Tuesday, 30 July 2019

dunia kekal

dunia tiada kehancuran. dia yg akhir tiada pengakhiran. semua makhluk ikut perintah peraturan fitrah alam dgn sukarela. yg ada hanya bencana atas kerosakan tangan manusia yg mengancam alam semulajadi. hari kiamat maksud kiam/berdiri/tertegak kebenaran di akhir zaman oleh nabi isa membuat pembalasan/perhitungan di padang perhimpunnan/mahsyar. iman pd akhirat juga ada didunia ditutupi oleh sempadan antara nyata dan ghaib

ikhlas

No photo description available.

solat maksud sampai

sembah hyang adalah syirik. syariat menyatakan solat  adalah wajib. hakikat menyatakan solat adalah tidak wajib. yg sebenar wajib dan tidak wajib adalah betul keduanya. nabi bertaraf rasul kewajiban utk menyampai pd umatnya. nabi yg bukan bertaraf rasul tidak wajib menyampai pd umum, hanya sekadar di bawah tanggungan saja spt nabi lokman ajari pd anaknya. solat maksud sampai bermaksud menyampai ilmu kebenaran iaitu tauhid dan iman yg sebenar baru islam/sejahtera keseluruhannya pd individu dan yg lainnya

demi masa

6 masa

masa di tuju pd kejadian matahari/bintang dan bulan, siang dan malam, bumi dan langit. semua 6. terhasil dunia dan akhirat dlm alam semester. dunia tiada roh maka tiada kehancuran. roh dunia ada pd manusia

hi



ANTARA NUR MUHAMMAD 
DAN NABI MUHAMMAD
Hakikat Nur Muhammad ini perlu diterangkan dengan lebih lanjut dan jelas agar dapat difahami oleh semua orang...
Apa itu Nur Muhammad?
Apa hubungannya dengan diri 
Nabi Muhammad?
Apa hubungannya dengan diri 
setiap manusia?
Di dalam mata pelajaran ilmu Hakikat dan juga ilmu Makrifat, Nabi Muhammad dan Nur Muhammad itu, adalah berbeza sama sekali..
Nabi Muhammad adalah seorang manusia. Anak daripada seorang ayah yang bernama Abdullah dan ibunya yang bernama Aminah. Lahirnya di Mekah dan makamnya di Madinah..
Tetapi hakikat "Nur Muhammad" adalah cahaya atau ruh, jiwa yang tunggal, esa, jiwa-jiwa yang terpuji. Hakikat Nur Muhammad itu ada dalam diri tiap-tiap manusia, dan tentu sahaja ada di dalam diri kalian semua, sebagaimana ianya ada di dalam diri para Nabi Allah dan juga RasulNya, serta setiap wali-wali Allah..
Nur Muhammad itu hanya ada SATU namun ianya ada di dalam diri semua umat manusia. Jika engkau memikirkan tentang perkara ini dengan akal fikiranmu, nescaya engkau boleh menjadi bingung dan pening sekali..
Lalu apa hubungannya antara Nur Muhammad itu dengan diri Nabi kita Muhammad s.a.w.?
Diri Nabi Muhammad itu, batiniahnya telah bersambung/wushul serta hancur lebur dalam hakikat Nur Muhammad atau dapat juga dikatakan bahawa Nabi Muhammad itu adalah merupakan TAJALLI SEMPURNA daripada Nur Muhammad. Sedangkan pada manusia secara umumnya, batiniahnya itu masih lagi putus disebabkan masih terselimuti hawa nafsu..
Pakaian dasar dari Nur Muhammad itu adalah KEINDAHAN (JAMAL), maksudnya adalah keindahan 'Akhlakul Karimah' di mana dengan keindahan itu selalu bersifat sistematik (tersusun kemas) seumpama longgokan sampah yang berserakan dan tidak berharga, lalu diaturkan (disusun kemas) menjadi suatu keindahan dan juga kesempurnaan..
Yang sebenarnya Nabi Muhammad yang ada di kota Makkah pada suatu ketika dahulu itu adalah wujud lahiriah sahaja. Demikianlah juga halnya dengan para Nabi yang lain, mahu pun wali-wali Allah, kesemuanya tiada lain adalah tajalli daripada Nur Muhammad..
Oleh sebab itulah Rasulullah bersabda bahawa dirinya itu diutus hanya untuk memuliakan dan juga menyempurnakan akhlak seluruh umat manusia yang hidup di dunia ini..
Itulah hakikat diutusnya Nabi Muhammad, sebenar-benarnya adalah bertujuan untuk mengembalikan manusia kepada kemurnian fitrah dasarnya, mengembalikan mereka agar wushul dan bersambung kembali, hancur lebur kepada Nur Muhammad yang esa..
Agar engkau sekalian menjadi "MUHAMMAD" itu sendiri secara hakikatnya, iaitu makhluk yang terpuji, INSAN yang kamil/sempurna, iaitu kembali kepada fitrah dasar penciptaan setiap manusia. Maka, sesungguhnya syafaat yang sejati, itulah sebenar-benarnya selawat yang diucapkan oleh setiap Muslim..
Ini kerana, hanya Nur Muhammad sahaja yang dapat mengenal Allah, dan itulah juga yang menjadi tujuan akhir yang hendak dicapai agar setiap diri itu dapat menjadi Muhammad secara hakikatnya dan mengenal TuhanNya..
Salah persepsi daripada orang ramai, adalah mereka-mereka ini seakan ingin mengikut membabi buta 100% zahiriah Nabi Muhammad, dengan pakaian ala Arab dan gaya timur tengah, berjanggut panjang tanpa berkumis, berserban dan berjubah labuh, dan lain- lain lagi, adalah yang bersifat zahiriah sahaja..
Padahal tujuannya Nabi itu diutuskan, adalah untuk menjadikan kamu seorang MUHAMMAD secara hakikatnya, agar menjadi makhluk yang terpuji dan mengenal Allah. Maka dari itu, jadilah Muhammad secara hakikatnya, kerana itulah tujuan hidup yang sesungguhnya..
Dan lagi, ketika ingin menjadi Muhammad atau seperti Muhammad, ketahuilah, bahawa tidak harus bernama Muhammad, misalnya jika ingin menamakan anak kamu supaya namanya mencerminkan akhlaknya, contohnya nama Ahmad, Shiva, Buddha, Jesus, dan lain-lain..
Itu semua maknanya tetap sama, yang berbeza cumalah dari segi bahasa panggilan sahaja. Pada hakikatnya, boleh dinamakan apa sahaja asalkan ertinya baik dan bagus, kerana perkara yang paling penting adalah sikap dan perilaku kamu itu yang harus mencerminkan akhlak seorang Muhammad (Yang Terpuji)..
Kita mungkin tidak boleh lagi melihat Nabi Muhammad kerana beliau sudah wafat..
Tetapi kita masih lagi boleh bertemu para Muhammad yang lain secara hakikatnya..
Nur Muhammad itu masih ada sampailah sekarang, menerangi alam semesta ini. Agar kita semua dapat melihat dan menjadi saksi (bersyahadat), bahawa Nur Muhammad itu ada dan nyata. Mereka semua adalah cahaya penerang bagi seluruh kehidupan ini.
Amiin²

