ciptaan
Agama menyarankan kita berfikir untuk mencari kebenaran, terutamanya dalam soal ketuhanan. Bukan untuk manusia mengenal tuhan itu esa sahaja, tapi untuk manusia mengenal tuhan melalui ciptaannya.
Ciptaan tuhan paling istimewa adalah diri kita, kita adalah makhluk Tuhan yang komplex. Bukan satu perkara mudah untuk mencipta makhluk yang mempunyai keinginan, berakal, nafsu dan pelbagai perasaan. Kerana semua perkara itu tidak boleh dizahirkan secara fizikal sepertimana tubuh kita yang boleh dipegang, disentuh, dilihat dan dirasa.
Manusia yang dicipta merupakan sebahagian dari alam, alam yang dimaksudkan bukan bumi, tumbuhan dan binatang tetapi meliputi angkasa, bulan dan bintang. Amat sukar untuk kita memahami bagaimana kompleksnya struktur alam ini. Di mana kita nampak langit tidak bertongkat, bulan terapung dan berputar pada paksinya selepas itu ia mengelilingi bumi, manakala bumi dan planet mengelilingi matahari, matahari pula sebagai pusat kepada sistem suria ini.
Sistem suria kita pula merupakan satu daripada sistem yang terdapat dalam sebuah galaksi yang dhuni oleh berjuta lagi planet, anehnya kesemua planet itu juga berputar dan mengelilingi bintang yang terdapat di dalam sistem mereka sepertimana. Galaksi kita pula merupakan satu dari berjuta lagi galaksi yang berada di seluruh pelusuk angkasa. Malah galaksi itu juga turut berputar dan mengelilingi sesuatu.
Aneh bukan?
Belum cukup aneh lagi, tak perlu kita lihat jauh kisah putaran dan mengelilingi sesuatu bukan saja terjadi pada alam tetapi ia juga berlaku di sesebuah tempat, persoalannya bagaimana ritual ini boleh dlakukan serupa dengan pergerakan planet, bintang dan galaksi? Walhal pengetahuan tentang sistem suria ini hanya ditemui sekitar 200 tahun lalu?
Persoalan yang masih belum ada jawapan yang tepat, melainkan kita berteori dengan pelbagai jawapan.
No comments:
Post a Comment