Friday, 12 July 2019

Sheikhul Ikhwan shared a post to the group: Melayu bani jawi.
1 hr
Melayu Akhir
KONSPIRASI LOGO BINTANG
Lambang bintang Dawood ini lambang yang baru di pakai oleh yahudi atau freemason walaupun sebenarnya ia telah dipakai sekian lama oleh kesultanan uthmaniyyah, kesultanan melayu dan lain-lain kesultanan islam ratusan tahun sebelum terbentuknya negara haram israel yang menggunakan logo bintang dawood ini... bintang dawood ini sebenarnya merupakan simbol kaum arab kan'an atau penduduk asli palestin... sebab tu yahudi cepat-cepat claim logo ini kononnya merekalah bumiputera di palestin.
Sama macam warisan capal nabi yang diletak di kepala sebagai lambang junjung kini dihina oleh melayu jahil dan dipanggil bidaah, syirik dan capaliyyun... padahal "Capal Nabi s.a.w. di junjung" ini sudah lama diamalkan oleh kesultanan melayu islam sejak beratus tahun lamanya.
Sebab tu raja kita digelar "Ke bawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda."
Duli tu Habuk, Maha Mulia tu Allah, maksudnya Sultan ini di bawah naungan Allah.
Paduka pula maksudnya Capal, baginda pula merujuk kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang membawa maksud para sultan menjunjung capal baginda atau para sultan berada di makam bawah capal baginda nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.
Jadi ulama Melayu dulu dah tetapkan cara sembah hormat raja mengikut tertib ini:.. Allah ku junjung paling tinggi dan sultan hanya habuk-Nya sahaja.... Rasulullah raja paling tinggi dan para sultan bernaung di bawah capalnya sahaja...
Para Sultan yang dijunjung perintahnya (bukan orangnya), kerana perintah mentaati perintah sultan itu datangnya dari nabi pemilik paduka dan juga junjungan tertinggi iaitu lah Allah.
SG-
Copy/share by : Walinongsari
By : Al Jalzalah

No comments:

Post a Comment