Friday, 12 July 2019

Logik ke sihir guna objek boleh menyebabkan manusia jatuh sakit?
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=568133500384614&id=252763821921585
Rawatan Islam Pulau Pinang
21 mins
LOGIK KE SIHIR GUNA OBJEK BOLEH MENYEBABKAN MANUSIA SAKIT?
Apabila Rasulullah s.a.w terkena sihir,baginda merasakan seolah-olah melakukan sesuatu sedangkan baginda tidak melakukannya.Lalu baginda bermimpi seorang Yahudi dari Bani Zuraiq, bernama Labid bin A'sham yang menyihir baginda sehingga menyebabkan baginda sakit.
Di dalam mimpi tersebut Allah memberi petunjuk baginda telah disihir menggunakan objek sikat dan mayang kurma kering. Dan objek sihir ini ditempatkan di dalam perigi Dzarwan. Lalu baginda pergi #mencari barang-barang itu ditemani beberapa orang sahabat.
Menurut baginda air perigi tersebut kemerah-merahan warnanya, dan pohon kurmanya kelihatan seperti kepala syaitan.Namun baginda tidak mengeluarkan objek sihir tersebut kerana Allah telahpun menyembuhkan baginda.
[Rumusan diatas dibuat berdasarkan kepada rujukan dari hadith riwayat Muslim,nombor hadith 4059,dan status hadith adalah sahih].
Di dalam hadith riwayat Bukhari pula(No.5324,status: Sahih) memperincikan baginda telah memerintahkan seseorang untuk menanam barang yang digunakan untuk menyihirnya.
Berdasarkan penjelasan Ibnu Qayyim pada hadith ini, apabila diwahyukan oleh Allah baginda disihir maka baginda melakukan pengubatan hakiki terhadap kesan sihir tersebut. Iaitu dengan cara mengeluarkan objek sihir dan membatalkannya atau memusnahkannya. Baginda bertanya kepada Allah dan Allah tunjuki tempat bahan sihir tersebut. Lalu baginda mengeluarkannya dan baginda pun sembuh umpama orang yang terlepas daripada ikatan.
#Perhatian : Walau bagaimanapun jika tidak ditemui sebarang bukti sahih, anda dinasihatkan untuk tidak terlalu taksub percaya konon diri anda disihir.Kerana gangguan jin belum tentu lagi angkara sihir. Boleh jadi sihir, saka, angkara Ain atau hanya gangguan kerana lemah mental dan fizikal. Wallhua'lam.
Nukilan : Admin page fb Rawatan Islam Pulau Pinang.
#MAKLUMAN: Dibenarkan klik share.Atau dibenarkan copy-paste dengan syarat dinyatakan sumber adalah dari page Rawatan Islam Pulau Pinang.
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Untuk mendapatkan khidmat rawatan atau sebarang pertanyaan berkenaan rawatan boleh Whatsapp kami 011-10145363. Atau hanya #klik #link #dibawah untuk terus #Whatsapp kepada kami.
👇👇👇👇👇👇 👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
http://bit.ly/2JEzYgr
Comments

No comments:

Post a Comment