Thursday, 3 May 2018

KENYATAAN-KU SEMATA

KENYATAAN-KU SEMATA
________________________________________
"Nama AKU itu adalah Allah, maka sebab itulah sekalian alam beserta isinya ini terbit daripada AKU, bukan daripada namaku yang Allah itu tadi"
________________________________________
Ada pun yang dikatakan sebenar-benarnya Allah itu ialah AKU, AKU itulah ALLAH, kerana AKU itulah yang memerintah kepada badan, jikalau AKU itu bergerak, maka bergeraklah badan.
________________________________________
Af’al-AKU itu tubuh pada insan, Asma-AKU itu hati pada insan, Sifat-AKU itu nyawa pada insan, Zat-AKU itu Sirr pada insan.
________________________________________
Sirr pada insan itu tempat tajalli Zat-AKU, Nyawa pada insan itu tempat tajalli Sifat-AKU, Hati pada insan itu tempat Tajalli Asma’-AKU, Tubuh pada insan itu tempat tajalli Af’al-AKU.
________________________________________
Ada pun yang dimaksudkan dengan diri yang batin itu adalah nyawa, dari anasir yang batin itu iaitu wujud, ilmu, nur, syuhud yang mana dinamakan sebagai hakikat insan.
________________________________________
Ada pun diri insan yang zahir itu umpama sebuah wayang yang digerakkan oleh dalang, dan ada pun 7 sifat itu ialah Hayat, Ilmu, Kudrat, Iradat, Samak, Basar, Kalam, maka yang 7 sifat itu adalah sifat-KU yang berkuasa menggerakkan tubuh, kerana tubuh insan itu semata-mata wayang, yang tiada mempunyai gerak melainkan dengan gerak Dalang.
________________________________________
Kerana itu tiada bercerai dalang dengan wayang dan wayang tiada bercerai dengan dalang, jikalau bercerai nescaya binasa wayang, gerak dalang yang tiada berkesudahan itulah yang dinamakan SOLATUL DAIMUL HAQ.
________________________________________
Gerak dalang yang KELUAR itu bernama NAFAS, dan yang dinamai AMPAS itu gerak dalang dari hidung sampai ke bawah leher, dan yang dinamai TANAPAS itu gerak dalang dari bawah leher sampai ke hati, dan yang dinamai NUPUS itu gerak dalang di dalam hati. Demikianlah keadaan wayang dengan dalang yang senantiasa tiada bercerai dari azali.
________________________________________
Barang siapa mengenal akan TUBUHnya,
nescaya ia mengenal akan HATInya.
Barang siapa mengenal akan HATInya,
nescaya ia mengenal akan NYAWAnya.
Barang siapa mengenal akan NYAWAnya,
nescaya ia mengenal akan ZATnya.
Barang siapa mengenal akan ZATnya,
nescaya ia mengenal akan SIRRnya.
________________________________________
Barang siapa mengenal akan SIRRnya, nescaya ia akan mengenal AKU-nya yang qadim adanya.. LALU masihkah dirimu itu ada jika kewujudanmu dan juga keadaanmu itu adalah kewujudan dan keadaan AKU SEMATA..??
________________________________________
Ingatlah : "WUJUDUKA ZAHRU WALA YUQA MUBIHI ZAHBU, Barang siapa mengadakan DUA WUJUD nescaya jadilah ia SYIRIK"

No comments:

Post a Comment