SEDIKIT TENTANG ORANG KETUHANAN
________________________________________
Dalam ilmu rasa, pengalaman-pengalaman spiritual bagi setiap diri peribadi tidaklah selayaknya dibicarakan di kalangan umum. Juga kedudukan- kedudukan tertentu yang terkait dengan dunia dan alam spiritual. Seorang salik, atau pejalan spiritual, pantang sekali menyebut dirinya sebagai syeikh, wali, guru, dan sebagainya. Kalaupun ia bergelar dengan sebutan-sebutan itu, maka sepatutnya gelaran-gelaran tersebut bukan datang dari dirinya, melainkan daripada orang lain.

Mengaku seperti itu saja tidak dibenarkan, apatah lagi memanfaatkan gelar-gelar tersebut untuk tujuan kepentingan peribadi, seperti menarik sokongan masyarakat, menambah pengaruh sosial, atau meningkatkan nilai jual. Jika seseorang sudah mengaku-ngaku dirinya sebagai syeikh, wali, atau guru, dan pada suatu kesempatan ia berbuat salah dan diingatkan, perasaan malu ketika diingatkan akan muncul dan egonya akan membuak-buak. Kepekaan mata batin, kemampuan menilai secara jernih, dan kerendahan hati serta kebersihan jiwa akan menjauh darinya. Ia akan kehilangan jati dirinya di sebalik watak ciptaannya.

Orang- orang yang seperti ini begitu banyak sekali aku temui pada zaman dan ketika ini. Mengaku-ngaku guru tetapi hakikatnya hampa. Pernahkah engkau bertemu dengan orang yang terlihat sangat biasa, baik dari segi penampilan mahu pun dari segi tutur katanya? Akan tetapi, ketika engkau berada berdekatan dengannya, engkau merasa begitu damai—kedamaian yang tidak dapat dijelaskan—dan engkau merasa tidak perlu menyembunyikan walau suatu apa rahsia pun darinya, kerana batin engkau seakan tahu bahawa ia mampu menjaga segala rahsia-rahsia gelapmu itu dengan baik.

Jika engkau bertemu dengan orang yang semacam itu dan merasakan suatu macam keheningan serta kedamaian yang tidak dapat dijelaskan, meskipun ia sangat mungkin tidak mahu dianggap sebagai seorang guru, maka engkau patut berguru padanya. Kemuliaan dan keagungannya samar dan pudar di mata dunia. Samar seperti seorang wali, yang wujudnya tidak menunjukkan keagungan, tetapi batinnya membuat gentar para dewa dan hantu raya.

Bertemu dengan sosok semacam itu adalah anugerah yang tidak terkira besarnya, kerana identiti sebenar dirinya tidak mudah dikenali orang, meskipun ia hidup di tengah-tengah masyarakat ramai. Perkara yang perlu engkau miliki untuk untuk bertemu dan mengenalinya, bahkan belajar daripadanya, adalah kepekaan rasamu, dan juga kerendahan hatimu. Ia tidak akan memasuki ruang jiwamu jika pintu hatimu itu masih tertutup oleh dinding egomu.

No comments:
Post a Comment