Tuesday, 30 July 2019

hi



ANTARA NUR MUHAMMAD 
DAN NABI MUHAMMAD
Hakikat Nur Muhammad ini perlu diterangkan dengan lebih lanjut dan jelas agar dapat difahami oleh semua orang...
Apa itu Nur Muhammad?
Apa hubungannya dengan diri 
Nabi Muhammad?
Apa hubungannya dengan diri 
setiap manusia?
Di dalam mata pelajaran ilmu Hakikat dan juga ilmu Makrifat, Nabi Muhammad dan Nur Muhammad itu, adalah berbeza sama sekali..
Nabi Muhammad adalah seorang manusia. Anak daripada seorang ayah yang bernama Abdullah dan ibunya yang bernama Aminah. Lahirnya di Mekah dan makamnya di Madinah..
Tetapi hakikat "Nur Muhammad" adalah cahaya atau ruh, jiwa yang tunggal, esa, jiwa-jiwa yang terpuji. Hakikat Nur Muhammad itu ada dalam diri tiap-tiap manusia, dan tentu sahaja ada di dalam diri kalian semua, sebagaimana ianya ada di dalam diri para Nabi Allah dan juga RasulNya, serta setiap wali-wali Allah..
Nur Muhammad itu hanya ada SATU namun ianya ada di dalam diri semua umat manusia. Jika engkau memikirkan tentang perkara ini dengan akal fikiranmu, nescaya engkau boleh menjadi bingung dan pening sekali..
Lalu apa hubungannya antara Nur Muhammad itu dengan diri Nabi kita Muhammad s.a.w.?
Diri Nabi Muhammad itu, batiniahnya telah bersambung/wushul serta hancur lebur dalam hakikat Nur Muhammad atau dapat juga dikatakan bahawa Nabi Muhammad itu adalah merupakan TAJALLI SEMPURNA daripada Nur Muhammad. Sedangkan pada manusia secara umumnya, batiniahnya itu masih lagi putus disebabkan masih terselimuti hawa nafsu..
Pakaian dasar dari Nur Muhammad itu adalah KEINDAHAN (JAMAL), maksudnya adalah keindahan 'Akhlakul Karimah' di mana dengan keindahan itu selalu bersifat sistematik (tersusun kemas) seumpama longgokan sampah yang berserakan dan tidak berharga, lalu diaturkan (disusun kemas) menjadi suatu keindahan dan juga kesempurnaan..
Yang sebenarnya Nabi Muhammad yang ada di kota Makkah pada suatu ketika dahulu itu adalah wujud lahiriah sahaja. Demikianlah juga halnya dengan para Nabi yang lain, mahu pun wali-wali Allah, kesemuanya tiada lain adalah tajalli daripada Nur Muhammad..
Oleh sebab itulah Rasulullah bersabda bahawa dirinya itu diutus hanya untuk memuliakan dan juga menyempurnakan akhlak seluruh umat manusia yang hidup di dunia ini..
Itulah hakikat diutusnya Nabi Muhammad, sebenar-benarnya adalah bertujuan untuk mengembalikan manusia kepada kemurnian fitrah dasarnya, mengembalikan mereka agar wushul dan bersambung kembali, hancur lebur kepada Nur Muhammad yang esa..
Agar engkau sekalian menjadi "MUHAMMAD" itu sendiri secara hakikatnya, iaitu makhluk yang terpuji, INSAN yang kamil/sempurna, iaitu kembali kepada fitrah dasar penciptaan setiap manusia. Maka, sesungguhnya syafaat yang sejati, itulah sebenar-benarnya selawat yang diucapkan oleh setiap Muslim..
Ini kerana, hanya Nur Muhammad sahaja yang dapat mengenal Allah, dan itulah juga yang menjadi tujuan akhir yang hendak dicapai agar setiap diri itu dapat menjadi Muhammad secara hakikatnya dan mengenal TuhanNya..
Salah persepsi daripada orang ramai, adalah mereka-mereka ini seakan ingin mengikut membabi buta 100% zahiriah Nabi Muhammad, dengan pakaian ala Arab dan gaya timur tengah, berjanggut panjang tanpa berkumis, berserban dan berjubah labuh, dan lain- lain lagi, adalah yang bersifat zahiriah sahaja..
Padahal tujuannya Nabi itu diutuskan, adalah untuk menjadikan kamu seorang MUHAMMAD secara hakikatnya, agar menjadi makhluk yang terpuji dan mengenal Allah. Maka dari itu, jadilah Muhammad secara hakikatnya, kerana itulah tujuan hidup yang sesungguhnya..
Dan lagi, ketika ingin menjadi Muhammad atau seperti Muhammad, ketahuilah, bahawa tidak harus bernama Muhammad, misalnya jika ingin menamakan anak kamu supaya namanya mencerminkan akhlaknya, contohnya nama Ahmad, Shiva, Buddha, Jesus, dan lain-lain..
Itu semua maknanya tetap sama, yang berbeza cumalah dari segi bahasa panggilan sahaja. Pada hakikatnya, boleh dinamakan apa sahaja asalkan ertinya baik dan bagus, kerana perkara yang paling penting adalah sikap dan perilaku kamu itu yang harus mencerminkan akhlak seorang Muhammad (Yang Terpuji)..
Kita mungkin tidak boleh lagi melihat Nabi Muhammad kerana beliau sudah wafat..
Tetapi kita masih lagi boleh bertemu para Muhammad yang lain secara hakikatnya..
Nur Muhammad itu masih ada sampailah sekarang, menerangi alam semesta ini. Agar kita semua dapat melihat dan menjadi saksi (bersyahadat), bahawa Nur Muhammad itu ada dan nyata. Mereka semua adalah cahaya penerang bagi seluruh kehidupan ini.
Amiin²

No comments:

Post a Comment