Friday, 3 May 2019

MELIHAT WAJAH tuhan


MELIHAT WAJAH tuhan
................................................
Orang akan tertawa dan akan mengatakan bahalol ataupun di katakan gila dan membawa ajaran sesat bila berbicara Ilmu sebegini, kerana akal serta ilmu pengetahuan mereka tidak sampai ketahap ini, kerana mereka masih lagi belum mengenal.
Kerana pada pandangan mata mereka bila melihat huruf Alif, mereka hanya akan nampak huruf Alif semata-mata, tetapi mereka tidak nampak hakikat sebenar di sebalik huruf Alif tersebut, inilah pandangan mata kasar yang mereka dapat lihat, pada hakikatnya huruf Alif itu adalah cumalah satu noktah sahaja yang dimulakan dengan satu titik.
Tetapi sesetengah orang yang lebih mengetahui dan mendalami, mereka akan nampak hakikat huruf Alif itu sebenarnya adalah daripada dakwat cecair sahaja yang ada, namun bagi mereka yang lebih arif, mereka akan melihat hakikat dakwat cecair itu adalah daripada debu-debuan atom yang terhasil daripada unsur yang datang daripada cahaya tuhan yang di namakan rahmat dariNya...
Sesungguhnya bagi mereka yang mengenal, gelap itu adalah cahaya zat, kerana didalam gelap itu adalah terdapat air kehidupan sekalian makhluk, setelah kamu mengenal tuhan maka dakwat yang kamu lihat itu akan hilanglah hurufnya. Bila kamu melihat hurufnya maka hilanglah dakwatnya.
Jadi inilah perkara yang ingin saya sampaikan disini, kerana jikalau kamu berjaya melihat wajah tuhan maka hilanglah diri yang ada pada kamu sehingga tidak ternampak diri kamu, seperti mana kata pujangga Saidina Ali "Barang siapa yang mengenal Tuhannya maka kenalah dirinya"....
Bagi yang telah mengenal tuhan maka wujud yang pertama sekali bila pandangan mata melihat adalah wujud tuhan, kerana wujud benda-benda yang lain adalah cahaya tuhan, seperti mana dalam firman tuhan dalam kitab/surah An-Nur ayat 35:
" tuhan adalah cahaya meliputi langit dan bumi"
Jikalau memahami ayat ini membawa maksud, wujud alam ini adalah fana atau binasa, kerana wujud yang kita lihat ini adalah rahmat daripada wujud tuhan....
Sesungguhnya wujud tuhan adalah lebih terang lagi bersuluh dan nyata daripada wujud yang lain, kerana ia adalah yang melihat dan yang di lihat, cahaya tidak boleh melihat tampa cahaya, dan yang terlihat itu cahaya adalah cahaya itu sendiri...
Sesungguhnya benda-benda di sekeliling kita adalah gelap, wujud benda-benda itu adalah di pinjamkan kepada wujud tuhan, kerana sememangnya alam ini binasa seperti dalam firman tuhan dalam kitab/surah Al-Qasas ayat 88:
" Semuanya binasa kecuali Wajah tuhan"....
Bagi mereka yang memahami maksud ayat ini sesungguhnya semua alam dan segala isinya yang ada akan binasa kecuali wujudNya yang kekal abadi, tuhan juga berfirman dalam kitab/surah Al Rahman ayat 26-27:
" Semua mahluk yang ada di bumi akan binasa, dan yang kekal adalah Wajah Tuhan mu, pemilik keagungan, kebesaran dan kemuliaan"....
Inilah yang membawa maksud bila kamu memandang sahaja Wajah tuhan maka akan binasalah diri kamu, kerana tidak ada satupun yang kamu ada semuanya milik tuhan, sama ada dari segi penglihatan, percakapan, pergerakan, pemikiran dan kehidupan, Semuanya adalah milik tuhan, kerana yang wujud di alam semesta ini adalah hak tuhan....
Dalam kitab/surah Al Baqarah ayat 115:
"Dan bagi tuhan timur dan barat kemana saja kamu menghadapkan wajah mu disitulah Wajah tuhan meliputi semuanya dan Maha mengetahui.
Jika penyembah itu menghala ke arah dirinya, di situlah Wajah tuhan. Penyembah hendaklah mengosongkan diri daripada dirinya dan mencari tuhan dalam dirinya, dengan menghadapkan dirinya pada satu arah...
Dalam kitab/surah Al-An'am ayat 79:
" Aku hadapkan muka ku kepada tuhan yang menjadikan langit dan bumi." Hadapkan diri kamu yang asing, yang tidak wujud, sehinggalah kamu tidak lagi nampak adanya diri kamu, maka yang wujud hanyalah tuhan semata - mata, diri kamu sudah tidak ada lagi di alam ini, kerana kamu hanyalah dari rahmat tuhan semata - mata....
Sebab itulah sesiapa yang tidak dapat melihat Wajah tuhan di dunia maka dia akan buta di akhirat kelak, seperti mana dalam firman tuhan dalam kitab/surah Al-Isra ayat 72:
Barang siapa yang buta di dunia ini, nescaya di akhirat akan lebih buta dan sesat dari jalan yang benar." Kerana sesiapa yang tidak dapat memperhati terjeliNya di dunia maka tidak akan dapat melihatnya di akhirat kelak, sebab di dunia ini tempat menanam untuk akhirat....
Melihat Wajah tuhan bukanlah seperti melihat tuhan dalam bentuk sesuatu, kerana tuhan tidak menyerupai mana-mana kejadian yang ada di alam ini, kerana segalanya akan hancur binasa bila berhadapan dengan Wajah tuhan, sebagai mana Nabi  dalam sabdanya:
" HijabNya adalah cahaya, jika Hijab itu di buka nescaya terbakarlah di antara makhluknya, oleh cahaya mukaNya sejauh pandangan" (HR Muslim dari Abu Musa)....
Pekara ini telah terjadi ketika Nabi Musa meminta agar tuhan memperlihatkan diriNya, lalu tuhan berfirman dalam kitab/surah Al-Araf ayat 143:
" Dan tak kala Musa datang pada waktu yang telah kami ditentukan dan Tuhan telah berfirman kepadanya. Berkatalah Musa " Ya Tuhan ku, nampakkanlah diri Engkau kepada ku agar aku dapat melihat kepada Engkau". Tuhan berfirman " nescaya kamu sekali-kali sanggup melihat Ku", tetapi lihatlah bukit itu maka jika ia tetap di tempatnya nescaya kamu dapat melihat Ku"' Tak kala Tuhan menampakkan dirinya kepada bukit hancur luluh dan Musa jatuh pengsan, setelah Musa sedar kembali, dia berkata Maha suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama beriman.....
Untuk melihat Wajah tuhan bukanlah dengan sifat wajah yang berbentuk, tetapi setelah mentauhidkan diri yang benar-benar mengenal diri sahaja yang dapat melihat Wajah tuhan, kerana tuhan itu bukanlah bersifat ghaib, tetapi tuhan itu Quyub daripada segala yang Quyub ( Quyub bermaksud lebih halus daripada ghaib), kerana tuhan itu tidak berjirim, tidak berjisin, tetapi berjauhar dan tidak berjauhar latif.

No comments:

Post a Comment