๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฑ
DI SEBALIK LAMBANG YAHUDI ZIONIS
✡️✡️✡️✡️✡️✡️✡️✡️✡️✡️✡️✡️✡️✡️
DI SEBALIK LAMBANG YAHUDI ZIONIS
✡️✡️✡️✡️✡️✡️✡️✡️✡️✡️✡️✡️✡️✡️
Zakuan FaizFollow
-Ilmu rajah-
Dajjal tu penipu, pembelit, pemening. Fitnah paling besar buat umat Islam selain wanita dan harta.
Kalau diceritakan details, pasti akan ramai yang meroyan dan mencarut maki hamun saya sebab orang ramai benci untuk tahu hakikat yang mereka sedang ditipu dajjal. Selama ini mereka "beragama" kepadanya tiba² dituduh dajjal, meroyan 7 keturunan nanti.
Tapi saya bagi hint sikit je.
Contohnya star of David yang ada kat bendera negara Israel dan Illuminati triangle yang ada pada logo Illuminati.
Dajjal telah "merampas" logo² ini dari umat Islam yang sekian lama dipakai oleh orang Islam dan masukkan ia kepada bendera dajjal.
Tujuannya apa?
1) Untuk menipu
2) Untuk semai benci
3) Untuk psiko orang ramai yang para nabi berpihak kepada mereka (sama seperti Syiah yang guna nama ahlul bait kononnya menyebelahi mereka)
4) Menyemai semangat kepada dunia bahawa penentang mereka sebagai penentang Allah dan RasulNya
2) Untuk semai benci
3) Untuk psiko orang ramai yang para nabi berpihak kepada mereka (sama seperti Syiah yang guna nama ahlul bait kononnya menyebelahi mereka)
4) Menyemai semangat kepada dunia bahawa penentang mereka sebagai penentang Allah dan RasulNya
Nanti kalau imam Mahdi datang bawak bendera dengan logo triangle dan star of David. Terus kita cop dia dajjal, Yahudi, Illuminati, maka sesatlah orang tersebut mati dalam keadaan kufur dan terhumban ke neraka paling dalam. Inilah penipuan dajjal.
Selama bertahun-tahun kita disemai benci dengan logo ni. Nampak je bintang Daud, terus cop Yahudi hanya kerana bintang tu ada di bendera negara Israel.
Padahal bintang tu ada di makam ulama, makam khalifah Islam, di masjid, dan di bendera² tentera Turki Uthmaniyah dll selama 1000 tahun lebih, tak pulak kita cakap itu simbol Islam?
Tapi negara Israel baru pakai berapa puluh tahun je, terus kita hina dan maki hamun logo nabi Daud.
Begitu jugak nama "Israel". Sengaja dajjal letak nama tu supaya umat Islam membenci dan melaknat nama nabi Israel.
Contoh: Israel laknatullah
Padahal sepatutnya Israel alaihissalam.
So kalau kita laknat nama nabi, apa status akidah kita sekarang?
Sebab tu saya tak kan sebut Israel secara tunggal, saya akan sebut negara Israel untuk ada jurang perbezaan. Tapi saya sebolehnya elak sebut nama negara tu dan just sebut Palestin. Atau negara haram Zionist.
Kenapa tak guna nama Zionist je kat negara?
Sebab ini dajjal lah. King of deception kot. Dajjal tahu doa laknat umat Islam sangat mustajab, jadi tak berani nak letak nama Zionist sebab takut terkena laknat kaum muslimin. Jadi mereka letak nama nabi, supaya umat Islam ramai² akan melaknat dan mencarut kat nama nabi.
So korang dah jadi mangsa dajjal ke belum?
Kalau tak mau terima hakikat takpe. Faham je. Sebab tu saya cakap, kalau cerita lebih details, mesti saya akan dimaki hamun dan dicarut sebab orang tak boleh terima hakikat yang diorang kena game teruk dengan dajjal.
