingatlah pesan imam as syafie dan imam al ghazali mereka yang bersyariat tanpa makrifat itu kafir , kerana beribadah tanpa kenal tuan ampunya ibadah mereka hanya sekadar tahu dan dengar dengar. Ayuh maju walaupun dirimu dibakar seperti nabi ibrahim atau dipulau keseorangan seperti nabi isa atau digangu dan dihalang pelbagai halangan seperti nabi ahmad . Teruskan perjanan makrifat kerana kita ini kena pulang sebelum dijemput. Ingatlah tuhan kita tuhan yang maha esa , bukan manusia yang ramai. Ingatlah ilmu makrifat ini hanya untuk manusia bernama insan bukan manusia bernama haiwan.

No comments:

Post a Comment