Puasa
Hakikat puasa itu ialah mengembalikan diri kita kepada asal, yakni merenung kembali serta ingat kembali siapa diri kita ini.
Ketika dialam ruh, alam rahim dan sewaktu kita keluar dari rahim keadaan kita adalah fakir papa kedana, lemah, bodoh, dan hina. Dengan kemurahan Allah dan kasihnya Allah kepada kita, dia sediakan segala keperluan dan kelengkapan untuk kita hidup atas dunia. Waktu kita dialam roh dan rahim kita tiada apa apa melainkan pergantungan kita hanya kepada Allah, bila kita lahir dapat apa yang telah Allah sediakan kita lupa diri. Tetapi kerana kerana kasih Allah kepada kita dia adakan ramadhan, supaya kita kembali sedar siapa diri kita dan berubah. Inilah hakikat puasa, tetapi ramai hanya berpuasa rukun tak pernah nak puasa sebenar benar puasa, kerana itulah ramai yang berpuasa perangai tetap sama ,tetap jadi syaitan dan dajjal tak pernah nak insaf , sedar dan berubah.
No comments:
Post a Comment