Ada satu surah bernama Ad Dukhaan bermaksud ASAP. Suatu masa tuhan akan turunkan asap sebagai satu azab. Bila kita duduk dalam asap nescaya kita akan batuk, sesak nafas, penafasan akan menjadi sukar dan perit, jika terlalu lama terdedah nescaya boleh membawa maut. Dan asap ini pulak jika kita belajar bukan semua asap itu kita boleh nampak dengan mata kasar , kerana ada jenis penguapan yang tak nampak dimata. Maka disini sama seperti covid19 sesuatu yang halus dan menyerang sistem pernafasan , yang menyebabkan pernafasan tergangu, suhu badan tinggi , batuk batuk dan sebagainya sebagaimana kita duduk didalam asap, kekadang boleh memingsankan manusia. Setelah itu akan ada yang berdoa meminta tuhan lenyapkan, dan setelah tuhan lenyapkan maka manusia kembali kepada perangai asal. Nah seperti sekarang ini ramai yang mula berdoa, poss doa di wall dengan pelbagai doa. Sama seperti tuhan ceritakan didalam kitab surah Ad Dukhan ayat 10 hingga 15. Dan pada ayat 16 tuhan berkata sesungguhnya tuhan akan datangkan lagi siksaan yang amat besar, sebagaimana tuhan telah datangkan kepada firaun, kerana penyakit waba ini telah tuhan datangkan kepada firaun. Ini bermakna azab waba corona ini tuhan telah bagi amaran seribu tahun lebih. Dan setelah waba pasti akan ada azab lain yang terlebih dahsyat. Apakah azab itu?. Hanya tuhan yang mengetahui yang pasti ianya datang ketika umat manusia lalai.
No comments:
Post a Comment