Sunday, 29 March 2020

fb d



Pada satu ketika raja memanggil dua orang hamba untuk mengadap. Maka datanglah dua orang hamba mengadap, seraya bertanya apa sebab kerana apa memanggil mengadap dihadapan balai anjung istana. Kerana sebab kerana apa beta memanggil diri tuan hamba dua orang, kerana beta nak setiap seorang memasak kuih untuk beta dan mengikut resepi yang beta bagi. Maka kedua hamba terima titah tersebut seraya berkata , tuanku patik terima atas jemala patik tuanku. Maka berlari larilah akan berlari sebagai anak kecil menuju ke dapur istana. Seorang masak mengikut resepi yang telah dibagi, seorang lagi tambah dan mengurangkan dari resepi yang dibagi. Bila ditanya mengapa sebab tuan hamba kurangkan dan ada tuan hamba tambah. Maka dijawap tanpa segan silu, perkara baik apa salahnya. Dipendekan cerita maka setelah selesai maka berlari larilah pulak kehadapan balai anjung istana untuk mempersembahkan kuih kepada tuanku. Maka titah tuanku, wahai hambaku kuih itu bukan untuk diri beta tetapi untuk diri kamu sendiri, maka kamu berdua makanlah kuih itu dihadapan beta. Maka makanlzh keduanya, seorang senyum manis ibarat madu putih cinta berahi, seorang lagi muka masam merah ibarat biji saga. Maka bertanya raja mengapa tersenyum?. Sedap enak tuanku!. Sungguh ! Sungguh tuanku. Ada kurang ada tambah resepi?. Tidak tuanku, patik ikut sebagaimana tuanku perintah. Maka sebab kamu jujur maka datanglah dekat beta dan duduk disisi beta. Dan kamu kenapa masa?. Tak sedap tuanku . Kenapa tak sedap!?.patik kurangkan dan ada tambah bahan dalam resepi sebab patik fikir ianya baik. Ouh kamu tambah kerana merasakan yang kamu terlebih baik dari yang beta titahkan. Ooo baiklah beta hukum kamu duduk dalam penjara selama lamanya, dan disebat dengan rotan kurang satu empat puluh setiap hari. Al kisah nak buat sesuatu biar ikut yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment