TOKOH FAHAMAN WAHDATUL WUJUD
Abu Yazid al-Busthami
Nama beliau adalah Abu Yazid Taifur ibn Isa al-Bustami. Beliau dilahirkan di Bistam, Persia (Iraq) pada tahun 804 M. Menurut beberapa bacaan, Abu Yazid merupakan pencetus pertama konsep fana’ dan baqa’. Salah satu teorinya adalah al-Ittihad. Abu Yazid berguru kepada salah seorang Syekh yang bernama Syekh Shaddiq yang mengajarkan beliau prinsip-prinsip dasar tasawuf. Dari Syekh Shaddiq, Abu Yazid mempelajari bahawa syariat dan hakikat merupakan pasangan yang tak terpisah antara satu dan yang lain; begitu pula sebaliknya, syariat dan hakikat.
Persoalan fana dan baqa akan saya paparkan pada bahagian kemudian secara ringkas. Ittihad, sebagai mana Hulul-nya al-Hallaj, merupakan kesedaran rohani “bersatunya” hakikat Allah dan hakikat hamba dalam proses fana. Bahkan, penyatuan yang dimaksudkan bukanlah penyatuan rohani, apatah lagi jasmani.
Penyatuan yang dimaksudkan adalah peleburan hakikat hamba kepada hakikat Allah, laksana setitis air laut terjatuh ke dalam samudera; atau dengan kaca mata Ibnu Arabi kenyataan hamba yang hanya merupakan titik melebur pada kenyataan Allah yang “menyamudera.”
Pandangan Abu Yazid ini dianggap menyesatkan, kerana menescayakan adanya penyatuan Allah dan hamba. Ini dianggap sebagai menurunkan darjat Allah yang maha Mulia; menganggap Allah sedarjat dengan hamba merupakan pelecehan terhadap Allah.
Di sinilah kesalahan tafsiran para ulama pada saat itu (hingga saat ini). Yang dimaksudkan dengan Hulul dan Ittihad bukanlah menyamakan darjat Allah dan hamba, melainkan justeru meniadakan hamba sehingga yang ada hanyalah Allah semata. Diri sendiri merupakan sesuatu yang boleh menghalangi kita sampai kepada Allah, sehingga untuk menyatakan Ujud Allah, maka Wujud diri harus melebur, atau disebut dengan fana.
No comments:
Post a Comment