Logo segitiga tu para ulama kata adalah milik nabi Muhammad sallallahu Alaihi Wasallam. Dalam kitab menyebut ianya logo khatam Nubuwwah berbentuk triangle.
Para sahabat sangat memuliakan logo ini, mencium, menyentuh, mengusap dan sekian ulama jadikan ia sebagai rajah tawassul.
Jadi dajjal semaikan benci dalam hati kita dengan wujudkan propaganda Bermuda triangle, illuminati triangle, supaya umat Islam elergi, benci dan tidak berani simpan logo berbentuk segitiga.
Kurang ajar betul dajjal ni, dan jutaan muslim telah pun terpengaruh. Ada yang nampak logo khatam nabi saya buat, terus dituduh sesat, haram, Yahudi, Illuminati. Kiranya dakyah dajjal tu berjaya lah.
Agak² kalau Mahdi datang nanti dengan panji segitiga, mesti "agamawan" tadi yang akan mula² menentang.
"Ala dok buat kepala tau pulak dia ni, mana ada orang laknat Israel tu tuju untuk nabi, kita tuju kat Yahudi tu, ikut niat masing-masing lah!"
Ok, saya minta maaf dan saya maafkan kalau masih ada yang berhujah macam ni.
Yahudi ni sama macam syiah yang guna nama Saidina Ali r.a dan Fatimah r.ha untuk tunjukkan mereka benar.
Dulu syiah pernah kuasai sebahagian besar politik Islam dan namakan daulah diorang sbg daulah Fatimiyyah.
So boleh ke kita laknat nama Fatimah?
So Yahudi pun sama, mereka guna nama Ya'kub (Israel) untuk letak kat nama negara. Kita sedap² je laknat.
Nama Israel tu Allah yang bagi kot kat nabi Ya'qub. So sensitif sikit lah, tak kira lah nak pusing putar kata ikut niat lah apa lah, tetap Israel yang dimaksudkan disitu ialah nabi Ya'qub alaihissalam.
Jadi jom kita cerdik kan diri dan keluar dari kepompong murtad dajjal.
Apa yang dicuri Yahudi , secara "sunnahnya" mesti DIRAMPAS semula oleh umat Islam.
Contohnya nabi dapat tahu Yahudi puasa pada hari Asyura sebab nak peringati nabi Musa alaihissalam, maka nabi terus perintahkan umat Islam puasa hari tu, bahkan ditambah dengan puasa sebelum² dan selepasnya. Alasan nabi? Kita umat Islam lebih berhak atas nabi Musa alaihissalam.
Nabi Musa milik kita, bukan milik Yahudi. Jadi perayaan asyura milik umat Islam, bukan Yahudi. Alhamdulillah atas ketegasan nabi sallallahu alaihi wasallam merampas apa yang dirampas Yahudi, kini Asyura terus jadi perayaan umat Islam (melainkan segelintir Khawarij dan geng ehem²).
Benak otak nak fikir, tapi ilmu² rahsia ni hanya didapati dari para ulama tua. Kita mungkin tahu zahir, tahu teks, tahu kitab, tahu matan, tapi kita dihijabkan oleh Allah ilmu HIKMAH yang hanya didapati melalui adab tasawwuf kepada para mursyid.
Jangan kita selama ini dok rasa diri selamat, tak kan ikut dajjal, pasti ikut Mahdi. Rupanya pengikut tegar dajjal dan penentang tegar Mahdi.
Akhir zaman ni wajib bermursyid kalau nak selamat.
Kalau tak nak selamat, bai'at je dengan Google. Itu masalah masing-masing lah. Saya kongsi apa patut je.
So kepada yang dok tanya saya tentang khatam Nubuwwah yang saya buka untuk dimaharkan semalam, ni jawapan ringkas saya. Sila rujuk pautan ini untuk post sebelum ni:
Selamat beriluminati.
Zakuan Faiz al-iluminati
Tanah Syam
9/5/2019
Tanah Syam
9/5/2019




No comments:
Post a Comment