Thursday, 1 October 2020

AKU DAN TUHAN

 AKU DAN TUHAN

Apakah yang dikatakan sebagai Tuhan itu? Jawabnya, Ia adalah ketiadaan dirimu. Jika engkau belum sepenuhnya tiada dan masih lagi berfikir tentang- Nya, dan juga masih lagi memuji- Nya, ternyata yang engkau itu masih lagi menyekutukan- Nya. Ketahuilah, bahawa engkau masih saja lagi melakukan perbuatan syirik, iaitu dosa yang tidak akan terampun sampai engkau tiada.
Lalu, engkau terus saja ingin pulang kepada- Nya, dan ikut menyatu dengan- Nya untuk mendapatkan kebahagiaan sempurna? Hahaha! Ketahuilah engkau, bahawasanya itu juga adalah sebuah dosa syirik, kerana keinginan itu pula pasti saja berpunca daripada perasaan bahawa dirimu itu sebelumnya ada. Akan tetapi, pada hakikatnya pernahkah atau bolehkah engkau itu tiada?

No comments:

Post a Comment