SUDAHKAH KALIAN BERHIJRAH?
________________________________________
Alhamdulillah, bertemu lagi kita kali ini dengan tahun hijrah yang baru. Namun begitu, di kala kita sibuk meraikan peristiwa hijrah Nabi dan para sahabat dari Kota Makkah ke Kota Madinah, janganlah pula sesekali kita melupakan hakikat atau erti hijrah yang sebenar-benarnya di sisi tuhan.

Hijrah nabi telah pun lama berlalu, akan tetapi hijrah kita semua, tetap sahaja berlaku pada setiap detik dan juga pada setiap masa, sehinggalah saat kita menghembuskan nafas yang terakhir suatu masa kelak. Namun itu juga bukanlah suatu pengakhiran, kerana kita ini cuma berhijrah kepada bentuk lain sahaja.

Di kesempatan yang singkat ini, marilah sama-sama kita menghayati, apakah yang dikatakan sebagai hakikat hijrah itu sendiri. Dari sudut pandang dan kefahaman ilmu hakikat dan juga makrifat, hijrah itu bererti "PERPINDAHAN KEADAAN DARIPADA SEORANG YANG JAHIL KEPADA ALIM".

Jika sebelum ini, kita tidak pernah kenal akan tuhan kita, maka marilah kita berhijrah kepada keadaan mengenal akan tuhan. Jika sebelum ini, kita selalu sahaja dalam keadaan mensyirikkan tuhan, maka sekarang ini, berhijrahlah kita kepada keadaan sentiasa mentauhidkan tuhan. Dan jika sebelum ini kita sentiasa saja mengharapkan akan balasan dan juga ganjaran pahala serta syurga, maka kini, berhijrahlah kita kepada keadaan sentiasa mengharapkan cinta dan redhaNya sahaja.

Hijrah dan taubat itu juga, merupakan dua perkara pokok yang tidak dapat dipisahkan... Sesungguhnya tiadalah erti hijrah tanpa taubat, dan sesungguhnya tiadalah erti taubat tanpa hijrah. Sebenar-benar pengertian taubat itu ertinya adalah kembali. Dan mengikut kefahaman dari kaca mata ilmu hakikat dan juga makrifat, hakikat taubat itu ialah "MENYERAHKAN KEMBALI DIRI KITA ZAHIR DAN BATIN KEPADA YANG EMPUNYA DIRI".

Penyerahan yang dilakukan itu pula, adalah penyerahan total atau secara keseluruhan, sehinggakan sampai kepada tahap roh dan juga nyawa kita. Kerana pada hakikatnya, tiada yang sebenar-benar milik kita, melainkan semuanya adalah milik dan hak mutlak tuhan. Ke-Aku-an diri kamu itu, sebenarnya tidak ada sama sekali. Kerana yang wujud, ujud, dan maujud itu, hanyalah ke-AKU-an tuhan semata-mata.

_____________________
Akhir kata;
Selamat bertaubat,
Dan selamat berhijrah.
Akhir kata;
Selamat bertaubat,
Dan selamat berhijrah.
No comments:
Post a Comment