Thursday, 4 October 2018

fb

Wan Asrul Al-KalantaniIkuti
PELAWOK! PELAWOK! PELAWOK!
Perubatan Islam dicemari dengan CGT (cerita gajah terbang) oleh puak GGT (geng gajah terbang).
Antara 'Sign' puak GGT adalah:
1) Mengaku boleh melihat jin aka Scanning.
2) Menawarkan Rawatan Jarak Jauh beserta mahar
3) Pasti akan petik saka, jin, nenek kebayan, dampingan, sihir, walau sakit tersebut adalah nyata eczema ataupun scabies.
4) Kalimat Ruqyah menjadi umpan mereka untuk 'memancing'.
5) Gebangkan cerita tarik jin, kurung jin, tangkap jin, sembelih jin, belasah jin.
6) Buat gaya ala-ala jurus Super Saiya semasa menarik jin keluar (kononnya)
7) Apabila habis hujjah, ayat akhir mereka, "Ilmu ALLAH itu luas"
'SIMPTOM' puak GGT
1) Gemar bercerita hal-hal langit ketujuh, hal-hal tasawuf, makrifat segala bagai untuk menutup tipudaya mereka.
2) Meletakkan diri dengan gelaran-gelaran dahsyat seperti Al Musnid, Al ustaz (sebenarnya lebih teruk dari Al Capone)
3) Berpakaian ala-ala sufi tariqat, tetapi membelit masyarakat dengan penipuan demi penipuan.
CARA untuk mencegah diri daripada mereka.
LARI atau BEREDAR, apabila :
1) Mereka mengaku, bahawa mereka mampu scan atau melihat jin pada anda.
2) Mereka mendakwa anda bersaka tanpa mengenal penyakit anda.
3) Mereka dengan mudah cop orang itu atau orang ini menyihir anda.
4) Mereka mula 'menghalalkan' sesuatu yang sudah tentu haram. (Seperti kes di bawah yang bertanda *)
5) Gemar membuka cerita mistik dan membawa masyarakat taksub. Bak kata ALLAHyarham Pak Jabit, "kaki layan dvd nie"
* Satu kes yang baharu dilaporkan, baharu berlaku di Selatan tanah air. Seorang 'ustaz' mendakwa pesakit wanita tersebut ada gangguan jin, wanita tersebut hadir bersama suaminya. Ustaz tersebut telah meminta pesakit ditinggalkan di rumahnya (rumah ustaz tersebut) selama tiga hari tanpa ditemani suaminya. Mereka akur.
'Hasil'nya, ustaz tersebut telah meniduri pesakit tersebut sepanjang 3 hari pesakit tersebut 'dirawat'nya.
Sang faqir tidak bimbang sangat dengan LGBT, kerana mereka ini jelas salah.
Sang faqir lebih bimbangkan GGT, kerana mereka ini adalah dari golongan yang masyarakat sanjung dan agungkan. Dan mereka memakai topeng agama.
Masyarakat perlu sedar. Kembali semula ke landasan Ilmu. Keluarlah dari belenggu kebodohan akibat diperbodohkan oleh penunggang agama.
Kalian boleh menghubungi sang faqir jika ada sebarang kemusykilan berkaitan dengan orang yang kalian syak sebagai GGT.
Yang salah tetap salah. Yang benar tetap benar.
Wassalaam.
-AFIWAAK-

No comments:

Post a Comment