Wednesday, 10 July 2019

Bu Jing Yun to MENCARI TUHAN
Sambungan
Adalah hamba allah mendakwa bahawa MUHAMMAD dalam al quran itu adalah kata sifat yang bermaksud YANG TERPUJI. Semua nabi dan rasul diberi gelaran ini dan MUHAMMAD itu bukan nama sesosok tubuh yang berbangsa arab.
Dalam surah Muhammad ayat 2, makhluk itu cakap "nazzal" dalam ayat tu merujuk kitab-kitab yang diturunkan kepada Yang Terpuji (Para Nabi) iaitu Zabur, Injil, Taurat dan Quran. Tapi bukan khusus buat Muhammad Bin Abdullah. Ok la takpa, pendapat masing-masing kan.
Tapi jika dirujuk balik pada al: Ahzab ayat 40, ayatnya berbunyi "Muhammad itu bukanlah bapa-bapa dari kalangan lelaki". Muhammad yang ini juga bukan merujuk kepada Muhammad Bin Abdullah tapi kepada para nabi sebab ianya ada tanwin maka ianya adalah kata sifat yang bermaksud YANG TERPUJI. Kononlah. Jadi ayat ni merujuk kepada semua para nabi yang diturunkan KITAB dan bukan sesosok tubuh. Kata para keledai ni lah.
Jika MUHAMMAD (YANG TERPUJI) itu gelaran kepada semua nabi yang diturunkan KITAB dan tidak merujuk kepada Muhammad Bin Abdullah saw. Soalannya, kenapa Daud ada anak lelaki sedangkan dia adalah YANG TERPUJI jika mengikut kepada surah Muhammad:2? Bukankah Daud sudah menyanggahi surah ahzab: 40? Kerana dia punya anak lelaki iaitu Sulaiman.
Rumusan mudah;
Muhammad : Yang Terpuji
Muhammad: Tidak punya anak lelaki
Muhammad: Merujuk pada nabi-nabi yang diturunkan KITAB iaitu DAUD, MUSA, ISA
Tapi kenapa DAUD, ada anak lelaki yang bernama SULAIMAN dan juga DAUD di"nazalkan" ZABUR? Bukankah ianya kontradik?
Fikir-fikirkan, itu faham saya.🙂
Comments

No comments:

Post a Comment