PENYERAHAN TOTAL

PENYERAHAN TOTAL
.
Suatu hari, seorang pertapa mengajak salah seorang muridnya untuk pergi ke pulau seberang. Mereka pun mengharungi lautan dengan perahu. Namun di tengah perjalanan, muncul badai besar.
.
Saat muridnya mulai panik kerana merasa perahu yang dinaiki akan segera karam, sang guru tetap bersimpuh tenang—seolah tidak ada apa-apa. Maka, muridnya bertanya, “Guru, apakah guru tidak takut? Boleh jadi ajal akan segera menjemput kita."
.
Sang pertapa hanya tersenyum, dan tiba-tiba mengambil sebilah pisau yang dibawa oleh muridnya. Kemudian dia menyorongkan pisau itu tepat ke leher muridnya seraya berkata, “Apakah kamu takut?”
.
Sejurus kemudian, setelah mengerti akan maksud gurunya, murid itu ikut tersenyum, “Tentu saja tidak. Guru sendiri yang memegang pisau tersebut. Saya percaya kepada guru.”
.
Sang guru lalu meletakkan pisau tersebut. “Ya, begitu pula jawapanku. Tuhan sendiri yang mengendalikan badai ini. Aku berserah kepada-Nya. Jika kita akhirnya selamat, itulah yang terbaik; jika tidak, itu juga yang terbaik.”

