Tuesday, 30 July 2019

BERIMAN DENGAN AL KITAB

BERIMAN DENGAN AL KITAB
Jika kalian boleh membaca Al-Quran, orang Yahudi juga mampu untuk membacanya, malah orang Kristian, Hndu, dan Buddha juga mampu untuk membacanya. Bukan itu sahaja, burung kakak tua dan juga radio buruk pun mampu untuk menghasilkan bunyi yang sama. Jadi apa bezanya bacaan Al-Quran anda dan mereka? Apakah kalian semua benar-benar telah beriman dengan kitab-Nya?
Beriman kepada kitab itu tidak boleh sekadar mampu membaca di dalam lenggok dan lagu Arab semata-mata, dan bukan pula sekadar hanya mengerti akan terjemahan bahasa Melayu nya sahaja, tetapi ianya haruslah mampu untuk memahami apa-apa isi pengajaran yang tersurat dan tersirat, dan mampu pula untuk menerapkan segala ajarannya di dalam adab perilaku dan juga di dalam kehidupan seharian kita.

No comments:

Post a Comment