Thursday, 11 July 2019

Transformer
Oleh kerana nama Ahmad, Muhammad boleh diterjemah maka ianya bukan merujuk kepada orang tapi kata sifat. Mudah bukan membuatnya? Terjemah maka dah segala-galanya berubah seperti sebuah kereta Chevrolet berubah 100% menjadi sebuah robot yang bernama Bumblebee.
Tapi ya lah yang bercakap tu pun mengatakan ibli adalah unta. Kahkahkahkahkah.
Ibrahim juga jika diterjemah bermaksud BAPA PENYAYANG.
Soleh juga diterjemah bermaksud TAAT
Idris juga jika diterjemah bermaksud PENGHURAI
Adam juga jika diterjemah bermaksud TIADA
Hawa juga jika diterjemah bermaksud KEINGINAN
Abu-Lahab juga jika diterjemah bermaksud BAPA API
Ain juga jika diterjemah bermaksud MATA
Jannah juga jika diterjemah bermaksud SYURGA.
Abu juga jika diterjemah bermaksud BAPA
Jika ikut terjemahan bodoh-bodoh dari bahasa arab ke bahasa melayu, maka semua nama-nama di atas bukan nama orang tapi merujuk kepada SIFAT, ANGGOTA dan TEMPAT.
Adakah jika manusia-manusia diberikan nama seperti di atas maka mereka tidak WUJUD? Tidak wujud, jika mengikut perkiraan si keledai.
Orang melayu diberi nama AIN, kita tidak boleh katakan dia wujud sebab AIN adalah mata. Orang melayu bernama JANNAH, kita tidak boleh katakan dia wujud sebab JANNAH adalah syurga. Orang melayu bernama ABU, kita tidak boleh katakan wujud sebab ABU adalah bapa. Mana boleh MATA, SYURGA dan BAPA menjadi sekujur dan sesosok tubuh manusia. Begitulah logik keledai si pembawa kitab bersama konco-konconya si keledai pengusung tempayan air.
Kata sifat = Orang itu tidak wujud
Tapi ye lah keledai pembawa kitab, bila terjatuh sebuah kitab, dia melihat tajuk dah konon serba tahu dah cerdik dan mula menceritakan isi kitab kepada keledai-keledai lain walhal si keledai pengusung kitab tu hanya nampak tajuk dan tak baca pun isi kitab. Biasalah keledai, tidak gah seperti kuda, maka terpaksa bercerita dusta dan kebohongan dan mereka ceritera yang dia itu juga gah seperti kuda. Dan keledai-keledai lain yang kerjanya mengusung air telaga, mengiyakan si keledai pembawa kitab sebab merasa takjub dan tekun sebab benda yang tak pernah dia dengar. Almaklumlah, selama ini hanya mengangkat tempayan berisi air, dan hanya nampak air terjatuh, bukannya kitab.
Jika tidak ingin menjadi keledai, transform la menjadi kuda sebagaimana ceritanya optimus prime berubah dari sebuah truk buruk menjadi robot yang bermanafaat dan melindungi manusia.
Tapi ye lah keledai-keledai kan mana boleh berfikir untuk kebaikan orang lain. Dia hanya membawa kebaikan bila dikerah, diarah, dihambakan oleh manusia. Keledai, haiwan.
Like
Comment
Comments

No comments:

Post a Comment