hi

Mengapa kita disuruh mandi junub dan mengambil wudhuk sebelum dibenarkan memegang atau membaca Al-Quran? Apakah sebenar-benarnya hakikat mandi junub, berwudhuk, dan juga Al-Quran itu? Siapa yang sudah mengetahui jawapannya, InsyaAllah..
Orang itu juga sudah bertemu dengan Lailatul Qadar nya sendiri.. bukanlah sekadar pada malam-malam ganjil di kala penghujung Ramadhan sahaja, tetapi pada setiap detik waktu dan juga setiap turun naik nafasnya..
Amiin2

SABAR

SABAR
Seorang anak muda menemui guru bela diri yang tersohor dan berkata sungguh-sungguh. “Wahai Guru, aku ingin menjadi muridmu. Aku ingin mempelajari ilmu persilatanmu. Berapa lamakah waktu yang aku perlukan untuk menguasainya?”
Guru itu lalu menjawab dengan tenang, “Sepuluh tahun.”
Dengan rasa tidak sabar, anak muda itu pun menjawab, “Tapi aku ingin menguasainya lebih cepat dari itu. Aku akan berlatih dengan sungguh-sungguh. Sangat giat. Setiap hari. Dari pagi sehingga ke malam jika perlu.”
Sang guru pun berfikir sejenak, dan sejurus kemudian beliau berkata. “Hmm, kalau begitu, kamu perlukan masa dua puluh tahun.”

hi

Banyak sekali suku sakat hantu raya yang tidak sabar menunggu masa untuk dibebaskan dan dilepaskan dari rantai dan belenggu. Sudah terlalu penat mereka menjadi munafik dan juga pelakon tanpa gaji. Sudah hampir sebulan mereka dirantai di siang hari kerana terpaksa menahan nafsu. Kemudian dibelenggu pula di malam hari dengan sembahyang terawih.
Ya, kau la. Siapa lagi ðŸ˜‚🤣

"Aidil Fitri"



"Aidil Fitri"
Fitri = Fitrah = Asal
Yang ertinya:
Kembali kepada FITRAH;
Kembali kepada USUL ASAL;
Dari mana asal usulmu itu...
Wahai manusia tanpa pakaian??
Apa dari segumpal tanah yang busuk?!
Atau pun dari roh tuhan-Mu yang termulia...
Lu pikir lah sendiri, bro...
Kepala otak ada, guna...
Tapi ramai yang masih berzikir
Menggunakan "KEPALA LUTUT"...
Bersangka baik;
Mungkin kepala otak mereka 
Sudah expired dan tepu dengan
Isinya "KITAB PADANG PASIR"
P/s; ada seorang sahabat saya
Yang bernama AIDIL FITRI ðŸ˜˜

AIDIL FITRI, KEMBALI KE SEBENAR DIRI

AIDIL FITRI, KEMBALI KE SEBENAR DIRI
Makna Aidil Fitri bukanlah "kembali kepada kesucian". Fitri itu bukanlah bererti suci. Tetapi ianya sinonim dengan kata arab "fathara", yang membawa maksud "penciptaan". Makanya erti fitri itu lebih dekat maksudnya dengan pucuk pangkal, usul asal, pola dasar, diri sebenar.
Besar kemungkinan, kata "pattern" di dalam bahasa Inggeris, yang juga bermakna pola dasar, seakar katanya dengan kata fitri, iaitu "fitrah". Dengan demikian, Aidil Fitri lebih tepat dimaknai sebagai "kembali kepada fitrah".
Perlakuan ibadah puasa umat Muslim selama berhari-hari itu bertujuan utama adalah tidak lain untuk menemukan atau pulang kembali kepada diri fitrah, atau diri sebenar diri yang sememangnya unik bagi setiap individu, dari satu kepada satu masing-masing peribadi.
Selamat Aidil Fitri buat seluruh sanak saudara dan juga sahabat handai. Minal Aidin wal Faizin. Semoga semua makhluk diberkati Tuhan, bahagia menjadi diri sebenar diri mereka masing-masing, walau di mana saja.

