BAI'AH DAN RABITAH SERTA WASILAH DALAM PENGAMALAN ILMU TAREKAT SUATU PENJELASAN RINGKAS.
1.BAI'AH.
BAI'AH ialah perakuan perjanjian resmi dalam sesetengah tarekat.Tetapi yang sebenarnya ialah suatu pengamalan bererti bukan suatu perjanjian untuk terus mengikuti Syeikh dalam semua aspek dan memperhambakan diri kepada Syeikh.Ia hanya termasuk dalam adab berguru.Seorang murid,selagi ia beramal dengan amalan guru yang mengijazahkan ilmu amal kepadanya ia perlu menjaga adab kepada gurunya.Apabila ia meninggalkan amalan nya dengan sendiri baiah itu hilang atau baiah itu terbatal jika dia melanggar janjinya.
Dalam tarekat memang ada tata adab BAI'AH murid kpd guru tetapi isi BAI'AH hanya untuk menguatkan azam murid untuk inabah di jalan Allah semata iaitu ada tujuh janji murid :
1.Mengaku Allah s.w.t. itu RabbNya dan Nabi Muhammad s.A.w. itu sebagai RasulNya.
2.Akan tetap mendirikan solat wajib lima waktu sehari semalam.
3.Akan tetap berpuasa wajib pada bulan ramadhan.
4.Akan tetap mengeluarkan zakat yang wajib keatas diri.
5.Akan menunaikan fardhu haji andainya berkuasa.
6.Tidak akan melakukan dosa-dosa besar dan sedaya upaya berusaha menjauhi dosa-dosa kecil.
7.Tidak mengada-adakan perkara yang tidak benar disisi Allah dan Rasulullah s.A.w. dan hendaklah taat kepada apa apa perintah untuk berbuat perkara-perkara kebajikan yang di suruh oleh guru.
Tiada satu pun perjanjian baiah dalam tarekat yang suci yang menyatakan murid mesti patuh kepada guru atas perkara kepentingan peribadi guru atau kepada kepentingan duniawi guru.JIKA ada demikian maka baiah seperti itu adalah baiah yang menyeleweng dari dasar bakti seseorang Syeikh di jalan Allah.Ia telah menyeru murid untuk kepentingan dirinya bukan menyeru untuk Allah s.w.t.Na'uzubillahi minzaalik.
SYAH WALIYULLAH AD-DALAWI dalam kitabnya Qaulul Jamil mengatakan:
"Hukum BerBAI'AH adalah sunat sahaja,Jelasnya,ia tidak wajib kerana manusia melakukan bai'ah dengan Nabi s.A.w. dulunya atas tujuan menghampirkan diri mereka kepada,Allah.Tidak ada dalil dan bukti menunjukkan berdosanya orang yang tidak melakukan atau meninggalkan bai'ah(tidak beramal apa yang di suruh guru dalam peramalan tarekat yang yakni meninggalkan perkara kebajikan yang di suruhnya yakni seperti dzikirullah dan lain lain ajaran dalam silibus tarekatnya).
Beramal tidak boleh di paksa,ia mesti datang dari lubuk hati keikhlasan seseorang murid.Tanpa ikhlas tidak memberikan apa apa natijah pada murid.Jika ada khidmat yang di kehendaki guru mestilah atas sebab latihan mencabut mazmumah dalam hati murid bukan untuk kepentingan peribadi guru.
BAI'AH kepada manusia tidak boleh mutlak.Firman Allah s.w.t.
Maksudnya:"Wahai orang-orang beriman taatlah kamu kepada Allah,taatlah kamu kepada Rasul dan taatlah kamu pada pemimpin di kalangan kamu...."(QS an-Nisa:59).
Al-Qur'an menggunakan perkataan wa athi kepada Allah dan Rasul tetapi menggunakan Wa ulu kepada manusia,pemimpin,mursyid,guru,ibu bapa dan lain-lain walaupun maksudnya taat.Jadi perkataan Wa ulu itu memberi makna ketaatan yang tidak mutlak.Maka ketaatan melalui BAI'AH itu berlaku selagi seorang pemimpin(jika mursyid adalah pemimpin keruhanian murid)itu tidak menyuruh kepada perkara Munkar atau menyuruh melakukan perkara yang bertentangan dengan Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah s.A.w.
Satu lagi ayat Al-Qur'an ada menyatakan betapa besar pahala dan menunjukkan sunatnya baiah di buat seseorang kepada pemimpin di jalan Allah iaitu:
Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepada mu(wahai Muhammad)mereka hanya sanya memberi pengakuan taat setia kepada Allah,Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu(untuk di balasNya).Oleh itu sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setia maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa diri mereka sendiri dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah di janjikan kepada Allah,maka Allah akan memberikan kepadanya pahala yang besar(QS al-Fath 10).
Demikianlah adanya dalil naqli dalam hal BAI'AH yang di applikasikan dalam sesetengah Tarekat Muktabarah yang di buat oleh para Syeikh NYA.
WASILAH DAN RABITAH.
WASILAH atau tawassul..maksudnya penghubungan atau hubungan,khususnya hubungan dengan guru.
Alasan terpokok untuk boleh nya wasilah ini ialah ayat Al-Qur'an yang menerangkan:
"Tuntut oleh mu kepadanya akan wasilah"(Quran V:35).
