KISAH WALI iLLAH YANG BERBUAT MAKSIAT
"Andai dibukakan oleh illah akan Nur seorang Wali yang berbuat maksiat, nescaya akan terang benderang seluruh lapis langit dan juga bumi, apatah lagi Nur seorang Wali yang berbuat taat"
Pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang hidupnya sentiasa sahaja melakukan perbuatan maksiat. Meminum arak dan berzina sudah menjadi makanan harian buatnya. Beliau begitu dibenci oleh masyarakat sekelililing, kerana mereka begitu jijik sekali dengan segala perlakuannya buruknya.
Sehinggakan di akhir hayat lelaki tersebut, mereka tidak sanggup untuk menanam beliau di kawasan perkuburan, bahkan mayatnya hanya dicampakkan ke tempat pembuangan sampah sahaja layaknya seorang pelaku maksiat. Begitu hina dan rendah sekali martabat lelaki tersebut di sisi manusia.
Namun, tidak lama selepas itu, illah telah memerintahkan agar Nabi Musa pergi ke kawasan pembuangan sampah. Kata illah lagi, di sana ada mayat seorang wali-Nya, maka diperintahkan agar Nabi Musa menjalankan urusan pengebumian dengan penuh terhormat layaknya seorang kekasih sejati.
Tanpa banyak soal, Maka Nabi Musa pun terus sahaja menuju ke kawasan pembuangan sampah tersebut. Alangkah terkejut dan terperanjat sang Nabi, kerana yang ditemuinya di situ adalah mayat si pelaku maksiat tersebut. Bagaimana seseorang yang begitu hina dan jijik di mata manusia, boleh menjadi seorang yang begitu mulia di sisi-Nya?
No comments:
Post a Comment