hi

ALLAH.. ALLAH.. ALLAH..
Kalau sudah begini, inilah yang disebut Tuhan Yang Maha Esa.. Yang Maha Sempurna.. Kalau sudah begini katakanlah apa yang kau mahu, semuanya baik, dan semuanya ibadat yang sempurna.. Kerana pokok pangkalnya segala kejadian, segala kehidupan, dan segala perbuatan, telah kita ketahui akan hakikat yang seluruhnya..
Maka dari itu janganlah kita ada perasaan syak dan ragu lagi.. Tidak ada apa lagi yang perlu ditakuti.. Jangan takut kepada Tuhan, kerana Tuhan itu bukan hantu, bukan iblis, dan bukan jin, dan bukan malaikat; semuanya bukan, bukan, dan bukan..
Adakah orang takut dengan dirinya sendiri? Adakah orang benci kepada dirinya sendiri?
Dan adakah orang menyiksa dirinya sendiri? Adakah orang yang memerintah dirinya sendiri? Adakah orang menyakiti kepada dirinya sendiri?
Jawabnya :
Yang ada hanya memuji dirinya sendiri.. Mencintai dan mengasihi dirinya sendiri..
Merasa sendiri dan berbuat sendiri..
Tidak ada yang pemerintah dan yang tidak ada yang diperintah.. Tidak ada yang disakiti dan tidak ada yang menyakiti.. Tegasnya kerana CINTA yang ada hanya memuji dirinya sendiri, merasa sendiri, dan berbuat sendiri..
Semua orang merasa benar, semua orang mengaku baik dan dan semua orang mengaku mulia.. Hampir semua orang merasa dirinya tidak bersalah, tidak berdosa, tidak tercela..
Fahamilah kata-kataku ini.. Kalau percaya ambil, kalau ragu buang jauh-jauh.. Tidak ada paksaan dalam agama Allah, pilihlah sendiri saja.. Bagi kau agama kau, bagi aku agamaku..
Jangan susah mencari bilah,
Bilah ada di dalam buluh.
Jangan susah mencari Allah,
Allah ada di dalam tubuh.

BELAJAR ERTI IKHLAS DARI SEKETUL NAJIS

BELAJAR ERTI IKHLAS DARI SEKETUL NAJIS
Assalamualaikum w.b.t. buat semua sahabat dan juga rakan Hakikat Insan.. diharapkan kalian semua berada di dalam ketenangan jiwa dan juga kebahagian hati.. Di hari raya yang kedua ini, marilah kita bercerita sedikit mengenai topik atau pun bab #ikhlas
Apakah itu yang dinamakan ikhlas? Apakah sebenar-benar pengertian ikhlas? Apakah indikator atau pun kayu ukur kepada berapa ikhlasnya seseorang itu? Inilah di antara soalan-soalan cliche yang sering menjadi bualan orang, baik di kalangan pak lebai kedai kopi, mahu pun syeikh-syeikh pondok.
Jawapan yang sering diberikan ustaz-ustaz syariat, di antaranya adalah: ikhlas itu adalah ibarat memberi sesuatu dengan tangan kanan, dalam masa yang sama tangan kiri tidak tahu. Lagi perlambangan ikhlas yang sering kali diberikan adalah seperti ini; ikhlas itu dapatlah diibaratkan seperti seekor semut hitam, yang berada di atas batu berwarna hitam, di tengah-tengah kepekatan malam kelam.
Suatu ketika dahulu, sewaktu sedang duduk berbual bersama guru saya, antara soalan yang pernah saya tanyakan kepada beliau saat itu adalah mengenai bab ikhlas. "Ayah, apakah yang dikatakan sebagai ikhlas itu?" Tanya saya. Beberapa detik kemudian, beliau pun tersenyum kambing, lalu menuturkan seperti ini, "anak, perlambangan ikhlas itu adalah seperti layaknya kamu dan juga najis kamu."
Saya kebingungan, lantas saya pun lalu melanjutkan pertanyaan saya, "apakah maksud ayah itu? boleh ayah huraikan lagi". Lalu beliau pun berkata, "anakku, sewaktu kamu sudah selesai berak, dan sesudah selesai kamu flush akan najisnya, apakah kamu masih memikirkan mengenai najis kamu itu? Apakah kamu berfikir ke mana ia pergi? Dan Siapa pula yang akan menguruskannya? Dan apakah kamu masih berfikir di mana pengakhiran najis kamu itu??"
Sekarang barulah saya benar-benar mengerti akan maksud yang cuba disampaikan oleh sang guru saya itu. Sebelum saya sempat berkata apa-apa lagi, beliau pun terus melanjutkan kata-katanya, "bahkan anakku, andai kata kamu telah berak di tengah-tengah jalan, lalu ada orang yang bertanyakan kepadamu apakah najis itu adalah milik kamu, sampai mati pun kamu takkan mengaku."
Lalu kami pun tertawa bersama-sama. Di sebalik kisah beliau itu, terselit pengertian atau pun makna ikhlas yang masih lagi saya ingat dan pegang sehinggalah ke saat ini. Terima kasih dari lubuk hati saya yang terdalam, dan salam aidil fitri minal aidil wal faizin saya ucapkan buat guruku yang amat aku kasihi.

