Sedikit perkongsian ilmu dan pengalaman penulis sendiri mengenai sifat dan perwatakkan para2 jin (kafir) dan Bunian (jin islam) itu.
Sebelum kehadiran Nabi Adam as ke bumi, mahluk terbaik, terpelajar dan tercanggih adalah mahluk jin. Ketika itu jin2 juga ada yang beriman dengan Allah Taala, tapi keimanan mereka lebih kepada leluhur mereka, iaitu iblis azazil.
Namun apabila Rasul2 dan Nabi diutuskan kepada mereka, maka ada segolongan jin yang beriman dengan perintah Allah Taala itu mengikut kitab2 yang diturunkan ketika itu..samada kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Quranul Kareem.
Dan didapati terdapat juga Nabi2 dikalangan para jin tersebut. Dan ketua atau Raja para2 jin itu adalah Nabi Khidir as sehingga kini. (Sebelum ini Nabi Sulaiman)..Nabi Khidir dapat hidup sampai sekarang kerana beliau telah dikurniakan hidayah dengan meminum 'ainul hayat' air mata keabadian..memungkinkan beliau dapat hidup sehingga ke hari yaumul qiamah.
Ini telah dibuktikan dengan bbrp peristiwa diwaktu Nabi Musa as sendiri dalam bbrp buah kitab dan tulisan para aulia' dan ahlul haqiqah.

Juga bbrp peristiwa dan pertunjuk yang dialami sendiri oleh orang yang telah 'sampai' di langit ke tujuh itu. Dan siri yaqozah (berjumpa face to face) dengan Nabi Khidir oleh para2 ariff billah serta ahli sufi disaat ketika ini.
Anyway, disini penulis ingin menyentuh sedikit tentang bbrp peristiwa dimana penulis sendiri berpeluang bertemu dengan para2 jin islam (bunian) itu.
Ada tiga peritiwa dimana penulis bertemu dan melihat sendiri mahluk entiti jin bunian/mahluk separuh ghaib itu.
Ada tiga peritiwa dimana penulis bertemu dan melihat sendiri mahluk entiti jin bunian/mahluk separuh ghaib itu.
Di alam Melayu, jin islam itu dipanggil dengan nama Bunian. Mereka itu berjirim dan berjisimkan 5/10 ketumpatan (density), kerana itu mereka boleh ghaib dan separuh ghaib. Alam mereka dipanggil Negeri Kayangan.
Biasanya para Bunian ini mendiami kawasan berbukit, gunung ganang, dilembah2 yang ada anak sungai, dihujung2 kampung, di atas dan didalam air. Para jin Bunian ini suka makan buah2an dan padi yang mereka tanam sendiri.

Keadaan fisikal mereka ada yang sempurna anggota badan dan tidak kurang yang hanya mempunyai separuh badan yang lengkap seperti manusia. Kedapatan pula dikalangan orang bunian ini memiliki sayap, dan tidak kurang juga yang mempunyai kaki seperti ikan duyung itu.
Ada juga dikalangan para jin bunian itu, manusia biasa yang berubah bentuk cacat fisikal kerana disumpah menjadi mahluk separuh ghaib..yakni kerana lari dari medan pertempuran di zaman Baginda SAW.
Keadaan kehidupan mereka sama seperti cara hidup kita manusia..ada perkampungan, ada ladang, ada perniagaan, ada masjid dan ada jamaah tabligh islamiah mereka sendiri.
Suatu ketika, ketika penulis sedang beruzlah disebuah masjid...penulis telah diapit kiri dan kanan oleh para2 jin itu. Saat itu penulis sedang bersolat tahajjud. Kelihatan mereka pun bersama2 penulis berjamaah. Dari sudut hujung mata penulis, mereka kelihatan berpakaian jubah putih, bersarban putih serta hanya menundukkan kepala ke arah tempat sujud. Penulis hanya tergamam dan tidak berupaya untuk berbual dengan mereka kerana ketika itu penulis rasa macam terkunci mulut untuk berbicara dengan mereka.
Selepas selesai bersolat itu, penulis melihat entiti berjubah putih itu berlalu pergi melalui pintu masuk masjid.
Begitu juga ketika penulis berkhalwat/bersuluk disebuah rumah suluk. Mereka para2 jin pun turut sama berada dikalangan kami para salik ilmu hakikat ma'rifatullah ini.
Panjang ceritanya. Jika ada kesempatan, penulis akan berkongsi cerita kemudian.

Kita menyentuh sedikit/berbalik kepada peristiwa yang berlaku ke atas sahabat kita Muhammad Asraf atau lebih mesra dengan panggilan acap itu pula. Sebenarnya acap ini disembunyikan Allah Taala melalui wasilahnya iaitu 'mahluk'..ada bbrp perkara yang penulis terpaksa rahasiakan kerana mahu menjaga emosi keluarga acap.
Sebelum kejadian, ketika kejadian dan keadaan semasa acap disaat ini.
Sebelum kejadian, ketika kejadian dan keadaan semasa acap disaat ini.
Apa yang penting kita lakukan sekarang adalah mendoakan secara berjamaah serta berbuat solat hajat semoga Allah Taala 'melepaskan' acap 'kembali' kepada keluarganya secara 'husnul khatimah'.
insya-Allah.
insya-Allah.
No comments:
Post a Comment