Sunday, 6 May 2018

JANGAN MENYERAH KALAH

JANGAN MENYERAH KALAH
________________________________________
Kita sentiasa dimomokkan dengan istilah-istilah seperti 'JANGAN' atau 'SALAH'.. Lebih teruk lagi, kita ditakutkan dengan idea 'DOSA' dan juga 'NERAKA'.. Ada yang mengatakan bahawa kita ini tidak ada tempat langsung di dalam sesuatu komuniti mereka.. Ada pula yang mengatakan kita ini hanyalah sekadar sampah dan parasit di dalam 'SISTEM' syok sendiri yang mereka cipta..
________________________________________
Kata mereka, pergi dapatkan diploma, pergi dapatkan ijazah, atau master, jadilah profesor madya, atau doktor falsafah, atau apa saja panggilan serta gelaran yang mereka berikan.. kemudian disuruh kita cari kerja itu, kerja ini, buat itu, buat ini.. ikut sahaja, jangan banyak soal.. nanti berdosa, masuk neraka..
________________________________________
Kemudian tanpa disedari kamu telah terjebak di dalam sistem mereka.. tiba-tiba sahaja, kamu adalah hamba di dalam permainan mereka, yang mana kamu sendiri tidak pernah bersetuju, apatah lagi rela untuk sekadar mengangguk kepala dan menerima sahaja..
________________________________________
Jauh di sudut hati, ada suara dari dalam kamu yang memberitahu bahawa perkara ini tidak betul.. ini bukanlah kebenaran sejati.. justeru, kamu begitu ingin sekali untuk keluar daripada sistem celaka dan permainan durjana mereka-mereka yang berlagak sebagai jurutera masyarakat dan juga pengatur dunia..
________________________________________
mereka-mereka yang mendakwah kamu setengah mati agar tetap menjadi si bodoh, si pekak, si tuli, dan juga si bisu.. maka teruslah saja melahirkan generasi pak angguk dan pak turut yang otaknya di kepala lutut.. serta ingin kamu kekal menjadi hamba kepada sistem dan permainan mereka buat selamanya..
________________________________________
Namun, ketahuilah wahai saudaraku.. tiada perkara di dalam dunia ini yang dapat memberi kamu masalah, melainkan pemikiran anda sendiri.. perkara atau situasi yang negatif itu hanya boleh menjejaskan anda jika anda membenarkannya terlebih dahulu..
Maka dari itu, sentiasalah...
"TENANG DAN BERSAHAJA"

No comments:

Post a Comment