Wednesday, 22 May 2019

fb k


Nabi-nabi dihantar setiap pelusuk bangsa berzaman. Dan mereka membawa ISLAM
Ahmad Iqram Mohamad Noor
Orang Melayu Dahulu Sudah Menganut Agama Tauhid & Bukan Animisme !
Jika sesiapa yang membaca sejarah agama bagi masyarakat melayu dahulu pasti sinonim dengan dakwaan masyarakat Melayu terdahulu menganut animisme sebelum datangnya agama Hindu dan Buddha ke tanah Melayu. Animisme bermaksud kepercayaan kepada setiap perkara yang wujud (batu, kayu, angin dll) itu mempunyai roh dan semangat. Kepercayaan ini lebih dekat dengan amalan agama Shinto di Jepun, Shaman di Korea dan juga amalan kepercayaan masyarakat orang asli. Jika dilihat konsep animisme ini sebenarnya tidak padan dengan amalan agama masyarakat melayu terdahulu sebelum datangnya Hindu dan Buddha.
Sebelum datangnya agama Hindu dan Buddha ke tanah Melayu, masyarakat melayu sudah memiliki agama tersendiri iaitu Kapitayan. Kapitayan adalah kepercayaan yang terdapat dikalangan orang Jawa purba. Kepercayaan ini dikelirukan oleh sejarawan Belanda dengan disebut sebagai animisme. Yang sebenarnya apa yang mereka maksudkan animisme itu adalah ajaran Kapitayan.[1]
Kapitayan adalah sebuah agama yang memiliki konsep ketuhanan yang kompleks. Tuhan utama bagi ajaran agama ini dikenali sebagai Sang Hyang Taya. Nama Sang Hyang Taya bermaksud hampa atau kosong (ghaib). Taya bermakna Yang Tidak Terbatas, yang tidak dapat dipikirkan dan dibayangkan. Orang Jawa mendefinisikannya dalam satu perkataan “Tan Kena Kinaya Ngapa” yang bermaksud tidak boleh ditentukan keberadaan-Nya. Ia wujud tetapi ghaib dan tidak nampak dengan mata kasar. Salah satu panggilan kepada Sang Hyang Taya bagi nama dan sifat Ilahi yang dipanggil sebagai Tu dan To, yang bermakna ‘sesuatu yang ghaib’.
Menurut Agus Sunyoto dalam bukunya Atlas Wali Songo, Tu atau To adalah tunggal dalam bentuk zat. Satu peribadi. Tu lazim disebut dengan nama Sang Hyang Tunggal. Oleh kerana Sang Hyang Tunggal memiliki sifat ghaib tetapi perlu untuk dipuja maka dari situ penganut Kapitayan memerlukan sesuatu yang seumpama (untuk mendekatkan pancaindera) memiliki perkataan Tu atau To untuk dianggap bertempatnya ‘kekuasaan’ tersembunyi Tu. ‘Kukuasaan’ yang tersembunyi itu ada di dalam segala sesuatu yang memiliki nama berkait dengan kata Tu dan To seperti wa-Tu (batu), Tu-gu, Tu-ngkub (bangunan suci), Tu-lang, Tu-nda (bangunan bertingkat), Tu-nggul (tunggul), Tu-nggal (satu), Tu-k (mata air), Tu-ban (air terjun), Tu-mbak (lembing), Tu-nggak (batang pokok), Tutu-k (gua), To-peng, To- San (pusaka), To-parem (baju keramat), To-mara (jenis lembing), To-ya (air).[2]
Demikian itu, segala bentuk pemujaan kepada Sang Hyang Taya ini akan dicari segala bahan yang memiliki sebutan Tu atau To. Sebab itu pokok besar (Tu-nggak) dan gua (Tutu-k) sering kali dianggap suci dan dipuja sempena berfahaman di situ adanya semangat Tu. Itulah bentuk ibadah yang mereka menifestasikan kepada Tuhan (Sang Hyang Taya) yang mereka tidak nampak. Sebab itu perkataan sembahyang adalah berasal dari Sembah - (Tuhan) Hyang (Sang Hyang Taya) dari orang melayu terdahulu.
