Ya Allah.
Aku bersyukur kau telah bangkitkan Ku untuk menikmati rahmatMu.
Kau telah panjangkan usia Ku ya Allah.
Atas taufik dan hidayahMu. Aku mulakan hari ku dengan menyebut nama Mu.
Ya Allah..
kau ampunkanlah segala dosa dosaku...
kau ampunkan segala dosa dosa kedua dua ibu bapaku...
Kasihanilah mereka sebagaimana mereka kasihkan daku semasa kecil...
Ya Allah...
Muliakanlah semua sahabatku, panjangkan umur kami, kurniakanlah kami kesihatan yang baik, terangilah hati kami dengan Nur iman darimu, dekatkan kami kepada kebaikan dan jauhkan kami dari segala kejahatan..
Kurniakanlah kami rezeki yang berpanjangan, kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari Mu dalam menempuh cabaran dan liku liku kehidupan di dunia dan di akhirat...
Ya Allah...
Jangan kau palingkan hati- hati kami dari rahmat Mu. Jangan kau tutup hati kami dalam menyembah dan mentaatiMu.
Aamiin...
Aamiin...
Ya Rabbal Alamiin..
No comments:
Post a Comment