BINATANG BERKAKI DUA
________________________________________
Apabila disampaikan perkara-perkara atau pun hal-hal yang tidak pernah kita dengari atau pun yang tidak pernah kita pelajari sebelum ini, apalagi maka terus saja penyampainya akan dihukum sebagai salah, sesat, songsang, kafir, munafik, yahudi, syiah, dan sebagainya...

Alasan mereka terlalu dangkal, iaitu tidak patut disoal akan perkara-perkara atau pun hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan, apalagi yang berkaitan dengan ketuhanan, kerana kata mereka, tidak akan pernah sampai dek akal, juga tidak akan pernah tercapai dek fikiran...

Bagiku mudah sahaja, itu cumalah alasan untuk menutupi akan kelemahan dan juga kejahilan diri kita sendiri, sedangkan melalui kitab suciNya, Tuhan sendiri telah banyak kali berpesan dan berpesan lagi, agar kita umat manusia menggunakan akal fikiran yang telah dikurniakan untuk berfikir, dan terus berfikir...

Bukan untuk kita ini sekadar menjadi pak turut sahaja di dalam urusan beribadah, ibarat seekor kerbau yang dicucuk hidungnya, dan bukan juga kita ini sekadar menjadi pak angguk sahaja di dalam beragama, ibarat layang-layang terputus talinya, terbang tanpa hala...

Ramai di kalangan kita yang dikurniakan nikmat mata, tetapi tidak pernah digunakan untuk melihat.. Ramai juga yang dikurniakan nikmat telinga, tetapi tidak pernah digunakan untuk mendengar.. Dan kelompok yang paling ramai sekali di kalangan kita yang berakal, tetapi tidak pernah digunakan untuk berfikir...

______________________________
Jika begitulah gambaran diri
kita di atas muka bumi ini..
Jika begitulah gambaran diri
kita di atas muka bumi ini..
Maka lebih baik saja menjadi
BINATANG TERNAKAN..
BINATANG TERNAKAN..
Jika di dunia ini kita sudah sesat.
Kelak di akhirat lebih sesat lagi.
Kelak di akhirat lebih sesat lagi.
No comments:
Post a Comment