Saturday, 11 August 2018

hi

________________________________________
Ini adalah saya pada 7 tahun yang lalu. Pada saat itu, saya fikir bahawa sayalah yang berkuasa untuk berbuat kebaikan, dan memang sepatutnya saya diberi ganjaran di atas segala kebaikan tersebut, iaitu di dalam bentuk mata wang pahala dan juga syurga.
________________________________________
Maka gigihlah saya bertaubat, kononnya untuk mencuci segala dosa dan noda yang telah saya lakukan. Ini kerana saya risau, yang akaun pahala saya akan susut nilai dek kerana akaun dosa yang telah bertimpa-timpa jumlahnya.
________________________________________
Pada masa itu, saya bertaubat buta, dan taubat saya pada saat itu bukanlah kerana tuhan, tetapi kerana takutkan dosa dan neraka. Itulah yang namanya ahli taubat syok sendiri. Ya, itulah saya, yang penuh dengan ke-AKU-an diri.
________________________________________
Sebenar-benar taubat itu, adalah taubat daripada rasa ke-AKU-an dirimu yang palsu. Kerana selagi kamu masih di dalam rasa ke-AKU-an diri, maka selagi itulah kamu berada di dalam keadaan najis syirik kepada Ilahi.
______________________________________
Ilahi anta maqsudi, waridhoka mathlubi.
Aatini mahabbataka, wamaqrifataka.

No comments:

Post a Comment