Analisis 2016-2020
Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk meneliti serba sedikit berkenaan page Hakikat Insan. Daripada pengamatan saya, ternyata kaum lelaki lebih ramai yang mengikuti perjalanan page ini berbanding dengan kaum wanita. Apakah antara faktor yang mungkin menyumbang kepada perkara ini?
________________________________________
1. Kaum lelaki lebih berani untuk bertanya soalan berkaitan akidah, dan lebih berani untuk keluar daripada norma-norma asal dan lebih berfikiran terbuka berbanding kaum wanita?
2. Kaum wanita lebih suka mengikuti sahaja apa yang disuruh oleh ayah atau suami, kerana di situ letaknya syurga mereka, dan kerana lebih mudah menjadi pengikut kaum lelaki?
3. Kaum lelaki lebih ramai berbanding kaum wanita? Kalau benar macam tu, alhamdulillah lambat lagi nak kiamat. Maaf bergurau kasar.
________________________________________
Dari segi pecahan negeri pula, Kuala Lumpur jauh mendahului negeri-negeri lain, dan diikuti oleh negeri Johor di tempat kedua. Apa pula faktor yang mendorong kepada perkara ini?
1. Apakah orang-orang di ibu kota lebih berfikiran terbuka untuk menerima ilmu dan juga perkara baru kerana mendapat pendedahan, sedangkan orang-orang di luar bandar lebih yakin apabila mereka bertaklik dengan ustaz dan juga lebai?
2. Adakah orang-orang di bandar lebih celik internet dan ramai yang memiliki akaun facebook berbanding dengan orang-orang di luar bandar, yang tidak semuanya ada kemudahan internet dan juga tidak mempunyai laman facebook?
No comments:
Post a Comment