Kemudian di ambil pula iktibar dari kisah Nabi Mi'raj ke Ke langit menemui Ilahi yang di hantar oleh Malaikat Jibrail.Penghantaran ini dianggap wasilah.. Nabi Muhammad s.A.w.Mi'raj hendak bertemu Rabb berwasilah kepada Malaikat Jibrail.Sesampai pada Sidaratul Muntaha Malaikat Jibrail di tinggalkan di situ.Kerana Nabi ketika itu hendak masuk ke dalam laut makrifatullah,musyahadah akan Allah yang bersifat laisa kamislihi syai'un.
DALAM hal ini ahli tarekat mengambil isyarat dan ibarat ada baiknya jika berwasilah kepada guru atau mursyid(pengajar)pada waktu beribadah(berzikir)kepada Allah.Lantas Wasilah itu beroleh erti yang khusus dalam sesetengah tarekat sebagai jalan yang menyampaikan hamba kepada Allah.(wasil ilaLlah).
كن با لله وان لم تكن فكن مع من كان با الله فا نه يو صلك الي الله ان كنت معه
"Menjadi bersatu lah(wasil maa-Llah) dengan Allah,jika (engkau)tidak dapat,hendaklah menyatu dengan seseorang Yang telah mencapai(makrifat)Allah.Nescaya mereka akan memandu kamu kepada Allah"(Hadis Qudsi).
Sebenarnya hakikat wasilah itu ialah tabaruk atau mengambil berkat mursyidnya bila mana di kerjakan oleh murid-murid sebelum melakukan dzikirullah.
MISYALNYA..Murid tarekat berdoa sebelum mulakan zikir tarekatnya:
"Ya Allah!hamba pinta pada Mu dengan berkat Rasulullah s.A.w. dan dengan berkat Mursyidku agar Engkau memberikan daku ma'rifat dan cinta kasihku kepada Mu".
DALAM HAL INI..golongan tarekat berdasarkan juga dengan sebuah hadis riwayat Bukhari..yang menceritakan Sayyidina Umar ibn Khattab ketika musim kemarau dan kekurangan air lalu meminta hujan kepada Allah dengan doanya di mulai dengan minta berkat Abbas bin Abdul Mutalib(bapa saudara Nabi dan juga sahabat):
"Ya Allah!kami dahulu selalu berdoa kepada Mu dengan berkat Nabi Engkau sekarang kami tawassul dengan bapa kecil Nabi."Lalu hujan pun turunlah.
MENGENAI RABITAH..ertinya ialah hubungan atau ikatan.dalam pandangan tarekat ada tiga.
1.RABITAH wajib..iaitu seperti RABITAH dalam solat menghadap ke Baitullah...menghadap muka dan dada wajib hukumnya...pada hal yang di sembah bukan lah Kaabah..(apakah rahsia kaabah?)tetapi Allah semata-mata..Kaabah itu adalah RABITAH wajib sahaja.
2.RABITAH Sunat..seperti seorang ma'mum harus lah memandang kepada imannya dalam solat berjemaah...sekali-kali tidak bermaksud berpaling daripada menyembah Allah dalam solatnya.
3.RABITAH HARUS...Yaitu seperti melihat barang-barang yang baik pada waktu kita hendak mengerjakan sesuatu barang agar baik pula.(meniru mengikuti yang baik-baik).
MAKA dalam tarekat murid di ibaratkan orang buta yang harus mengikuti yang memimpinnya(mursyidnya)yang matanya jelas melihat.
Maka yang di kata Guru Mursyik atau Syeikh sebuah tarekat itu mestilah orang yang telah karam dalam laut muraqabah dan musyahadah yang berkekalan dengan Rabbnya.Kalau tidak ia bukan layak untuk memimpin murid dalam sesebuah tarekatnya dan tidak lah ia seorang yang sesuai bergelar Syeikh Mursyid sebuah tarekat ilaLlah.
Jadi..hakikat RABITAH pada ahli tarekat ialah bersahabat..atau sebanyak mungkin berserta dengan mursyidnya..dengan guru yang arifinbillah yang hatinya selalu ingatkan Allah lagi ada makrifat yang sempurna..maka melihat kepada mursyid demikian bukan lah di maksudkan memperhamba diri kepadanya atau ke menpersyarikat kan dia dengan Allah..demikian lah adanya sesetengah tarekat yang melontarkan pandangan diatas pandangam xxxxxxx dalam kehendaknya menuju Allah ketika mula untuk berzikir atau dalam ingatan kasihnya kepada gurunya..sebagaimana juga para sahabat yang mengingati wajah Rasulullah s.A.w.(sahabat pernah melihat dan kenal Rasulullah saw)bagaimana dgn kita umatnya yg hidup di penghujung zaman?
Sebelum ini dalam Tarekat tidak di disiplinkan muridnya untuk berwasilah atau berabitah..namun setelah artikel ini saya keluarkan dan para ikhwan telah faham maka kita serahkan kepada ikhwan untuk melakukan wasilah dan RABITAH jika mereka mahu namun jika tidak mahu bukanlah suatu kewajipan.Namun begitu terserahlah kepada masing masing pilihan sendiri atas tujuan kemajuan keruhanian masing-masing(dengan mengambil pengalaman 'RASA' sendiri)..Insya Allah.
WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH
No comments:
Post a Comment