Seorang penganut Kapitayan yang taat dianggap dikurniakan sifat positif iaitu Tu-ah, dan jika sebaliknya (negatif) akan mendapat Tu-lah. Selain itu masih banyak lagi pengaruh sebutan keagamaan dan kepercayaan Kapitayan yang masih tersisa sehingga hari ini.[3]
Struktur beragama penganut Kapitayan tidak sama seperti fahaman animisme. Animisme mereka lebih menyembah semangat alam dengan berfahaman alam tersebut memiliki penunggu atau dewa. Seperti Shinto di Jepun mereka percaya terdapat ‘Kami’ atau dewa di setiap penjuru alam dan tempat.
Akan tetapi Kapitayan berfahaman sebaliknya kerana mereka memiliki konsep ketuhanan tunggal yang agung, tetapi mereka bertawasul dengan sebarang nama yang terdapat perkataan To atau Tu untuk capai kepada Sang Hyang Tawa.
Wayang Kulit Bukan Berasal Dari Hindu
Sebelum datangnya agama Hindu di tanah Melayu, masyarakat Melayu sudah bermain mayang kulit. Ini merupakan tradisi setempat masyarakat melayu. Antara kesan besar yang tersisa tentang kepercayaan Kapitayan dapat dilihat kepada watak wayang kulit sebelum datangnya hikayat atau cerita dalam kitab Ramayana dan Mahabhrata. Masyarakat jawa sudah ada watak wayang kulit bernama Danghyang Semar dan Sang Hantaga (Togog).
Akan setelah itu, setelah datang agama Hindu barulah watak-watak dalam kitab Ramayana mengisi ruang di dalam wayang kulit seperti Sri Rama, Sita, Hanuman, Rahwana dan sebagainya.
Adalah tidak benar jika terdapat dakwaan mengatakan orang Melayu pendatang, kerana sebelum ‘pendatang’ penyebar Hindu sampai ke tanah melayu, masyarakat melayu sudah memiliki agamanya tersendiri. Oleh kerana struktur agama ini mudah berkembang di bawa pemerintahan maka di bawah kerajaan Srivijaya dan Majapahit masyarakat melayu mengikut agama si raja mereka yang mengimani agama seperti Hindu dan Buddha.
Kesimpulan
Sudah tentu agama lama ini sudah terpalit dengan fahaman syirik dan ajarannya terhakis disebabkan banyak faktor. Lama kelamaan ia berubah seakan hilangnya nilai ‘Hyang Tunggal’ yang sepatutnya difahami sebagai entiti yang satu, tidak berupa, ghaib tetapi ada.
Jika kita merenungi firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.” (Surah an-Nahl: 36)
Persoalan mungkinkah dahulu sudah terdapat seorang rasul yang menegakkan kalimah tauhid di tanah Melayu sehingga ajarannya telah dirosakkan oleh orang terkemudian dengan unsur syirik?
Wallahua’lam
Nota kaki:
__________________
[1] Lihat Indarwati, (2015). Dualisme Keberagamaan Dalam Agama Jawa, tesis Fakultas Usuluddin Universitas Islam Negeri Walisongo, Semarang, hlm 62
[2] Lihat Agus Sunyoto, (2014). Atlas Wali Songo, Pustaka Iman, Depok, Indonesia, hlm 14
[3] Lihat ibid, hlm 15-16
Like
Comment
Comments
  • Zal Pak EnJayy Alah serupa je semua agama asal ajaran aslinya Tauhid...manusia yg kasi corrupt... Simple... :)
  • Zoro Zoro Smua akan kembali kepada asal iaitu Tauhid...

No comments:

Post a Comment