Latifah Omar adalah icon atau simbol wanita Melayu Mithali yang ayu, sopan santun dan berbudi pekerti mulia. Dalam filem2nya, beliau pernah berkemban, pakai kebaya ketat dsb. Tidak ada orang Melayu. termasuklah pak-pak imam dan ustaz, yang sedikit pun terlintas akan label atau lihat Latifah sebagai wanita tidak bermoral.
lelaki-lelaki Melayu waktu itu juga melayan Latifah atau wanita-wanita Melayu yang berkemban atau berkebaya ketat atau berkebaya jarang sebagai wanita-wanita yang sopan dan wanita terhormat.
Lelaki-lelaki Melayu di era itu tidak terfikir untuk merogol hanya kerana lihat wanita berkemban atau berkebaya.
Kalau ada lelaki yang kacau apatah lagi cuba merogol wanita-wanita Melayu yang berkemban atau berkebaya, harus lelaki itu akan di'gebuk' atau dibelasah ramai2 satu kampung.
Wanita Melayu yang berkemban atau berkebaya ketat atau jarang itu tidak akan dipersalahkan.
Begitulah orang Melayu dulu. Ia kerana masyarakat dan lelaki Melayu dulu lelaki budiman, bukan lelaki setan.
No comments:
Post a Comment