Thursday, 11 July 2019


ADAKAH PERLU DIBUANG SENJATA LAMA?
Saya telah lama menderita masalah gangguan jin. Saya ada simpan senjata lama pusaka dan khuatir senjata tersebut menyebabkan gangguan pada diri masih berterusan. Apa perlu saya buat?
Senjata pusaka tersebut mungkin hanya objek biasa dan tiada mendatangkan pengaruh pada pesakit. Namun kami khuatir jika proses pembuatan bahan pusaka tersebut diselitkan dengan unsur khurafat dan syirik sehingga mendatangkan perdampingan jin kepadanya(sebagaimana objek sihir).
Oleh itu bacakan ayat-ayat suci al-Quran dan siramkan senjata pusaka tersebut dengan air yang telah dibacakan ayat suci al-Quran.Kaedah ini sama seperti kaedah membatalkan sihir pada buhul sihir/objek sihir yang ditemui.
#Sebaiknya barang ini perlu dirosakkan struktur asalnya.Samada perlu dibengkokkan,dipecahkan,dibakar,atau sebarang kaedah yang bertujuan untuk memusnahkannya.
#Namun jika barang bernilai dan pesakit atau keluarga masih sayang untuk musnahkan,maka perawat tiada hak untuk memaksa pesakit.Inisiatif lain yang boleh dicadangkan adalah simpan barang tersebut di tempat lain.Iaitu bukan di dalam rumah yang dihuni pesakit.Ataupun jika bernilai pesakit atau keluarga boleh juga menjualnya.
Nukilan : Admin page fb Rawatan Islam Pulau Pinang.
#MAKLUMAN: Dibenarkan klik share.Atau dibenarkan copy-paste dengan syarat dinyatakan sumber adalah dari page Rawatan Islam Pulau Pinang.
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Untuk mendapatkan khidmat rawatan atau sebarang pertanyaan berkenaan rawatan boleh Whatsapp kami 011-10145363. Atau hanya #klik #link #dibawah untuk terus #Whatsapp kepada kami.
👇👇👇👇👇👇 👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
http://bit.ly/2JEzYgr
Comments

No comments:

Post a Comment