Friday, 12 July 2019

Perkara-perkara yang perlu dipersoalkan dan dipertikaikan oleh orang-orang yang mengaku beragama islam yang wujud di dunia sekarang ini mengikuti perkara-perkara dibawah :
1. Mereka telah menganut Agama Islam dari nenek moyang hingga sekarang ini. Perkara yang perlu diambil kira dan dipersoalkan disini ialah "Adakah diri mereka berada di atas jalan tuhan yang lurus sebagaimana orang-orang yang telah diberi nikmat sebelum ini?"
2. Mereka telah lama membaca kitab suci Al Quran hingga kehari ini. Perkara yang perlu diambil kira serta dipersoalkan disini ialah "Berapa banyakkah petunjuk yang mereka dapati daripada Tuhan melalui bacaan kitab suci Al Quran tersebut?"
3. Mereka telah lama melakukan ibadah solat hingga kehari ini. Perkara yang perlu diambil kira dan dipersoalkan ialah "Berapa banyakkah perkara-perkara keji dan mungkar yang telah mereka cegah pada diri masing-masing & berapa banyakkah amal kebajikan yang telah mereka lakukan?"
4. Mereka telah lama mengeluarkan zakat hingga kehari ini, perkara yang perlu diambil kira dan dipersoalkan disini ialah "Sudah berapa banyakkah dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh mereka telah disuci dirinya dosa tersebut oleh Tuhan dengan zakat yang dikeluarkannya itu?"
5. Mereka telah lama melakukan ibadah puasa setiap tahun hingga kehari ini, perkara yang perlu diambil kira dan yang perlu dipersoalkan disini ialah "Adakah mereka diturunkan kitab suci Al Quran daripada Tuhan serta pengetahuan dan petunjuk yang datang daripadanya, serta berapa ramaikah mereka yang bertakwa dengan puasa tersebut?"
6. Mereka telah lama mengerjakan ibadah haji ke Mekah semenjak nenek moyang turun temurun hingga ke hari ini. Perkara yang perlu diambil kira dan yang perlu dipersoalkan ialah "Berapa ramaikah mereka yang pasti masuk ke syurga ketika diakhirat kelak dengan ibadah haji tersebut?"
7. Mereka telah lama menyembah Tuhan. Yang perlu diambil kira dan yang perlu dipersoalkan ialah "Apakah bukti kebenaran Tuhan yang mereka sembah iaitu berapa ramaikah mereka yang diberi kitab dan yang diutus Rasul pada mereka sebagaimana umat-umat yang terdahulu sebelum ini supaya umat sekarang ini mendapat petunjuk jalan yang lurus sebagaimana orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Tuhan sebelum ini?"
8. Mereka juga telah lama menjadikan Nabi Muhammad Rasul mereka yang mereka ikuti hingga ke hari ini. Perkara yang perlu diambil kira dan yang perlu dipersoalkan disini ialah "Apakah Nabi Muhammad datang kepada mereka menyampaikan ayat-ayat Tuhan di dalam bahasa mereka sendiri, supaya Nabi Muhammad dapat menjelaskan dengan terang kepada mereka ayat-ayat tuhan tersebut, dan berapa ramaikah mereka yang dipimpin oleh Nabi Muhammad kesyurga serta berapa ramai pula dari mereka yang dapat petunjuk melalui Rasul tersebut?"
9. Mereka melakukan sembahyang dan membaca ayat-ayat kitab suci Al Quran di dalam bahasa arab. Perkara yang perlu diambil kira dan yang perlu dipersoalkan disini ialah "Berapa ramaikah diantara mereka itu yang faham berbahasa arab?"
10. Mereka juga telah lama berhari raya sejak dahulu kala hingga ke hari ini yang diadakan setiap tahun. Perkara yang perlu diambil kira dan yang perlu dipersoalkan disini ialah "Berapa ramaikah diantara mereka yang mendapat hidangan serta rezeki yang turun dari langit daripada Tuhan tersebut?"
11. Jika mereka itu tidak dapat membuktikan kebenaran terhadap diri mereka masing-masing diatas perkara-perkara yang dipersoalkan itu, maka bagaimanakah keadaan dan kesudahan mereka-mereka itu kesemuanya ketika diakhirat kelak?
12. Siapakah diantara mereka yang lebih benar agamanya diantara agama-agama yang wujud di dunia sekarang ini?
13. Apakah kerja Tuhan sekarang ini?
Saya harap kamu semua dpt menjawapnya dgn tenang.
Comments

No comments:

Post a Comment