Wednesday, 29 July 2020

ILMU SELAPIS FAHAM

ILMU SELAPIS FAHAM
________________________________________
Sebagaimana dengan perihal Dunia, begitulah juga dengan perihal Akhirat.. dikatakan bahawa setiap ayat-ayat suci kitab/Al-Quran itu ada 4 terjemahan, iaitu dari sudut pandang Syariat, Tarekat, Hakikat, dan Makrifat.. Mazhab agama juga tidak terkecuali terbahagi kepada 4 fahaman/pecahan, iaitu Maliki, Hanbali, Hanafi, dan Syafie..
________________________________________
Maka dari itu, ilmu dan kefahaman kita ini juga, tidak semestinya sama dengan kefahaman orang lain.. Namun, tidak pula bermakna yang orang lain itu salah, kerana mereka itu tidak sefaham dengan kita.. Yang paling penting, berlapang dadalah sesama kita, dan usahlah cepat menjatuhkan hukuman tanpa ilmu..
________________________________________
Hiduplah kalian di muka bumi Tuhan dengan perasaan kasih sayang sesama manusia tanpa mengira pegangan agama dan juga kepercayaan mereka.. cintailah segala yang ada di langit dan juga di bumi.. Kerana sifat Ar Rahman dan Ar Rahim illah itu, amatlah terang lagi nyata pada setiap ciptaanNya, bagi kaum yang melihat..

No comments:

Post a Comment