hi

Salam Jumaat Sayyidul Ayyam
Telah berkata Rasulullah SAW :
Pada ketika telah membuat kesalahan akan Nabi Adam, maka ia pun bertaubat kepada Tuhan dan berkata :
"Wahai Tuhan, saya mohon ampun kepada-Mu dengan hak Muhammad supaya Engkau mengampuni aku".
Maka Tuhan menjawab : "Hai Adam bagaimana engkau mengetahui Muhammad, sedangkan ia belum Ku jadikan?"
Nabi adam menjawab : "Wahai Tuhan setelah Engkau jadikan saya, saya mengangkat kepala melihat ke Tiang Arasy di mana telah tertulis di sana akan kalimat :
'LA ILAHA ILA ALLAH..'
'MUHAMMAD RASULULLAH..'
"Maka saya tahu bahawa Engkau tidak akan pernah menyertakan nama seseorang dengan nama-Mu kecuali nama orang yang Engkau sangat kasihi."
Maka Tuhan pun menjawab : "Engkau benar, hai Adam, ia adalah seorang yang paling Aku kasihi, jika engkau memohon kepada-Ku dengan haknya, nescaya engkau akan Aku ampuni, dan kalau bukan kerana dia, engkau tidak akan Ku jadikan."
[ Hadis Riwayat Baihaqi & Thabrani ]

Pasal pada menyatakan ada empat martabat untuk sampai kepada Allah Taala Azzawajalla



Pasal pada menyatakan ada empat martabat untuk sampai kepada Allah Taala Azzawajalla
________________________________________
1. Martabat yang sampai kepada Allah untuk menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya, iaitu martabat atau tingkatan bagi orang yang berbuat amal ibadah ikhlas dirinya bagi Allah.
________________________________________
2. Martabat yang sampai kepada Af'al Allah Ta'ala, iaitu martabat atau tingkatan bagi orang yang memandang bahawasanya segala perbuatan pada dirinya dan seluruh alam itu terbit daripada Allah Ta'ala jua dan fanalah ia akan segala perbuatan pada dirinya.
________________________________________
3. Martabat yang sampai kepada sifat Allah Ta'ala, iaitu martabat atau tingkatan bagi orang yang memandang bahawasanya tiada yang hidup dan bernafas lagi bernyawa dalam alam ini hanya Allah Ta'ala jua sendirinya.
________________________________________
4. Martabat yang sampai kepada Zat Allah Ta'ala, iaitu martabat atau tingkatan bagi orang yang memandang bahawasanya tiada ada yang wujud, ujud, dan maujud di dalam alam ini hanyasanya Allah Ta'ala jua sendirinya. Maka inilah martabat yang lepas dari syirik khafi.
________________________________________
Ada satu lagi martabat, yang ke-5, tetapi jarang sekali dijabarkan kepada golongan awam, yang mana ianya tetap menjadi rahsia buat para pemegang amanah, antaranya rasul, nabi, dan juga seluruh wali Allah di atas muka bumi ini.

BELAJAR DARI LEBAH DAN LALAT


#Edisi_Tasawuf
BELAJAR DARI LEBAH DAN LALAT
Ada seorang alim bertanya pada saya, "Apakah perkara pertama yang akan lebah cari apabila ianya dicampak ke dalam longgok sampah?"
Saya pun seraya menjawab, "Sudah pasti lebah itu akan mencari madu."
Orang alim itu menyatakan, "Tidak, namun sebaliknya lebah akan mencari bunga terlebih dahulu, kemudian baru akan datangnya madu."
Kemudian dia bertanya lagi, "Apa yang akan terjadi apabila lalat dicampakkan ke dalam taman yang dipenuhi dengan kuntum bunga?"
Lantas saya pun menjawab, "Pasti lalat itu akan mencari sampah."
Orang alim itu berkata, "Jadilah kamu seperti mata lebah, walaupun telah ditunjuk akan seribu keburukan seseorang itu kepada kamu, namun tetap kamu mencari kebaikannya."
Lalu beliau menyambung bicaranya, "Dan janganlah kamu jadi seperti mata lalat, walaupun telah ditunjuk akan seribu kebaikan seseorang itu kepada kamu, namun kamu masih lagi mahu mencari keburukannya."