Saturday, 12 November 2016

TOKOH WAHDATUL WUJUD

TOKOH WAHDATUL WUJUD
Al-Hallaj
Nama lengkapnya adalah Abu al-Mughits al-Husain ibn Manshur ibn Muhammad al-Badawi. Beliau lahir di kota Thur, sebelah timur laut Baida, Persia atau sekarang dikenal dengan Iraq. Dilahirkan pada sekitar tahun 244 H (857 M) dan meninggal pada tahun 309 H (922 M). Seorang guru, sufi, yang sangat mashyur di zamannya, iaitu saat al-Hallaj berumur kurang lebih 20 tahun, adalah syeikh Amral al-Maliki. Dari Syekh ini al-Hallaj mulai mempelajari tasawuf. Beberapa tahun berguru pada syekh al-Maliki, al-Hallaj memilih untuk melanjutkan menuntut ilmu kepada syekh selanjutnya, iaitu syekh al-Junaid al-Baghdadi.
Dari syekh al-Maliki, al-Hallaj mengenal tasawuf dan zuhud dan kemudian melaksanakan kehidupan zuhud yang sesungguhnya, namun pemikiran politik yang berbeza antara al-Hallaj dan syekh al-Maliki membuat mereka harus berpisah. Yang memotivasikan al-Hallaj hingga menemui syekh al-Baghdadi di Baghdad adalah rasa kehampaan selama melaksanakan zuhud, al-Hallaj merasakan bahwa ada sesuatu yang belum dia temukan dan wajib untuk dicari.
Melalui syekh al-Baghdadi, al-Hallaj menemukan jalan untuk melepaskan dahaga rohaninya, al-Baghdadi menyuruhnya untuk menunaikan ibadah haji. Di saat melaksanakan ibadah haji, al-Hallaj menemukan sebuah ilham, bukan inspirasi, yang membawanya pada kesedaran “penyatuan” antara dia dan Allah. Ilham itu sudah tentunya merupakan hal peribadi yang tak tersentuh oleh orang yang tidak mengalaminya. Intisari dari ilham yang dia temukan itulah yang disebut Wahdatul Wujud, untuk pertama kalinya.
Dengan kata lain, Wahdatul Wujud lahir pertama kali di Tanah Suci, di saat al-Hallaj menunaikan ibadah haji. Pulang dari ibadah haji, al-Hallaj mengemukakan pengalaman kerohaniannya, dalam sebuah konsep yang disebut dengan Hulul. Hulul ertinya bahwa Tuhan mengambil tempat dalam diri manusia ketika manusia itu mengalami Fana’, sebuah proses peleburan indrawi basyariyah.
Tanpa pemahaman apa-apa tentang hal ini, tanpa membuat perbincangan, golongan Mu’tazilah dan Syi’ah kemudian menggelar akbar bahawa al-Hallaj telah menyebarkan kesesatan terhadap umat Islam, khususnya tentang ketauhidan. Apa yang disampaikan oleh al-Hallaj merupakan apa yang dia ilhami dari proses tafakkurnya.
Dan apa yang ditentang oleh kaum Mu’tazilah dan Syi’ah adalah bahwa tidak benar Tuhan menempati diri manusia; tentu sahaja, jika manusia masih dengan kesedarannya sebagai manusia, dan terutama kerana mereka belum faham apa yang dimaksudkan oleh al-Hallaj.
Lagi pula, menurut beberapa bacaaan, semua ini hanyalah sebuah alasan untuk menyingkirkan al-Hallaj dari pemunculan politik saat itu. Al-Hallaj dicurigai dan dituduh bersekongkol dengan sekelompok orang dalam usaha menjatuhkan pemerintah. Al-Hallaj merupakan pemerhati moral politik, suatu saat ada sekelompok besar yang melakukan demonstrasi menuntut adanya reformasi moral politik, dan masa ini mengaku mendapatkan sokongan dari al-Hallaj, dan hal ini menyebabkan al-Hallaj dipenjara selama lebih kurang sembilan tahun.
Al-Hallaj, pendek kata dipenjara kerana alasan politik, al-Hallaj dianggap tokoh yang paling berbahaya kerana berupaya menggulingkan pemerintahan; anehnya, al-Hallaj sebenarnya menghabiskan waktunya untuk zuhud dan berdakwah, dan tidak ada keuntungan baginya untuk menggulingkan kekuasaan siapa pun kerana dia tidak tergolong orang yang cinta dunia.
Al-Hallaj kemudian dijatuhi hukuman mati, walaupun dari pihak kerajaan sudah meminta ampun untuk beliau, mengingati jasanya ketika mengubati putera mahkota kerajaan. Pada tahun 922 M, al-Hallaj disalib dan dipukul dengan batu hingga darahnya bercucuran dari kepala. Al-Hallaj dibiarkan separuh mati selama sehari, dan akhirnya al-Hallaj dipenggal kepalanya. Ajaran al-Hallaj dikenal dengan kata al-Hulul. Menurut al-Hallaj di antara hamba dan Tuhan terdapat garis pemisah yang menegaskan hakikat masing-masing.
Garis pemisah itu sangat dekat, iaitu yang menyembah dan yang disembah (al-Abid wal Ma’bud). Pada keadaan di mana ingatan hanya tertuju kepada Allah semata-mata, dan menolak selain Allah, termasuk diri sendiri, maka al-Abid pun lenyap, dan tinggallah al-Ma’bud. Kebaqaan al-Ma’bud merupakan hasil dari fana’nya al-Abid. Pada titik inilah garis pemisah dan pembeza hakikat pun hilang, sehingga pada hakikatnya yang menyembah dan yang disembah adalah satu.
Hanya sahaja, orang tidak memahami bahawa yang dimaksudkan oleh al-Hallaj adalah al-Abid melebur masuk ke dalam al-Ma’bud, dan bukan al-Ma’bud merasuki tubuh al-Abid. Jika kesedaran al-Abid masih zahir, maka tidak fana’lah dia, dan jika fana’ maka al-Ma’bud lah yang zahir dan al-Abid menjadi batin atau rahsia yang tersembunyi di sebalik kebesaran Allah SWT.

No comments:

Post a Comment